Friday, 13 December 2013
Thursday, 12 December 2013
CABUT GIGI KETIKA MENGANDUNG
CABUT GIGI KETIKA MENGANDUNG
SAKIT GIGI GERAHAM |
EPISOD 1
Puas sudah aku bertahan dan membuang masa hanya dengan berfikir. CABUT ATAU TAHAN. Kebaikan pada diriku memamglah CABUT! tapi pada kes ibu-ibu mengandung spt aku ni... kebaikan untuk diri perlu aku ketepikan demi keselamatan kandungan. yang jelas.. anak adalah amanah Allah.. jadi yang terbaik adalah TAHAN.
Bermula hari Isnin malam. aku bertarung dengan sakit gigi yang bukan sekadar berdenyut-denyut.. tapi menyucuk hingga ke akar yang paling dalam.. Kebetulan hari esok hari aku ada appointment dgn doktor di Klinik Ibu&Anak. Scan baby utk kali terakhir disitu.. cuma aku lupa refer pada doktor tu ttg gigiku yang sakit. Mungkin aku teruja dan sangat tersentuh dgn ucapat akhir sang doktor yang berbunyi.. "OK mama.. uri diatas, kepala di bawah... jadi, selamat mekahirkanlah mama..." Rasa mcm mahu bersalin pada saat itu juga..
Lps scan tu.. kebetulan aku lalu depan kaunter pendartaran Klinik Pergigian Kudat aku pun gatal-gatal mulut la bertanya pada misi dikaunter. Preggy boleh cabut gigi ka? misi jwp.. tidak boleh.. doktor mmg xakan cabut.. tp kalau mau jumpa doktor gigi saya tiada halangan. Lalu aku pun biberi nombor giliran warna biru yang tertera perkataan "IBU MENGANDUNG" wahh... bertuahnya mengandung... jumpa doktor gigi pun dapat nombor special...
Doktor tu pun belek-belek la gigi aku.. sepantas sangat mulut doktor tu sebut status² gigi aku... yang paling kerap aku dengar "MOBILE GRADE ONE" dan aku dpt merasa setiap gigi yang dia sebut mobile grade one tu bergoyang. mmg sejak malam tadi aku pun belek² gigi aku.. mmg goyang belaka. tp yang lain tu sekadar goyang tapi tidak sakit. cuma geraham bawah sebelah kanan kalau disentuh mmg sangat sakit dan lebih elok tidak disentuh!
Memandangkan aku mengandung pada trimester ke-3 iaitu 38minggu Doktor gigi mencadangkan:
- Ibu-Ibu yang mengandung mengalami perubahan hormon yang menyebabkan gusi tidak mencengkam gigi sekuat cengkaman ketika tidak mengandung. Sebap tu gigi aku longgar.
- Kadar pengaliran darah yang lebih banyak ketika mengandung membuatkan gusi lebih sensetif dan mungkin akan bengkak.
- Ibu-Ibu hamil yang mengalami sakit gigi ketika hamil tidak mestinya mengalami kerosakan gigi... mungkin lebih kepada jangkitan pada gusi. jadi mencabut gigi ketika mengandung bukanlah langkah yang terbaik.. Jadi doktor syorkan aku makan antibiotik dan lihat perubahan lepas bersalin. kalau tidak hilang juga.. dia srh dtg lagi untuk rawatan lanjut.
- Hasil pemeriksaan itu doktor mengesahkan gigi aku sehat dan tiada apa² masalah.. jadi dia cuma bagi aku Antibiotik dan paracetamol 0.5MG.
Aku akur dengan nasihat doktor.. dengan tabah aku menelan antibiotik dan para cetamol tu 2biji 3kali sehari bermula selasa, rabu dan khamis. Terus terang aku katakan... paracetamol tu tidak membantu langsung malah tiada kesan langsung. Geraham aku makin sakit. Makan, Minum dan tidur mula tidak menetu. Pastilah darah naik dan HB turun kerana kurang tidur dan kurang makan.. jangan kan makan.. minum pun aku rasa sangat sakit.
Hari Khamis 4.30pm:
dengan cemas aku call hasben aku bwk dia pegi Klinik gigi. mmg aku sudah tidak boleh bertahan lagi.. apatah lagi bila memikirkan sdh byk sgt aku mkn paracetamol yang pastinya tidak baik utk baby... malangnya Klinik TUTUP!! maksudnya... malam ini akan berhempas pulas lagi memerangi sakit gigi. TUHAN KUATKAN HATIKU...
Malam tu aku belek² lagi gigi aku.. dan.. aku perasan ada satu garis keretakan memanjang kebawah pada gigi geraham ku yang sakit.. OH!! NO WONDER LA MINUM AIR PUN SAKIT! sekali lagi dengan cemas aku panggil hasben aku srh dia suluh tepat ke gigi yang aku percayai telah retak tu.. dia pun bersetuju. AKU SANGAT BANGGA DENGAN PENEMUAN ITU dan sedikit terkilan kerana doktor pun tidak menyedari keretakan gigi tersebut.
BERSAMBUNG...
[KERANA AKU ADA KERJA]
CABUT GIGI KETIKA MENGANDUNG
EPISOD 2:
HARI JUMAAT 11.30am:
Di Klinik pergigian Dr. Jovins.
aku menceritakan pada Dr. Jovins masalah gigi aku yg terlalu sakit sehingga apa pon tak bley! Dr. Jovins pun terangkanlah serba ringkas bahawa... wanita mengandung sebenarnya boleh cabut gigi. CUMA... kesannya yang kurang baik adalah pada kandungan kerana dos bius yang tidak sesuai untuk baby dalam kandungan.
Aku minta masa discuss kejap dgn hasben aku.. dan keputusan yang kami buat ialah CABUT! dalam hati hanya bertawakal dan sepanjang prosidur itu aku mengusap² perut bgtau baby dlm hati su[aya kuat. Berulang kali aku lafazkan kata² maaf pada baby seandainya dia ada terkesan.
Akhirnya dalam masa kurang dari 30minit... selamatlah gigiku dicabut... dan pada ketika penulisan ini selesai baby yg dalam kandungan tu telah lahir... danberusia hampir 4bulan. InsyaAllah setakat ini tiada ada apa² masalah atau kesan dari cabut gigi tu.
Malah ketika aku bertarung dgn sakit sebelum semasa dan selepas bersalin... aku tidak ada sebrang sakit lain melainkan sakit bersalin yang umum mengetahui sakit bersalin itu adalah yang ke-2 tersakit selepas MAUT.
aku tidak dapat bayangkan mcm mana kalau aku menaggung sakit bersalin dan pada masa yang sama sakit gigi.
Subscribe to:
Posts (Atom)