Thursday, 6 March 2014

HOW I HANDLE MY COLIC BABY

KEMBUNG PERUT BAYI

HOW I HANDLE MY COLIC BABY

UBAT KEMBUNG PERUT 

BABY ADELIA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all of mommies yang sedang sedaya upaya mencari penawar pada kembung perut baby!

KEMBUNG PERUT DIKALANGAN BAYI 0-3 BULAN NI NORMAL SEBENARNYA. Kembung dikalagan baby ni disebabkan oleh usus baby yang masih belum matang. 1 daripada 10 bayi akan mengalami kembung perut. SO tiada apa-apa yang perlu dirisaukan ok. 


Kembung Perut juga berpunca dari pemakanan mommies yang menyusukan anak. jadi momies yang menyusukan baby buat la experiment untuk mengenal pasti kananan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Jangan terpengaruh sangat dengan cakap-cakap orang. kalau ikut sangat cakap orang mmg semua pun tidak boleh dimakan. angin la... sejuk la... tajam la... habis tu kalau semua TIDAK BOLEH dimakan... mestilah pengeluaran susu tidak produktif. alih-alih baby nangis bukan kerana kembung... tapi kerana tidak kenyang menyusu. 

Setiap manusia tu berbeza DNA, Jenis Darah dan macam2 la perbezaan diantara manusia ni. we are uniquely individual. so ofkos la penerimaan perut dan darah kita terhadap sesuatu makanan itu berbeza. cuba dulu apa saja yang kita makan... catatkan.. dan tgk kesan nya selepas 5-6jam. 

Tapi andaikata kita telah mencuba sedaya upaya untuk menjaga pemekanan dan menutup litup sekedap yang mungkin bayi kita... namun kembung tetap juga berlaku, bayi tetap juga meraung... perkara paling UTAMA perlu kita lakukan ialah... PASRAH. TABAH DAN BERTENANG. Jgn menyalahkan diri atau mula mengungkit kembali apa yang telah kita makan disiang hari yang menyebabkan bayi kita kembung. itu sia-sia dan akan menimbulkan stress. SET kan minda bahawa kembung pasti akan terjadi.. kerana hakikatnya segala organ dalaman bayi kita belum matang lagi.. hatta semasa proses mencerna susu pun akan menghasilkan gas dan gas inilah punya kembung yang sebenar. 

apa yang perlu kita lakukan ialah BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL (motto sekolah rendah mana tah..) antara usaha yang boleh dilakukan ialah melegakan atau mengurangkan sakit kembung baby kita dengan menggunakan minyak panas yang banyak terdapat dipasaran. antara koleksi saya untuk baby Adelia adalah seperti di bawah:


YU YIE CAP LIMAU

pastikan ada gambar limau warna kuning. aku pernah beli yang tin warna pink. harga komain mahal lagi. kalau tidak salah dalam RM17 mcm tu. Beli masa merawat kembung anak pertama saya ASYRAF WAIZ. Sejurus lepas sapu ja.. terus meraung melentik dan melonjak2 Wais menagis. perut habis melecur. Jenis yg tu mmg panas gila. TOLONG JGN SEKSA BAYI ANDA. kerana tujuan UTAMA ialah melegakan kembung bayi.

yang cap limau ni panas la jgk.. tp tidak sepanas yang tin pink tu (jenama apa pn xtau) cara menggunakan: titiskan sedikit pada tapak tangan gosok tapak tangan hingga ada kesan panas lps tu sapu pada perut. Beri perhatian dibawah pusat baby. 

Haba panas tu akan membantu memecahkan angin/gas jadi lebih kecil dan mudah untuk bayi kentut. kalau sdh kentut itu petanda baik. 


MINYAK KAYU PUTIH CAP BURUNG KAKAK TUA

Minyak kayu putih ni aku suka snagat aromanya. mmg terasa snagat feel baru bersalin tu.. hihi.. Aku suka jenama burung kakak tua ni.. sejak kawan aku ckp jenama burung kakak tua ini jenama yang the best. Dek kerana aku ada bayak sgt minyak panas yang minyak kayu putih ni aku tidak sapu pada kulit Dhia tp aku tuangkan sikit pada air mandi. Adik dan adik ipar aku yg ajar mcm tu... dari mana diorang berguru pun aku xpasti... Menurut adik aku (IJA) dan adik ipar ku (JANA) kalau campur dalam air mandi boleh melegakan selsema dan mengelak kan kembung.. aku ni mmg ikut saja syor sesiapa selagi tidak bertentangan degan syarak


MINYAK TELON BEBIKU

Minyak telon ni pun aku suka... walaupun tidak panas tapi sangat berkesan membantu anak aku untuk kentut.. Selalu aku sapu lepas mandi ditapak kaki dan tapak tangan.


MINYAK GAMAT

Minyak Gamat ni aku gunakan untuk tuam perut Adelia dgn daun sirih. Kalau kembung Adelia kritikal sangat aku tuam pakai sirih aku layukan guna iron. 


MINYAK BAYI CAP BURUNG UNTA

Minyak Cap Burung Unta ni mmg febret aku la... yg ni botol ke-dua. .sekejap saja aku habiskan... aku sapu pada perut Adelia lepas mandi dan lepas tukan diapers atau bila-bila masa perlu. Mmg terkentut-kentut la Adelia... Sebenarnya aku sapu 2jenis minyak pada perut Adelia... lapisan pertama minyak burung unta ni dan lapisan ke dua aku sapu minyak YU YIE. Nampak tak betapa aku sangat mempercayai kedua-dua YU YIE dan BURUNG UNTA.

MINYAK TELON ANUGERAH

Sejujurnya kau tidak pasti sejauh mana kemujaraban minyak telon anugerah ni... tapi terus terang kau cakap.. bau minyak telon ni mmg sangat wangi! kadang-kadang saja aku guna...


vicks untuk baby

Vicks ni aku sapu pada dada dan belakang untuk memberikan keselesaan. Sebelum ni aku tidak pernah guna vicks ni.. Atas nasihat seseorang yang sangat berpengalaman... kalau kita sapu pada dada dan belakang baby setiap kali selepas mandi... babyi tidak akan terkena selsema... aku sdh buat dan mmg betul apa yang kakak tu cakap... terima kasih sangat...

demikian lah... cara saya membantu baby Adelia melalui saat2 genting lagi sukar ketika kembung...