Showing posts with label BREAST PUMP. Show all posts
Showing posts with label BREAST PUMP. Show all posts

Saturday, 9 November 2013

BREAST PUMP PERTAMA KU


Memperkenalkan Breast Pump Baru saya:


speCtra Dew 300 Electric Breast Pump
Setelah mempertimbangkan baik dan buruk berserta dengan kemampuan kewangan dengan saya telah membulatkan hati untuk memilih SPECTRA DEW 300 secara muktamad. Semoga tiada penyesalan dan semoga BP ini akan berkelakuan baik selama berkhidmat pada saya. Amin... 


Sedikit tentang speCtra Dew 300 Electric Breast Pump:
Pada mulanya saya mmg teringin sangat untuk memiliki BP jenama terkemuka MEDELA. kalau tengok harga mmg masih dalam kemampuan saya.. lagipun untuk 2nd baby ni tidak banyak saya berbelanja kebanyakan saya re-use barang-barang 1st baby.. Terbit keinginan yg mendalam untuk membeli MEDELA FreeStyle! tp bila fikir² balik... mungkin saya hanya mampu untuk memiliki BP tapi... keperluan penyusuan susu ibu bukan cuma BP. Malah ada ibu² yang berjaya menyususkan anak selama 2tahun tanpa menggunakan BP!  
Harga Pasaran bagi Medela FS tu lebih kurang RM1600 dan mungkin lebih... saya tidak menafikan kehebatan BP Medela bila rata² blog yang saya baca memuji² kebaikan BP Medela. 

IM SORRY MEDELA... but you still in my heart!
saya terpaksa memilih speCtra Dew 300 dan akhirnya saya berpuas hati dan gembira memilikinya. Dengan harga yang murah RM480 saya masih ada bajet lebih umtuk beli storage bag/bottles, cooling bag, cooling pack dan macam² lagi barang yang penting!
malah dengan penjimatan yang berlipat kali ganda... saya masih boleh membeli BP ke-dua!! 
memperkenalkan...

medela harmony manual breast pump


kenapa saya perlukan 2 BP?

setibanya cik speCtra Dew 300 kerumah... hasben saya tanya soalan yang saya sendiri tidak terfikir.. terima kasih ya pak incik... :) 

soalannya berbunyi "yang ni utk di rumah kan? nnt kalau pegi ofis takkan mau bwk besar² ni? lps tu nnt kalau tiba² kena pegi kursus mcm mana? takkan mau bwk jgk ni? dan kalau tiba² black out mcm mana??"  



soalan-soalan yang bertubi-tubi tu tadi membuatkan saya panic seketika. jadi malam tu jgk la saya buat keputusan untuk membeli medela harmony manual BP. dengan harga termurah setakat ini pernah saya temui RM175.00



jumlah kos keseluruhan untuk BP electric dual dan single manual ialah RM655.00 bermakna saya masih banyak bajet lagi utk beli nursing accessories yang lain..


Medela Swing VS speCtra Dew 300:

Medela Swing:

KEBAIKAN
1. Ringan
2. Kecil
3. Mobile (lebih mudah dibawa ke sana dan ke mari)
4. Suction yang boleh laras. ramai mengatakan ianya seakan-akan hisapan       bayi yang sebenar
5. Boleh guna letrik dan bateri juga
6. Jenama yang dipercayai dan pilihan utama kebanyak ibu-ibu (yang               berkemampuan) 

KELEMAHAN

1. MAHAL!!!

speCtra Dew 300:

KEBAIKAN
1. Dual Electric BP. Boleh mengepam kedua-dua breast dalam masa yg            sama. Kalau rajin servay jumpa la kedai online yang jual sekali dgn extra      shield. Tapi kalau nasip tak berapa nak baik terpaksa la beli shield pada      harga yang berlainan. harga boleh tahan juga mencech RM70.00
2. Sama macam Medela electric BP suction yang adjustable dan menyerupai       baby suction.    
3. Lebih MURAH!

KELEMAHAN 
1. Tidak boleh menggunakan bateri
2. Lebih besar dan Berat












Sunday, 3 November 2013

BREAST PUMP. PERLUKAH??

ADAKAH KITA MEMERLUKAN 
BREAST PUMP?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah ini adalah penulisan saya yang pertama dalam bulan NOVEMBER 2013 ni dan ianya adalah tentang BREAST PUMP selepas ini saya akan menulisnya sebagai BP

sepanjang bulan OKTOBER saya memikirkan BP apa yang paling baik untuk melaksanya impian saya untuk menyusukan secara eksklusif selama 6bulan dan kalau adalah rezeki saya mau teruskan sampai umur anak saya 2tahun. 

rupanya bukan mudah untuk memilih BP. berbeza betul kedaannya ketika saya mengandung anak pertama. saya tidak membeli langsung BP kerana adik saya ckp tidak perlu beli ada banyak BP. Malangnya ketika saya bersalin d Hospital Kota Belud... adik saya tidak berada disana dan saya paksa hasben saya belikan saya BP.

masa tu pengetahuan ttg BP mmg betul² kosong peratus (0%) lalu hasben pun hantar la BP jenama CAMERA 


BP tu sangat mengecewakan dan menyakitkan HATI! sdh la breast bengkak. BP ni pula tidak bekerja dgn baik. berpeluh peluh mak dlm wad kanak-kanak yang begitu panas siang dan malam. 

saya pun terus call adik saya utk menuntut janji dia meminjamkan saya BP... keesokan harinya dia dtg bersama BP yg dia puji-puji kehebatanya. menurut adik saya satu kesilapan besar hasben saya memilih BP yg ada hos panjang kerana kepanjangan hos mempengaruhi daya sedutan. 

sungguh bP yg adik saya pinjamkan itu sangat hebat (bagi saya) percayakah anda... hanya dengan BP manual yg menyakitkan tegkuk tu saya berjaya mendapatkan 5oz sekali sesi! 


inilah rupa paras BP yg paling baik pada saya (ketika itu) untuk pengetahuan semua... BP yg adik saya pinjam kan tu adalah lebih baik dari ini kerana BP tu dia sambung botol susu tu... tapi atas daya usaha dan tulang empat kerat kita sendiri la menuangkan sendiri hasil perahan kedalam botol. hihihi... walaupun susah... tp berbulan-bulan saya menggunakan BP tu... 

namun saya hanya menyususkan anak secara exclusive hanya 3bulan. sbp cuti bersalih telah tamat dan bermula lah saya ke pejabat semula... mujurlah anak saya tinggal d rmh mother in law (lps ni saya akan sbt MIL) jarak pejabat dan rmh MIL saya cuma 3km kalau nek kereta dalam 3minit sampai. so saya blh la ambil anak n susukan... masa tu mmg tidak terfikir langsung ttg BP. tp masa tu mmg anak saya dh stary minum susu formula. kalau breast tak bengkak saya tidak susukan pun...

BREAST PUMP DAN KURSUS SEMINGGU 

haaaa!! yang ini memang betul² gila... saya kena pegi kursus la pula selama seminggu. meraung-raung dalam hati... tp saya terpaksa akur pergi juga. masa ni saya terhegeh² cari balik mana saya campak BP yang adik saya bagi pinjam tu...??? mana pergi??? TIDAK DITEMUI LAGI. 

akhirnya saya terpaksa jug apergi kursus tu tanpa BP.. masa tu kwn saya ajar la teknik marmet. saya pun bermarmet selalu dalam bilik mandi. 
ternyata BP tidak terlalu mendesak keperluannya pada saya (pada ketika itu) 

SEDARAN KEBAIKAN SUSU IBU

entah kenapa dan bagaimana ketika mengandung anak ke-2 ini saya benar-benar ingin menyusukan anak saya hanya dengan susu ibu dan tidak akan lagi membeli susu lembu kerana itu anak saya bukan lah anak lembu. 

saya benar-benar nekad dan dengan sedikit wang simpanan saya mula membajet sejumlah kecil peruntukan menyambut bayi ke-2 utk membeli breast pump elektrik dan manual. 

sejak itu saya betungkus lumus memulakan research ttg THE BEST BREAST PUMP IN THE WORLD.