BERSABAR DENGAN KARENAH MANUSIA
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
TENTANG KAWAN
Manusia ni bermacam-macam la tabiat dan perangainya. Aku pernah berkawan dengan macam2 jenis manusia. Berbeza warna kulit, berat badan, bahasa, bangsa, nilai dan prinsip. Aku tetap boleh berkawan. Adakalanya aku bersabar dengan karenah mereka TAPI selalunya... bila aku rasa aku tidak boleh lagi bersabar... perlahan-lahan aku menghindar.
Antara jenis-jenis manusia yang pernah aku hindari adalah seperti berikut:
BATU API |
Aku pernah tinggal serumah dengan manusia yg aku kategorikan sebagai BATU API (BA). Sebelum keberadaan BA menyewa bersama kami, hubungan aku dengan housemate yang lain adalah sangat baik dan tidak pernah timbul sebarang masalah. Keadaan mula berubah selepas sebulan BA tinggal dengan kami. Entah apa yang BA ni autakan pada yang lain aku pun tidak tau. Tapi aku cukup sedar keadaan telah berubah dan kami semua tidak lagi rapat dan mesra. Aku malas ambil pusing walaupun aku tengok BA ni makin rapat dengan housemate aku. Walaupun akulah yang telah mengajak dia tinggal bersama-sama kami. Rupanya yang aku pelawa itu tidak lebih dari VIRUS yang merosakkan perhubungan yang sedia ada. Terus terang aku katakan... housemate aku tu sangat baik dan selama aku tinggal dengan dia tidak pernah dia menyakitkan hati aku dan aku yakin aku tidak pernah menyakitkan hati dia. Apa yang terjadi aku pertanggungjawabkan pada BA tadi. Jika tidak sekarang mungkin akan datang semua orang akan tau siapa BA yang sebenarnya.
TERNYATA setelah kami semua tidak lagi tinggal bersama seseorang yang aku kira Allah kirimkan padaku untuk menyampaikan yang Housemate aku tu telah sedar sikap sebanar BA yang dia anggap kawan selama ini. Well yang baik tetap baik dan yang buruk tetap buruk.
FAKTA-FAKTA LAIN BAGI MEMBUKTIKAN DIA ADALAH BATU API:
Kejadian ni berlaku setelah kami tidak lagi tinggal serumah. Kebetulan aku dan beberapa orang yang lain telah terpilih untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Daerah lain. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam. Memandangkan kenderaan tidak disediakan aku cuba menghubungi kawan-kawan yang terlibat untuk pergi bersama dan berkongsi kereta.
Panggilan pertama aku tujukan ke satu unit yang paling ramai wakil. Kebetulan la pula BA ni yang jwp fon. Bila aku utarakan cadangan aku untuk pergi bersama dan berkongsi kereta BA ni dengan yakin menjawab:
"sebenarnya kami semua sdh plan A,B,C dan D pegi naik kereta A manakala E,F,G dan H pegi naik kereta H. jadi terpaksa la kau pegi sendiri..."
aku ttp tidak berputus asa memandangkan pada akhir jemputan tu ada tertulis "KEHADIRAN WAJIB TANPA GAGAL"
sblm menamatkan panggilan aku sempat ckp "tidak apa la.. nnt aku try call D, manatau aku blh pegi dgn diorang"
dengan penuh anggkuh, sombong dan bongkak BA ni menjawap "buang masa la kau call diorang... diorang pn penuh" tut.. tut.. tut...
tidak lama lps aku call BA tu tiba2 fon ofis aku bunyi. GUEST WHO? D call aku tanya pegi naik apa. dia ajak aku kongsi kereta. kami pun deal. pegi guna kereta aku sbp A dan B terpaksa eskot anak2 yatim yang juga jemputan majlis berbuka puasa itu. Kira settle la masalah aku. Alhamdulillah...
ternyata BA ni bukan sahaja BATU API malah BUSUK HATI
Apa yang paling mengembirakan aku IALAH:
BA tiba2 call aku dan bgtau kwn2 yang sepatutnya dia pergi bersama dan berkongsi kereta tu.. TIDAK JADI!! kerana salah seorang terpaksa eskot anak yatim dan owner kereta yang sepatutnya diorang gunakan tiba2 tidak jadi pegi!! sangat puas hati aku bila dia bagaikan merayu dan melutut pada aku untuk tumpang naik kereta aku. Tapi.. hati yang puas itu aku anggapkan sebagai anugrah Allah kerana tidak pula hatiku membusuk dengan menolak rayuan BA serta-merta sedangkan aku boleh saja berbuat begitu. jauh disudut hati aku bangga kerana sekeping hati ku ini masih terpelihara dari perasaan dendam. YANG PENTING AKU LEBIH BAIK DARI DIA.
dengan sekelip mata aku lupakan yang dia tu adalah BA dgn kata-kata sombong dan angkuh dlm telefon td.. aku bersetuju untuk mengajak dia pegi sekali.
BA MENJOYAH DALAM KERETA AKU:
Selesai majlis berbuka puasa tu, kawan yang eskot td hantar sms dia mau join kami pulang... kami pun tunggu la kawan ni tadi dparking kereta. BA kelihatan tidak selesa lalu menjoyah:
"kau mau bwk ka dia tu? tidak payah la kita tunggu dia. kamu tau ka dia tu mulut jahat... dulu aku pernah.... bla bla bla.. pot pet pot pet..."
aku senyum2 dalam kepekatan malam itu... mujurlah aku lebih kenal BA ni... mungkin begini la BA telah me-momok -kan aku pada housemate ku dulu. aku cuma senyum senyum puas hati.. kerana Allah telah menunjukkan bukti.
berhati-hati dan bersabarlah dengan manusia seperti ini... dan anggaplah orang-orang seperti ini Allah adakan disisi kita semata-mata untuk memberikan pahala percuma. Serahkan saja perkara ini kepada DIA, bahawasanya DIA sedang menguji sejauhmana kesabaran dan keihklasan hati kita dalam menuntut kebaikan, mereka adalah penyebab utama dalam menambah ganjaran pahala buat kita, dan sepatutnya kita ucapkanlah terima kasih kepada mereka atau berikanlah hadiah.
Sepertimana yang berlaku pada SAIDINA ALI : Apabila disakiti oleh manusia, maka dia akan memberi hadiah kepada mereka, kerana mereka telah memberi pahala kepadanya.
Jadikan apa yang berlaku disekeliling kita adalah punca dan eset utama untuk kita meraih kebaikan di akhirat. Jangan pernah memperdulikan kesulitan di dunia yang sementara apatah lagi kesulitan yang datang daripada makhluk. Letakkan ALLAH sebagai matlamat agar hilang segala bebanan dan kesulitan.
Berjuanglah demi mendapatkan sebuah budi pekerti yang mulia, sesungguhnya mereka yang paling baik adalah mereka yang paling mulia akhlaknya. WALLAHU’ALAM.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
No comments:
Post a Comment