MEREKA SEBENARNYA BIJAK
MEREKA SEBENARNYA BIJAK |
"Diantara perkara pertama yang kanak-kanak lakukan adalah perkara pertama yang mereka lihat"
Ini adalah perenggan kedua pidato saya dalam pertandingan pidato Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) tahun 1997. JOHAN ok! yang penting saya tuliskan sendiri pidato itu ketika saya tingkatan 1.
Dan kini saya mengalami nya sendiri, Kenapa saya lupa pada teori itu.
hari ini balik kerja. saya mandi dan anak-anak saya menonton TV. Satu MOU telah kami persetujui.
jam 6pm - 7pm adalah turn saya menonton drama cina di tv2.
Selesai mandi saya keluar dan duduk depan tv. Wais menghulurkan remote. BAGUS! Wais tidak pernah gagal mengingkari MOU kami. Walau ketara berat sebelah. dia tengok dari jam2pm hingga 9pm. saya hanya SEJAM! tapi belum tiba masanya saya mengajarkan dia tentang KEADILAN DAN KESAKSAMAAN.
tapi saya fikir saya berjaya menerapkan unsur-unsur dengan rela menepati janji. Akur.
satu insiden terjadi tanpa saya meminta!!
tiba-tiba semasa saya khusuk menonton.
wais berlari membuka pintu dan berkata
"bising la! boleh diam?!"
menderau darah saya seakan-akan merasuk semangat maharaja cina dalam tubuh. Memang beberapa anak-anak tetangga riuh rendah diluar. Tapi saya tidak pernah mengajar wais menempelak org sesuka hati.
dan senja itu adalah pelajaran pertama buatnya.
frasa
"BISINGLAH. BOLEH DIAM?"
adalah amaran biasa saya pada anak-anak bila mereka tidak boleh mengawal diri
dan senja ini
wais copy paste ayat itu pada situasi yang salah
Semalam
saya marah wais. dengan tone suara yang agak tinggi.
moon meluru ke arah saya dan slowly dia berkata sambil memandang tepat ke mata saya
"mama.. nanti suara mama dengar sampai ditangga. nanti malu"
OMG
sentap mama moon!
walau sentap saya berusaha stabilkan emosi and say
sorry moon. mama ingat suara mama nda kuat
Jadi
berhati-hati dengan anak-anak
kerana kita ni adalah idola mereka
roll model mereka
walau kelihatan selalu mcm tidak mendegar kata
tapi sebenarnya mereka mencontohi kita.
saya akui saya selalu menjerit bila marah
dan saya perhatikan mereka juga menjerit bila marah dan bergaduh sesama sendiri.
saya mencipta beberapa peraturan
antaranya tidak boleh makan atau membawa makanan walau secebis keropok ke tempat tidur.
kadang saya terlupa. atau saya yakin saya makan tidak berselerak ditempat tidur
tetapi
anak-anak saya awal-awal angkat kad merah
MAMA! TIDAK BOLEH MAKAN DI BILIK
jadi kamu pandai-pandai la ah....
anak-anak itu ibarat kain putih
kitalah yang menjadikannya nasrani, yahudi atau majusi