Saturday, 12 April 2014

CLOTH DIAPERS

CLOTH DIAPER BEST!

CLOTH DIAPER: Bagaimana Memulakannya?



12 April 2014 0141am @ Kompleks Perumahan IPD Kudat. 

Hari ni gelaplah seminggu aku menggunakan Cloth Diaper (selepas ni aku akan sebut CD). Lama gila aku tidak menulis sebarang catatan pada blog ni. Sejak masuk kerja balik tambahan pula telah menambah satu lagi kerja iaitu membasuh CD. Bayangkanlah aku hanya ada 10 keping CD untuk 2org anak. Sedangkan syor yang arif adalah 15 keping untuk seorang anak. Boleh Bayang tak bagaimana tekun dan gigih lagi kuatnya semangat aku?? :) :)

Sebeanrnya aku lama sgt aku memendam rasa utk menggunakan CD pada anak-anak ku. Sejak aku mengandung 8 bulan anak ke-2. Mula-mula aku beli 4keping yg murah2 secara online. Lepas tu masa jln2 shopping baju baby di Mega Long aku terserempak pula dgn CD aku rembat 2keping. Jalan2 lagi jugak shopping barang baby lagi... terserempak lagi dgn CD kali ni lagi gempak kedai tu jual RM100 4 keping. aku rembat jgk menjadikan jumlah keseluruhan CD aku seakat ini 10keping semuanya.

BerCD hanya dengan 10keping CD secara sepenuh masa sangat menuntut kesabaran dan pendirian yang teguh lagi ok! kalau tidak... mudah2 saja aku satungkan pampers! apatah lagi tinggal d rumah flat ni mmg susah sgt CD nk pace to face dgn sang mentari. ujong ujong aku keringkan dengan pampers. Sambil2 aku basuh CD aku tidak putus2 putus berdoa agar aku istiqomah dalam memberi hanya yang terbaik pada anak2ku. 

Seminggu menggunakan CD aku banyak belajar pada diri sendiri pengurusan CD CD ni... maksudnya... untuk berCD ni perlu mulakan dulu baru tau keseronokanya. Semakin seronok bila anak aku sukaaaa sekali! lebih2 lagi CD tu ada mcm2 warna dan ada pula gamabar bola. 

Hari Selasa tu aku ada beli lagi online 5keping CD baru menjadiakn jumlah keseluruhan 15keping. Mungkin aku perlukan 15keping lagi sbp aku ada 2org anak. Aku harap dengan pertambahan CD ni boleh la aku basud CD CD tu sekali sehari... semingu ni aku cuci sehari berkali kali... asal tukar je CD baru mesti aku tergesa gesa cuci yg dh pakai tu supaya cepat kering. Hujung bulan ni aku ingat mau oder lagi 5.. bulan depan 5... bulan depan lagi 5... sehingga la aku boleh rehat 2-3hari cuci CD. 

Setakat ni aku guna CD biasa pada siang atau malam hari... ok jek... tidak perlu pun CD utk malam hari yg bapak mahal tu! cuma aku tukar CD anak anak aku setiap jam 11.00pm sblm aku tidur. Untuk rekod belum pernah sekali pun CD anak anak aku bocor padalah aku pakai CD yg murah je rm20 sekeping beli5 percuma 1 pula tu...

kalau mau beli CD yg printed + cantik + tahan Bocor boleh hubungi saya. Kalau sekitar KK tu saya boleh hantar :) 

NO HP: 01128371049
whatsapp pun boleh!

tata... mau tidur sekejap lagi siang!


No comments:

Post a Comment