Showing posts with label HOT. Show all posts
Showing posts with label HOT. Show all posts

Thursday, 28 November 2013

BERSABAR DENGAN KARENAH MANUSIA

BERSABAR DENGAN KARENAH MANUSIA




“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”

(Hadis riwayat al-Hakim)



TENTANG KAWAN


Manusia ni bermacam-macam la tabiat dan perangainya. Aku pernah berkawan dengan macam2 jenis manusia. Berbeza warna kulit, berat badan, bahasa, bangsa, nilai dan prinsip. Aku tetap boleh berkawan. Adakalanya aku bersabar dengan karenah mereka TAPI selalunya... bila aku rasa aku tidak boleh lagi bersabar... perlahan-lahan aku menghindar. 


Antara jenis-jenis manusia yang pernah aku hindari adalah seperti berikut:





BATU API

Aku pernah tinggal serumah dengan manusia yg aku kategorikan sebagai BATU API (BA). Sebelum keberadaan BA menyewa bersama kami, hubungan aku dengan housemate yang lain adalah sangat baik dan tidak pernah timbul sebarang masalah. Keadaan mula berubah selepas sebulan BA tinggal dengan kami. Entah apa yang BA ni autakan pada yang lain aku pun tidak tau. Tapi aku cukup sedar keadaan telah berubah dan kami semua tidak lagi rapat dan mesra. Aku malas ambil pusing walaupun aku tengok BA ni makin rapat dengan housemate aku. Walaupun akulah yang telah mengajak dia tinggal bersama-sama kami. Rupanya yang aku pelawa itu tidak lebih dari VIRUS yang merosakkan perhubungan yang sedia ada. Terus terang aku katakan... housemate aku tu sangat baik dan selama aku tinggal dengan dia tidak pernah dia menyakitkan hati aku dan aku yakin aku tidak pernah menyakitkan hati dia. Apa yang terjadi aku pertanggungjawabkan pada BA tadi. Jika tidak sekarang mungkin akan datang semua orang akan tau siapa BA yang sebenarnya. 

TERNYATA setelah kami semua tidak lagi tinggal bersama seseorang yang aku kira Allah kirimkan padaku untuk menyampaikan yang Housemate aku tu telah sedar sikap sebanar BA yang dia anggap kawan selama ini. Well yang baik tetap baik dan yang buruk tetap buruk. 

FAKTA-FAKTA LAIN BAGI MEMBUKTIKAN DIA ADALAH BATU API:    


Kejadian ni berlaku setelah kami tidak lagi tinggal serumah. Kebetulan aku dan beberapa orang yang lain telah terpilih untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Daerah lain. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam. Memandangkan kenderaan tidak disediakan aku cuba menghubungi kawan-kawan yang terlibat untuk pergi bersama dan berkongsi kereta. 

Panggilan pertama aku tujukan ke satu unit yang paling ramai wakil. Kebetulan la pula BA ni yang jwp fon. Bila aku utarakan cadangan aku untuk pergi bersama dan berkongsi kereta BA ni dengan yakin menjawab:
"sebenarnya kami semua sdh plan A,B,C dan D pegi naik kereta A manakala E,F,G dan H pegi naik kereta H. jadi terpaksa la kau pegi sendiri..." 
aku ttp tidak berputus asa memandangkan pada akhir jemputan tu ada tertulis "KEHADIRAN WAJIB TANPA GAGAL" 
sblm menamatkan panggilan aku sempat ckp "tidak apa la.. nnt aku try call D, manatau aku blh pegi dgn diorang"
dengan penuh anggkuh, sombong dan bongkak BA ni menjawap "buang masa la kau call diorang... diorang pn penuh" tut.. tut.. tut...

tidak lama lps aku call BA tu tiba2 fon ofis aku bunyi. GUEST WHO? D call aku tanya pegi naik apa. dia ajak aku kongsi kereta. kami pun deal. pegi guna kereta aku sbp A dan B terpaksa eskot anak2 yatim yang juga jemputan majlis berbuka puasa itu. Kira settle la masalah aku. Alhamdulillah... 
ternyata BA ni bukan sahaja BATU API malah BUSUK HATI


Apa yang paling mengembirakan aku IALAH:
BA tiba2 call aku dan bgtau kwn2 yang sepatutnya dia pergi bersama dan berkongsi kereta tu.. TIDAK JADI!! kerana salah seorang terpaksa eskot anak yatim dan owner kereta yang sepatutnya diorang gunakan tiba2 tidak jadi pegi!! sangat puas hati aku bila dia bagaikan merayu dan melutut pada aku untuk tumpang naik kereta aku. Tapi.. hati yang puas itu aku anggapkan sebagai anugrah Allah kerana tidak pula hatiku membusuk dengan menolak rayuan BA serta-merta sedangkan aku boleh saja berbuat begitu. jauh disudut hati aku bangga kerana sekeping hati ku ini masih terpelihara dari perasaan dendam. YANG PENTING AKU LEBIH BAIK DARI DIA. 
dengan sekelip mata aku lupakan yang dia tu adalah BA dgn kata-kata sombong dan angkuh dlm telefon td.. aku bersetuju untuk mengajak dia pegi sekali. 

BA MENJOYAH DALAM KERETA AKU:   



Selesai majlis berbuka puasa tu, kawan yang eskot td hantar sms dia mau join kami pulang... kami pun tunggu la kawan ni tadi dparking kereta. BA kelihatan tidak selesa lalu menjoyah: 
"kau mau bwk ka dia tu? tidak payah la kita tunggu dia. kamu tau ka dia tu mulut jahat... dulu aku pernah.... bla bla bla.. pot pet pot pet..." 
aku senyum2 dalam kepekatan malam itu... mujurlah aku lebih kenal BA ni... mungkin begini la BA telah me-momok -kan aku pada housemate ku dulu. aku cuma senyum senyum puas hati.. kerana Allah telah menunjukkan bukti. 

berhati-hati dan bersabarlah dengan manusia seperti ini... dan anggaplah orang-orang seperti ini Allah adakan disisi kita semata-mata untuk memberikan pahala percuma. Serahkan saja perkara ini kepada DIA, bahawasanya DIA sedang menguji sejauhmana kesabaran dan keihklasan hati kita dalam menuntut kebaikan, mereka adalah penyebab utama dalam menambah ganjaran pahala buat kita, dan sepatutnya kita ucapkanlah terima kasih kepada mereka atau berikanlah hadiah. 
Sepertimana yang berlaku pada SAIDINA ALI : Apabila disakiti oleh manusia, maka dia akan memberi hadiah kepada mereka, kerana mereka telah memberi pahala kepadanya.

Jadikan apa yang berlaku disekeliling kita adalah punca dan eset utama untuk kita meraih kebaikan di akhirat. Jangan pernah memperdulikan kesulitan di dunia yang sementara apatah lagi kesulitan yang datang daripada makhluk. Letakkan ALLAH sebagai matlamat agar hilang segala bebanan dan kesulitan.

Berjuanglah demi mendapatkan sebuah budi pekerti yang mulia, sesungguhnya mereka yang paling baik adalah mereka yang paling mulia akhlaknya. WALLAHU’ALAM.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Wednesday, 13 November 2013

HALF-TON KILLER

BILA TERLALU GEMUK

KESETIAAN SUAMI TERUJI DAN TERBUKTI 


MYRA 2009



cuba tengok video ni... haben myra mmg superb! 
minit 41:40 sangat menyentuh perasaan saya :(

PERKEMBANGAN KISAH MYRA NI CLICK SINI

Mudah²an saya tidak akan segemuk Myra sebap saya tidak pasti hasben saya boleh ka tidak jaga saya..  

Disebalik lemak-lemak dekil yang menyelaputi daging dan tulang belulang Myra saya masil melihat 2 perkara tentang Myra

1. TETAP CANTIK

2. BAIK HATI : 

Myra pada mulanya sanggup merahsiakan perkara sebenar walaupun dia tau Jiny yang bunuh. Padahal dia boleh siang² lagi bgtau xpyh la dia susah payah pegi court dlm kdaan yang sgt sukar begitu. Tp menyedari Jiny sedang mengandung anak ke-5 dia ambil keputusan utk merahsiakan perkara sebenar. Bila Myra mengamil keputusan untuk menceritakan pada lawyer ttp pembuhunan itu... JAIME ROSALES pun LESAP bersama SUAMI. MAKNANYA??

Jaime Rosales was found guilty of causing injury to a child and sentenced to 15 years in jail. Her remaining three children, fathered by boyfriend Eliseo Sr, right, are now being cared for by their grandmother

 
Murdered: An autopsy revealed that Eliseo Jr, left, was killed by a blow to the head, not by being crushed in a fall

TAPI SEKARANG MYRA SUDAH KURUS... TIDAK LAGI SETENGAH TAN!



KANAK-KANAK HILANG DI KOTA BELUD

KANAK-KANAK HILANG DI PANTAI NANAMUN KOTA BELUD

ADIK MUHAMMAD SYAHMI HARIADIE 10 TAHUN



PLASTIK MAYAT:

pagi tadi KPB BP Karakit awal pagi datang stor minta PLASTIK MAYAT.. saya tanya la ada mati lemas lagi? dia ckp... yang ni kanak-kanak. kepala tak ada. hampir reput keseluruhan. 
saya pun tidaklah mau ambil tau sangat... lagi pun saya banyak kerja yang perlu di submit hari ini juga.. 

LUNCH BREAK:

masa balik makan.. bapa saya pula call srh cek ticket airAsia. dia ckp ada tambang semurah RM2. dia minta tolong booking 8 Disember 2013 kalau betul ada yang RM2. Masa aku cek mmg tiada pun yg murah mcm tu... paling murah pn RM66 OneWay. Tgk Notification FB 1 PM masuk. dari kakak saya. tanya ttg kanak-kanak yg ditemui tu ada kaitan ke dgn kanak-kanak yang hilang. di Kota Belud tu?

tiba-tiba semangat bizibodi merasuk dalam diri. teringat la pulak KPB Karakit dtg minta PLASTIK MAYAT tadi... kebetulan dia mmg ada sebut ttg MAYAT KANAK-KANAK TIADA KEPALA DAN HAMPIR REPUT. Aku menyesal betul la tidak tanya dia betul² tadi mesti dia tau...

FLASH BACK:

ADIK UHAMMAD SYAHMI HARIADIE 10 TAHUN, pelajar Sekolah Tahfiz AL QURAN BESTARI, KOTA BELUD dilaporkan hilang sejak 02 November 2013 semasa berkelah bersama kawan-kawan dan seorang utazah. 
Ustazah tu tidak perasan langsung pelajar-pelajarnya tidak cukup semasa berangkat melinggalkan Pantai Nanamun pada lebih kurang jam 10am. Dia cuma menyedari ketiadaan Syahmi setelah sampai ke asrama. Ustazah tadi berpatah balik ke Pantai Nanamun untuk mencari Syahmi namun GAGAL. 
Laporan polis dibuat lebih kurang jam 9PM. Lepas tu barulah Pasukan Polis, Bomba dan DLL menjalankan operasi mencari... sehingga operasi itu ditamatkan pada 9 November 2013 Syahmi masih tidak ditemui..... 

banyak betul spekulasi dan khabar angin mengenai kehilangan adik ni yang disampaikan dari mulut ke mulut.. dari FB ke FB sampai ke kehilangan adik ni dikaitkan dengan unsur² mistik. Tiada sumber berita yang benar² tepat dan terperinci. Masa ni la peranan wartawan FB sangat² diperlukan.. Walaupun ketepatan berita masih boleh diragui tapi boleh la memberi gambaran yang jelas apa yang terjadi di lokasi. Sbp ada antara wartawan FB ni turut turun ke tempat kejadian. 

Dari apa yang saya dengar, adik ni telah disembunyikan ke alam ghaib. Ada yang dengar suara adik ni menangis di bawah pokok ara. Ramai la paranormal, dukun serta bomoh tempatan dan import yang datang membantu. Demikian juga banyaknya darah ayam dan kambing menjadi korban. Banyak ikhtiar telah dilakukan.. termasuk mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat.. namun, tiada siapa yang boleh menentang kehendak yang Maha Kuasa. Semoga ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan apa yang paling penting semoga Allah SWT memberi kekuatan pada keluarga adik Syahmi. 


KUDAT 12 Nov. - Penduduk Pulau Bambangan di sini menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang mulai mereput terapung-apung di Teluk Simpul berhampiran pulau itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pada awal bulan ini di Pantau Kayu Puteh, Kota Belud.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Dawi Ossen berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sama ada mayat itu yang ditemukan pada pukul 10.30 pagi mempunyai kaitan dengan kes kehilangan itu.
"Kami masih menanti keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan proses pengecaman daripada keluarga mangsa. Mayat ini agak sukar dikenal pasti ekoran keadaannya yang semakin mereput," katanya di sini
Muhammad Syahmi Hariadie, 10, sebelum ini dilaporkan hilang ketika beriadah bersama rakan-rakannya dan seorang guru mereka di Pantai Kayu Puteh bersempena cuti hujung minggu pada 2 November lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131113/je_05/Mayat-kanak-kanak-dijumpai-terapung#ixzz2kX3nNwfT 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MISTERI HAMPIR TERLERAI:

Dengan penemuan mayat kanak-kanak di Pulau Balambangan ni hampir merungkai segara misteri disebalik kehilangan adik Syahmi.. Teringat pula kejadian mayat yang ditemui di Pulau Karakit awal bulan Oktober lalu. Pasangan suami isteri itu juga hanyut dari Pulau Mantatani Kota Belud. Walaubagaimana pun kita tunggu la berita seterusnya... kalau betul la kanak-kanak yang dijumpai itu adalah adik Syahmi.. maka tidak ada apa-apa unsur misteri yang perlu kita seram-sejukkan ketika ingin makan angin di Pantai Nanamun. Kerana pantai itu banyak melakar kenangan dalam hidup saya bersama keluarga.