Wednesday 17 October 2012

ANAK SELALU TERKEJUT?? TIARAPKAN DIA...

KESIAN WAIZ SUSAH SGT LENA

Dua hari dh... anak mama susah sgt tidur lena.. lena kejap tekejut. mata melilau mcm byk sgt benda dok kacau. kalau mama bedung lagi kesian.. wais terkejut sampai terangkat kepala. Mama dapat bayangkan betapa ngerinya objek yg waiz nampak. Kesian anak mama.... tidur la... mama buai wais nangis juga.. mama angkat dan peluk erat2. berenti kejap... letak dlm buaian nangis lagi. mama mmg marah sangat pada benda yang kacau waiz mama. tanpa sengaja mama mengomel la sesorang. "TOLONG LA MAIN JAUH2 JGN GANGGU ANAK AKU. DIA NAK TDO!"

mama mcm biasa la kalau wais selalu terkejut yang luar biasa. lps tu mata melilau mmg mama cpt2 la pasang surah2 menghalau jin dan syaitan.. dpt la waiz mama lena kejap... mama tak smpt mandi. nak kemas rumah apatah lagi... mama tak sampai hati tinggalkan waiz sendiri masa wais xtenang mcm ni.. mama call abah minta dia pulang tgk2 waiz kejap. blh la mama pegi mandi dulu... mujur la tinggal di quarters. kalau jauh mmg sampai petang la mama xmandi... tp xapa.. yang penting mama ada disamping waiz.

abah mcm biasa la sedaya upaya pujuk mama... "mungkin waiz tak sedap badan la tu... nk belajar sesuatu la tu.

mama tau waiz selalu ketakutan. mungkin rumah ni tidak selamat bagi dia... nnt la kalau ada rezeki kita pindah rumah yang lebih selamat.

menjelang jam 2.30pm baru la anak mama ni lena tidur.. tu pun tpaksa mama tiarap kan waiz. mama percaya posisi tidur yang begini mmg tidak selamat. tapi mama hanya mahu pastikan anak mama selesa tidur. abah pesan kalau waiz tidur tiarap xpyh buat apa2 kerja... duduk diam2 dpn buaian waiz. tgk2 hidung dia...

mama memang selalu tiarapkan waiz sejak balik dari hospital lagi. mmg la mengerikan baca artikel diblog2 lain... tp mama yakin... waiz akan selamat selagi tidur dibawah lindungan Allah SWT dan dibawah jagaan mama.

Waiz tidur tiarap.. tidak terkejut, Tidur lena dan tiada masalah kembung perut

mama tidak menafikan tidur meniarap ni bahaya kepada bayi. BAYI LAIN LA... BUKAN BAYI MAMA.


Sunday 14 October 2012

ANAK PERTAMA

06 Ogos 2012 , 12.50pm @ Hospital Kota Belud

ASYRAF WAIZ B. MAZLAN
Berat: 3.67 kg

Mengimbas kembali peristiwa paling bersejarah dalam hidup ku. Pertarungan dan perjuangan untuk melahirkan zuriat buat suami tercinta. 

04 Ogos 2012, Bersamaan 17 Ramadhan 1433: 
petang tu aku ajak hasben keluar cari balang biskut. ya la kan... raya dlm 2minggu lagi.. biskut aku pun hampir siap semua.. so, masa utk packing biskut2 tu utk diserahkan pada insan2 terpilih. hasben aku duty 24hrs masa tu... masa mendaki tangga aku rasa seperti sedikit cecair mengalir. owhhh...! mungkin ini tanda2 bersalin. due date lama lagi 22hb. tp naluri aku mengatakan aku akan bersalin 2-3 hari lagi... 

balik rumah aku terus cek.. mmg sah la ada cecair.. bagi menyedapkan hati dan menambahkan keyakinan aku call la seorang kawan yang sdh ada 5org anak.. kwn tu plk ckp.. itu bukan tanda bersalin. tunggu sampai darah keluar. ha yang tu tanda2 besar la tu.. panic aku hilang seketika. aku call lagi adik aku yg sdh ada 2org anak... jwpn tetap sama... BELUM LAGI TU.... tunggu ada darah.. hehe... aku pn lega sangat. walaupun hasben aku berkali2 ajak aku balik kampung. dia pula yg tak sedap hati.. relax la bro! kata ku.

menjelang malam.. aku sambung buat sikit lagi tart nenas. aku uli jam nenas tu kecik2.. besok hasben off boleh la gulung tart nenas beramai2.. penat mennggentel tart nenas aku pun tidur! 

jam 2.30am aku terjaga.. habis basah baju tidur. air yg deras mengalir. ingat kan kencing. tp alirannya tidak mampu ditahan2. aku on kn lampu.. alamak dia tumpah lagi! aku terus call hasben aku.

mlm tu juga kami bergegas ke Kota Kinabalu. perjalanan yg menmakan masa 3jam itu tidak mematahkan semangat kami utk melahirkan anak ni dengan lebih selamat. 

contraction aku kira. waaa 5minit setiap contraction! menurut apa yg aku baca.. kalau contraction selang 5minit bermakna akan melahirkan dalam masa 1jam lagi. Atas persetujuan bersama. kami memutuskan utk singgah saja di Hospital Kota Belud.