Tuesday 29 September 2015

KATAKAN TIDAK PADA MLM

KATAKAN TIDAK PADA MULTI LEVEL MARKETING (MLM)


Hi, pernah dengar org ckp mcm ni:

'sekarang ni semua barang naik. mesti ada pendapatan sampingan'
'sampai bila mau hidup sempit. tidak teringin ka menjana pendapatan infiniti'
ini yang paling fofuler. aku dengar sejak thn 2009 lagi
'9/10 punca rezeki dari berniaga'

Berikut di atas adalah kata-kata keramat pengamal MLM bagi memancing downline. Saya tidak anti MLM. Malah saya hormati itu adalah sumber pendapatan utama sesetengah orang. 

Cuma MLM ini not my type. Ya, semua org pastilah mau hidup kaya raya. upload gambar di FB bkipas kipas dengan ringgit malaysia. begambar dgn kereta mewah atau percutian mewah ke luar negara. itu semua impian ku dan impian seluruh penghuni bumi. Cuma MLM mungkin bukan jalan kekayaan ku. Atau kekayaan itu sendiri tidak pernah ditakdirkn untuk ku. Aku dan sesiapa tidak pernah diberitahu ttg masa depan. Terang2 la jgk rezeki itu rahsia Allah Maha Esa. Kalaulah aku tau masa depan ku akan kaya atau akan miskin lebih baik di tunggu seja masa itu tiba. Tapi kerana masa depan itu adalah ghaib maka cekalnya aku tetap berusaha memerah keringat mencari rezeki. benarlah kata nak.. future not to ask to see. .

MAAF jika saya katakan tidak pada MLM KERANA:

aku tiada pesona seorang jurujual
aku tiada network yg baik dengan kawan2. aku suka privacy dan berkumpul mengukuhkn jaringan perniagaan itu aku rasa kn semak samun (haha)
aku tiada karektor mempengaruhi orang. Aku terpengaruh tu mmg senang la 
aku benci barang MLM yg mahal. 

jadi pendek kata... 
aku mungkin akan jadi jutawan. tp MLM bukan jalan kekayaan ku. 

titik. aku nda mau nda... nda mau MLM. NO NO NO big NO NO 

maafkan aku kawan... 
aku sentiasa mendoakn kekayaan kamurang walaupun aku bukan lah downline kamu. 

Friday 25 September 2015

PENDAPATAN SAMPINGAN

PENDAPATAN SAMPINGAN


SAYA HAMPIR TIDAK PERCAYA ADA WEBSITE YANG JUGA SEPERTI NUFFNANG TAPI SANGAT BERBEZA. 


SAYA TIDAK AKAN LUPA MCM MANA TIKA KETAWAKAN SAYA BILA LASA BGTAU TRAFIK BLOG SAYA BERIBU-BERIBU. 
DIA KETAWA SAMPAI TERLIPAT LIPAT (KUANGAJO!)

ITU BELUM SAYA BAGI TAU SAYA JOIN NUFFNANG 2TAHUN DAN DLM ACC NUFFNUNG SAYA ADA RM1.05
MAU PENGSAN DIA KETAWA KALI!

TAPI BETUL. DIA PATUT KETAWA. 
SAYA TAU RAMAI YANG BOLEH BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG. ADA YANG BOLEH MELANCONG KELILING DUNIA CUBA GUNA DUIT NUFFNAG. 
SEBAP TU SAYA JOIN DULU.

TERNYATA BUKAN MUDAH MEMBUAT DUIT OK. TGK SAJA ADA YANG SANGGUP MEMBUNUH KERANA DUIT. NAUZUBILLAH. TERDESAK SGT KE? 
TAPI RATA-RATA YANG MEMBUNUH KERANA DUIT INI ADALAH ORG2 BERADA. KO GILA2 BAYAR UPAH MEMBUNUH TU PUN MAU BERATUS RIBU KOT. 
KALAU SETAKAT PENJAWAT AWAM GRED TERENDAH MCM SAYA NI BAIK BUAT LOAN BELI RUMAH DARI UPAH2 ORG BOLOT WANG DAN KUASA. 
MAAF ITU SEAKAN-AKAN ISU SEMASA HAHA

RINGKASNYA
NUFFNANG NI KITA TUNGGU ORG MASUK BLOG KITA DAN CLICK BANNER ADS YG KITA TEPEK DALAM BLOG KITA
AGAK2 LA KALAU KITA NI BACA BLOG ORANG ADAKAH KITA AKAN SIBUK2 MENEKAN-NEKAN ADS KT BLOG ORG TU?
SUDAH NAMANYA IKLAN MESTI KITA BENCI DAN RASA OH SEMAKNYA!
MAAF KALAU SAYA MMG TIDAK MUNGKIN LAH SAYA CLICK ADS OK. 

TETAPI DENGAN PROGRAM (BUNYI MCM PROGRAM UNIVERSITI)
PROGRAM YG BARU SAYA MENCEBURKN DIRI INI ADALAH KITA CLICK ADS SENDIRI DAN KITA DIBAYAR UNTUK USAHA KITA CLICK ADS TERSEBUT. 
TIDAK PERLU BACA. BOLEH JUGA KALAU MAHU. TIADA PAKSAAN. AS LONG AS KITA SDH CLICK DAN TEKAN GAMBAR KUCING PAYMENT AKAN D KREDIT KN KE AKAUN KITA. 

TIDKA PERLU MENAGIH SIMPATI ORG. DAN SAYA TEKAN KN HIDUP INI SANGAT TERASA TERHINA JIKA MEMINTA SIMPATI ORG LAIN DAN SANGAT MEGAHLAH ORG YANG BERSENANG LENANG ATAS USAHANYA SENDIRI. 

SAYA NINA. DAN JUJUR SAYA JUGA BARU BERMULA. 
JOM KITA SAMA2 MENAMBAH SUMBER PENDAPATAN KITA 

SAYA TIDAK JAMIN BILA JOIN PROGRAM INI ANDA AKAN MAMPU BERKIPAS DGN DUIT DAN UPLOAD GAMBAR DUIT DI FB. ATAU BERGAMBAR DENGAN KERETA MEWAH JUGA DI UPLOAD DALAM FB. 
JAMINAN SAYA PROGRAM INI BUKAN SCAM
TIDAK PERLU YURAN PENDAFTARAN
TIDAK PERLU JUAL BARANG
TIDAK PERLU DOWNLINE UPLINE
CLICK LINK INI



Sunday 31 May 2015

Walau Sekadar Terung

Walau Sekadar Terung, Ikan Goreng & Sambal Belacan



Assalamualaikum 

Teruslah membaca entri ini jika kamu mau tau nilai sebuah keikhlasan disebalik seikat terung! Nampak tak betapa seriusnya terung dlm entri ini. 

Sebenarnya lama sangat aku pendamkan entri ni. Rasanya terlalu remeh isu ni. Tapi bila aku perhalusi dengan lebih menadalam akhirnya aku teruskan menulis kisah ni demi untuk menyebarkan betapa indahnya sebuah keikhlasan dan kekal dikenang sepanjag jalan. 

Siri 1: IKHLAS

Tengahari tu aku, hasben dan anak-anak bergegas ke Hospital Queen KK sbp bapa mentua ku telah dibawa kesana dari Hospital Kudat menaiki ambulance. 

Lepas dari hospital kami balik rumah bapa ku di Lido dengan perut kosong yang tidak berisi dari pagi kot.. Aku tgk hasben ku sgt susah hati.. Bapa sakit tu kot mau tidak susah hati kan. Jadi aku pendam sebuah kelaparan.

Sampai rumah, adik ku nurul (mama qyra) pelawa makan. Tapi cuma ada ikan goreng, terung goreng dan sedikit sambal belacan. Penat sangat dari kerja katanya. Itu jak la yg dia larat masak. Faham.... aku pn mcm tu jgk kadang2. 

Ntah mcm mana lauk yg seteruk itu aku rasakan sedap sekali. habis. licin sambal belacan tu. Nurul ckp habis kan saja semua nnt dia masak lain utk hasben dia. hihi... aku tidak fikir dia bergurau. aku serius. aku habiskan semua! 

terima kasih lup! Semoga Allah sentiasa melapangkan rezekimu dan memberi kekayaan yang mencurah-curah atas keikhlasan mu memberi kami makan terung goreng tu!

pernah aku goreng terung dan tumbuk sambal belacan. tapi tidak sama rasanya dengan yg ko buat tu. Dan sampai sekarang tidak akan ada terung goreng sebaik itu. 

Siri 2: Ikhlas Ke? 

Bila aku teruskan menulis Siri 2: Ikhlas Ke? ni aku rasa sangat berat hati. Sbp aku takut jika ianya lebih kepada memburuk kan org. 

Jadi biarlah aku simpan sendiri sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai ni aku mmg sdh maafkan dan tidak pernah pn aku simpan dendam ka mau balas dendam ka... tapi apakan daya... ia tetap tersimpan dalam memori tiada daya ku untuk memadam. 






  

Friday 29 May 2015

Baru Ku Tahu Pentingnya Make-Up Remover

Baru Ku Tahu Pentingnya Make-Up Remover

Assalamualaikum..

Awal tahun 2015 ni cuaca sgt panas telah melanda negara lebih membukkan keadaan persekitaran ku dikelilingi laut ni. Aku tidak sedar sejak bila jerawat ni menghantui ku. Aku ni sebenarnya tidak lah dalam kelompok rakyat malaysia yg berhadapan dengan masalah jerawat kritikal. Pada mulanya aku meyalahkan cuaca yang panas menyebapkan jerawat mula pertandang satu persatu. lepas tu dua per dua lepas tu maksimum 5biji sehari. Kehodohan dan kesakitan ku bawa ke hulu dan kehilir. Sedih tau! 

Setiap kali aku balik kampung mesti mama ku komplen. bukan dia saja... malah seisi keluarga mencemuh dan menghina ku. iya la kalau setakat balik bawa anak2 tu dorang ni ok kot.. tapi jerawat dan tapak2 kaki mereka turut mengekori. please la. leave me alone. 

Diskusi ku dengan mama pada mlm tu sangat membuka mata dan pemikiran ku yang selalu menyalahkan cuaca panas menyebapkan aku berkawan baik dgn jerawat. 

"bukan pasal panas la tu... kalau pasal panas tak kan la ko jak yg berjerawat aku tgk muka bini OC tu licin jak pun!"

maikaihhhh makk... bila masa mama jumpa dgn bini OC ni?? 

tapi sungguh la muka org lain aku tgk elok jak pun tiada juga jerawat. Kulit aku saja kot di Kudat ni yg paling sesuai utk penternakan jerawat! STRESS ok.  

seterusnya beralih menyalahkan produk SimplySiti yang aku pakai masa tu.. bersemangat aku memberi ceramah pada kwn2 ttg SimplySiti tu adalah makanan berkhasiat pada jerawat tu yang jerawat ku sehat2 dan gemok2. Kesian Kak siti tau! sorry k.... 

Akhirnya aku nekad utk tukar produk walau aku sebenarnya sayang sangat SimplySity DERMAGIC tu.. kalau produk2 local ni tidak kuat menentang jerawat, ayohlah... laburkan sedikit wang untuk produk eropah demi kelicinan dan ucapan perpisahan untuk jerawat yang bagaikan kawan tapi sebenarnya kawan makan kawan. Mcm kawan2 ku yang yang yang hemmm (mcm mula la nak mengumpat ni.. no no no... Ramadhan 16hari lagi hihihi)

aku sebenarnya nk story ttg MAKE REMOVER tp aku rasa dh ke lain... tapi no worry keep on reading kerana pada perenggan seterusnya ini sangat berguna pada perjuagan anda menentang jerawat.

Tanpa sebarang garis panduan dan contoh aku menghayunkan langkah ke kaunter Clinique. Tapi untuk pengalaman dan pengajaran menggunakan produk Clinique ni lain kali ku tulis ye. Sbp aku dh janji pada perenggan ni aku mau cerita KEPENTINGAN SANGAT PENTING MAKE REMOVER.

Beautician kaunter Clinique tu sangat baik hati ok. Aku ceritakan siap tunjukkan bukti yang muka ku berjerawat disebalik BB Cream BodyShop tu. tekejut berox jgk dia.. sebanrnya mcm yg aku ckp la kan.. jerawat aku ni xla critikal sgt blh lagi lapik dgn BB Cream blm ke tahap kena pakai concealer. Tapi sesungguhnya jerawat yang sebiji sehari ni sangat pedih dan kesan setelah ia pergi sangat mencacatkn penampilan. 

haaa.. part yg ni anda sediakan lah pen dan kertas kalau nak catat ye. kerana ni nota penting yang selainya kt atas tu lebih kepada luahan perasaan penahan jiwa!

Dia ckp jerawat ni terjadi sbp sisa mekap kita yang tidak dicuci dengan sempurna. Pencuci muka kita kt rumah tu diformukan untuk mencuci muka(kulit muka) bukan mencuci mekap tau!. kalau kita pakai bedak baby powder sekali pun.. kita mesti cuci duli dengan Make Remover. 

Aku tergamam... termasuk jgk pada logik akal ku. mmg la berjerawat... aku dh la lapisan pertama pakai BB Cream lps tu pakai plk Compact Powder tebal2.. balik kerja basuh muka tenyeh ala kadar lps tu siap la.. Tuhan... ini antara kesilapan terbesar dalam hidup ku. 

Ikut hati aku mau terus beli make up remover jenama clinique jgk.. tp sbp haribulan muda remaja lagi.. dan lambat lagi nak gaji semula kan.. 

beautician tu seperti membaca fikiran ku. dia ckp... xpe dik... kali beli dulu 3step ni.. lps ni cari la make up remover xkira jenama apa pun... yang penting sebelum cuci muka dengan facial foam kena bersihkan dulu sisa mekap tu dgn make up remover.    

Memandangkn kulit aku ni jenis yg oily aku beli la make up remover jenama biore. Tanpa alkohol yang pentingnya water based. 

Kerana teruja sangat menyingkir jerawat dlm masa 10hari saja cleansing water ni habis. ni mekap remover ka air minuman! cepat sangat habis!

Bila habis tu aku pegi watson ingat mau beli biore jgk. tp fenomena biasa jika wanita shoppin kan.. mcm tak biasa. rambang mata! apatah lagi aku semakin banyak ilmu pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan mekap remover ni... akhirnya aku beli jenama lain.. iaitu silky girl gel mekap remover katanya! 


BIORE Perfect Cleansing Water

Review tentang kedua dua mekap remover ni lain hari aku tulis k... setakat ni cukup lah sekadar aku katakan bahawa BIORE Cleansing water tu sangat superb dan aku sangat menyesal beli yang silky girl tu... so kalau korang mau beli sila beli yang Biore k. 


SILKY GIRL PURE FRESH MAKE UP REMOVER

Sebenarnya Silky Girl ni ada bau wangi tau. Xtau wangi apa tapi bau wangi yg sangat kuat ni kan sangat mengganggu kosenteri dan moon kita ketika menyetal sisa mekap kt muka. 

Dari segi tekstur plk mmg gel la kan dan cara pakai pun tanpa guna cotton pad tapi kena massage kt muka. sangat geli ok dan wangi tu tak blh belah!

Sekian dulu nnt aku tulis dengan lebih panjang lagi... Selamat hujung minggu semua!

Tuesday 19 May 2015

HOTEL BAJET KL

HOTEL MURAH DAN MUDAH KL

(JALAN TAR/MASJID INDIA)



Hai kawan-kawan
aku, suami dan familyku baru balik dari KL. Saja jalan-jalan menghabiskan wang! 

Trip kami kali ni kami memilih utk stay area Masjid India atau juga orang selalu panggip Jln TAR. Last year kami tinggal area Chow Kit. agak sukar utk berjalan-jalan shopping sbp jauh sgt dari stesen LRT. Adapun stesen monorail. 

Tentang laluan Monorail dan LRT ni nnt la aku tulis. Yang ni aku nak cerita ttg hotel dulu. 

Biasanya hotel ni aku booking sejurus selepas booking flight supaya sampai KL nnt tidak perlu risau mau tidur mana. 

Aku booking hotel dari trivago.com. Mcm iklan tu ckp Trivago akan senaraikan semua hotel dan mempamerkan harga ofkos la aku pilih yang paling murah ketika itu PALACE HOTEL


PALACE HOTEL 

Banyak pilihan bilik dari single hingga ke Family Room. By this time aku akan cerita ttg Family Room sbp aku ambik bilik tu memandangkan ahli trip kami ni 10 org! 

FAMILY ROOM:

Bilik ni letaknya di Ting. 6 (jgn susah hati sbp ada lif) 
2 katil Queen 
Tv 14'
Peti Sejuk 
Aircond 
Boiler 
Bantal 
Conforter
Tuala Mandi 
Sabun Mandi 

Harga RM250 (4malam RM1000.00)
nmpk mahal sebenarnya sorang kena bayar rm125 utk 4mlm. mcm yang aku ckp la trip kami ni kan jalan sekampung. 

Hotel ni sangat dekat dengan 
Stesen LTR 
Mydin 
Sogo 

Kalau biasa jalan kaki area KL pegi Pasar Seni pun dekat. Hotel ni aku syorkan sangat-sangat pada yang suka suasana shopping ditempat yang biasa-biasa dan bajet yang biasa-biasa.



Wednesday 22 April 2015

PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27

PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27

PEPERIKSAAN ONLINE PEN. PEG. PENERNAGAN GRED S27
Assalamualaikum WBT.. 

apapun yang terjadi entry ini akan ku abadikan dlm blog usang yang terlalu terbiar ini sebagai panduan dan pengajaran pada adik-adik yang akan menduduri exam pen. peg. penerangan S27. Semoga niat murni ini di berkati dan dipermudahkan curahan idea-idea yang bermanfaat pada yang memerlukan. Amin...

Saya telah menerima E-Mail panggilan Exam dari SPA 2 minggu sebelum           tarikh exam yang dijadualkan pada 15.04.2016 (Rabu) @ 8.00mlm.                   Sepatutnya saya ada masa yang banyak untuk mengulangkaji sebelum tarikh     itu. Malangnya... (sila anggap ini alasan sekiranya anda tiada 2org anak yang     masih kecil) selain itu saya menguruskan rumah tangga tanpa pembantu dan     saya juga kerja pejabat 8.00 pagi - 5.00ptg.


Saya tidak membuat sebarang ulangkaji kerana: (sila anggap alasan jika           anda tiada komitmen lain) untuk berjaya jangan sekali-kali cari alasan. Tapi       berada ditempat saya adalah bukan mencari alasan tapi tidak mahu                   mementingkan diri sendiri.  


Saya ada anak yang perlu saya uruskan pakaian dan makan sebelum saya         hantar kerumah M.I.L

Jam 8.00 pagi saya wajib berada dipejabat tetapi tidak wajib balik tepat jam       5.00ptg bergantung pada kesibukan. 


Balik rumah saya perlu masak makan malam suami dan anak-anak.                   mengemas dan saya cuma akan solat isyak sekitar jam 10.00mlm.

Selepas itu saya akan tidur kerana terlalu penat selain esok saya perlu               bangun awal untuk menyiapkan pakaian dan makanan anak-anak saya               sebelum dihantar ke rumah M.I.L dan punch card sebelum jam 8.00 pagi.

Saya tidak menyesal sekiranya saya tidak ada masa untuk mengulangkaji         dan saya tidak menyesal sekiranya saya gagal exam tu kerana saya yakin         ganjaran pahala menguruskan rumahtangga yang berlipat kali ganda dari           gaji pada Gred S27 tersebut.


Rasakan nikmat redho tatkala anda mengagkat tangan dan berdoa
"Ya Allah, Jika Jawatan Itu Baik Untukku, Suamiku, Anak-Anakku dan Agama     ku Engkau permudahkanlah Ya Allah dengan Kudrat Dan Iradat Mu.. La Haula     Wala Quwata Illa Billa Aliyil Azim"

Sila baca betul-betul masa ezam tu bermula. Sebap kesilapan ke dua yang         saya lakukan ialah:

SALAH TENGOK MASA- Saya yakin exam tu bermula jam 8.30mlm. Mujurlah     saya sempat menjawab soalan section A dengan masa berbaki 14minit               43saat. Itu pun sebap saya bersedia lebih awal depan laptop dan cuba2 click     pada hiperlink dari email saya.. Sempat jgk la jawap walaupun (sedih.. tidak     sempat berfikir panjang. 


Soalan-Soalan Exam tu dibahagikan kepada 3 Bahagian:



Pengetahuan AM 

Daya Penyelesaian Masalah (Matematik)
Ujian Psikometrik


Saya akan cuba crop contoh-contoh soalah yang saya dapat dari 

Tim. Info Kerjaya. Walaupun cuma sampel soalan tapi sangat membantu.           Terima Kasih dan mohon halalkan ilmu terebut. Saya sebenarnya sagat ingin     membeli E-Book tu.. cuma iklan-iklan yang mereka emailkn pada saya               sangat berjela-jela dan tidak jelas proses pembelian e-book tu. Saya ada           balas emal minta terangkn cara beli tapi dibalas juga dengan email yang           semakin melere-leret akhirnya hingga exam tu bermula saya masih keliru         cara pembelian e-book contoh soalan. Mungkin bukan rezeki saya. Tapi dari       sampel soalan yang mereka e-email sangat membantu saya utk mendaptkan     gambaran jelas bentk-bentuk soalan


Antara Soalan Pengetahuan Am yang sangat segar-bugar dalam ingatan saya     ialah:



 - Yang manakah antara negara berikut BUKAN anggota ASEAN

 - Kampung Tanpa Wayar adalah dibawah projek?
 - Misi & Visi Jabatan Penerangan
 - Nama Jabatan Penerangan Sebelum ini
 - Fungsi Jabatan Penerangan
 - Gelaran bagi Perdana Menteri, Menteri
 - Negara yang menang Piala Kriket 2015
    


Soalan Matematik ni maaf saya tidak ingat langsung. Tapi yakinlah sangat         susah dan sangat mengelirukan. PENTING- sediakan kalkulator.



Soalan Psikometrik

Sebenarnya tiada tips yang blh saya kongsikan untuk soalan ni cuma jadilah       diri sendiri ketika menjawab. Walaupun Tim. Infokerjaya bagi tips untuk             memberi jawapan kearah positif namun bagi saya.. adalah tidak logik jika         soalan:
Saya marah jika orang bercerita keburukan saya dibelakang saya
sangat positif untuk tidak marah.. tapi adalah ianya rasional untuk tidak             marah. jujurlah pada diri sendiri.. kerana keperibadian kita adalah sebagai         manusia yang punya perasaan bukan robot. 


Peperiksaan online boleh diakses melalui link dalam email. Copy Paste no           giliran. 


Saya akui saya tidak berjaya dalam peperiksaan tu... tapi jika saya diberi           peluang sekali lagi untuk menduduki exam tu.. saya tidak akan putus asa. 


Keputusan exam akan dihantar melalui email selang beberapa hari selepas         exam. Boleh juga semak terus melalui laman web SPA.