PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27
PEPERIKSAAN ONLINE PEN. PEG. PENERNAGAN GRED S27 |
Assalamualaikum WBT..
apapun yang terjadi entry ini akan ku abadikan dlm blog usang yang terlalu terbiar ini sebagai panduan dan pengajaran pada adik-adik yang akan menduduri exam pen. peg. penerangan S27. Semoga niat murni ini di berkati dan dipermudahkan curahan idea-idea yang bermanfaat pada yang memerlukan. Amin...
Saya telah menerima E-Mail panggilan Exam dari SPA 2 minggu sebelum tarikh exam yang dijadualkan pada 15.04.2016 (Rabu) @ 8.00mlm. Sepatutnya saya ada masa yang banyak untuk mengulangkaji sebelum tarikh itu. Malangnya... (sila anggap ini alasan sekiranya anda tiada 2org anak yang masih kecil) selain itu saya menguruskan rumah tangga tanpa pembantu dan saya juga kerja pejabat 8.00 pagi - 5.00ptg.
Saya tidak membuat sebarang ulangkaji kerana: (sila anggap alasan jika anda tiada komitmen lain) untuk berjaya jangan sekali-kali cari alasan. Tapi berada ditempat saya adalah bukan mencari alasan tapi tidak mahu mementingkan diri sendiri.
Saya ada anak yang perlu saya uruskan pakaian dan makan sebelum saya hantar kerumah M.I.L
Jam 8.00 pagi saya wajib berada dipejabat tetapi tidak wajib balik tepat jam 5.00ptg bergantung pada kesibukan.
Balik rumah saya perlu masak makan malam suami dan anak-anak. mengemas dan saya cuma akan solat isyak sekitar jam 10.00mlm.
Selepas itu saya akan tidur kerana terlalu penat selain esok saya perlu bangun awal untuk menyiapkan pakaian dan makanan anak-anak saya sebelum dihantar ke rumah M.I.L dan punch card sebelum jam 8.00 pagi.
Saya tidak menyesal sekiranya saya tidak ada masa untuk mengulangkaji dan saya tidak menyesal sekiranya saya gagal exam tu kerana saya yakin ganjaran pahala menguruskan rumahtangga yang berlipat kali ganda dari gaji pada Gred S27 tersebut.
Rasakan nikmat redho tatkala anda mengagkat tangan dan berdoa
"Ya Allah, Jika Jawatan Itu Baik Untukku, Suamiku, Anak-Anakku dan Agama ku Engkau permudahkanlah Ya Allah dengan Kudrat Dan Iradat Mu.. La Haula Wala Quwata Illa Billa Aliyil Azim"
Sila baca betul-betul masa ezam tu bermula. Sebap kesilapan ke dua yang saya lakukan ialah:
SALAH TENGOK MASA- Saya yakin exam tu bermula jam 8.30mlm. Mujurlah saya sempat menjawab soalan section A dengan masa berbaki 14minit 43saat. Itu pun sebap saya bersedia lebih awal depan laptop dan cuba2 click pada hiperlink dari email saya.. Sempat jgk la jawap walaupun (sedih.. tidak sempat berfikir panjang.
Soalan-Soalan Exam tu dibahagikan kepada 3 Bahagian:
Pengetahuan AM
Daya Penyelesaian Masalah (Matematik)
Ujian Psikometrik
Saya akan cuba crop contoh-contoh soalah yang saya dapat dari
Tim. Info Kerjaya. Walaupun cuma sampel soalan tapi sangat membantu. Terima Kasih dan mohon halalkan ilmu terebut. Saya sebenarnya sagat ingin membeli E-Book tu.. cuma iklan-iklan yang mereka emailkn pada saya sangat berjela-jela dan tidak jelas proses pembelian e-book tu. Saya ada balas emal minta terangkn cara beli tapi dibalas juga dengan email yang semakin melere-leret akhirnya hingga exam tu bermula saya masih keliru cara pembelian e-book contoh soalan. Mungkin bukan rezeki saya. Tapi dari sampel soalan yang mereka e-email sangat membantu saya utk mendaptkan gambaran jelas bentk-bentuk soalan
Antara Soalan Pengetahuan Am yang sangat segar-bugar dalam ingatan saya ialah:
- Yang manakah antara negara berikut BUKAN anggota ASEAN
- Kampung Tanpa Wayar adalah dibawah projek?
- Misi & Visi Jabatan Penerangan
- Nama Jabatan Penerangan Sebelum ini
- Fungsi Jabatan Penerangan
- Gelaran bagi Perdana Menteri, Menteri
- Negara yang menang Piala Kriket 2015
Soalan Matematik ni maaf saya tidak ingat langsung. Tapi yakinlah sangat susah dan sangat mengelirukan. PENTING- sediakan kalkulator.
Soalan Psikometrik
Sebenarnya tiada tips yang blh saya kongsikan untuk soalan ni cuma jadilah diri sendiri ketika menjawab. Walaupun Tim. Infokerjaya bagi tips untuk memberi jawapan kearah positif namun bagi saya.. adalah tidak logik jika soalan:
Saya marah jika orang bercerita keburukan saya dibelakang saya
sangat positif untuk tidak marah.. tapi adalah ianya rasional untuk tidak marah. jujurlah pada diri sendiri.. kerana keperibadian kita adalah sebagai manusia yang punya perasaan bukan robot.
Peperiksaan online boleh diakses melalui link dalam email. Copy Paste no giliran.
Saya akui saya tidak berjaya dalam peperiksaan tu... tapi jika saya diberi peluang sekali lagi untuk menduduki exam tu.. saya tidak akan putus asa.
Keputusan exam akan dihantar melalui email selang beberapa hari selepas exam. Boleh juga semak terus melalui laman web SPA.