Assalamualaikum dan salam sejahtera... lama sungguh tidak meluahkan rasa. hari ni baru terdesak untuk mencurahkan segala apa yg terbuku dihati.
bermula pada tarikh tertera dibawah:
17 Septermber 2013
KURSUS mySPATA
aku tidak tau menau langsung akan segala sesuatu yg berkaitan dengan mySpata. Namun atas rasa tanggungjawab dan rasa ke-kuli-an aku berusaha untuk mengumpulkan maklumat mengenai mySPATA dari GOOGLE. selain itu berhubung dgn penganjur kursus diperingkat Bukit Aman dan IPK Sabah.
Keadaan sangat kelangkabut kerana Boss kami baru bertukar dan kami ada Boss baru yg sedang bercuti. atas inisiatif sendiri... aku pun memyiapkan semua keperluan kursus seperti apa yg tercatat dalam utusan. aku maklumkan pada OCPD sebelum bergerak. semua telah aku rencanakan dnegan baik... kebetulan suami aku pun hadir exam undang-undang rendah pada tarikh yang sama. Aku jgk minta tolong adik aku utk daftarkan anak aku untuk 4hari di nursery tempat diorang hantar anak...
Kali pertama aku hantar anak ku ke nursery... seperti mana bercucurannya airmata wais masa aku tinggalkan dia pada pekerja nurseri tu.. begitu jgk bercucurannya airmata ku dalam kereta.
No comments:
Post a Comment