ADAKAH KITA MEMERLUKAN
BREAST PUMP?
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah ini adalah penulisan saya yang pertama dalam bulan NOVEMBER 2013 ni dan ianya adalah tentang BREAST PUMP selepas ini saya akan menulisnya sebagai BP.
sepanjang bulan OKTOBER saya memikirkan BP apa yang paling baik untuk melaksanya impian saya untuk menyusukan secara eksklusif selama 6bulan dan kalau adalah rezeki saya mau teruskan sampai umur anak saya 2tahun.
rupanya bukan mudah untuk memilih BP. berbeza betul kedaannya ketika saya mengandung anak pertama. saya tidak membeli langsung BP kerana adik saya ckp tidak perlu beli ada banyak BP. Malangnya ketika saya bersalin d Hospital Kota Belud... adik saya tidak berada disana dan saya paksa hasben saya belikan saya BP.
masa tu pengetahuan ttg BP mmg betul² kosong peratus (0%) lalu hasben pun hantar la BP jenama CAMERA
BP tu sangat mengecewakan dan menyakitkan HATI! sdh la breast bengkak. BP ni pula tidak bekerja dgn baik. berpeluh peluh mak dlm wad kanak-kanak yang begitu panas siang dan malam.
saya pun terus call adik saya utk menuntut janji dia meminjamkan saya BP... keesokan harinya dia dtg bersama BP yg dia puji-puji kehebatanya. menurut adik saya satu kesilapan besar hasben saya memilih BP yg ada hos panjang kerana kepanjangan hos mempengaruhi daya sedutan.
sungguh bP yg adik saya pinjamkan itu sangat hebat (bagi saya) percayakah anda... hanya dengan BP manual yg menyakitkan tegkuk tu saya berjaya mendapatkan 5oz sekali sesi!
inilah rupa paras BP yg paling baik pada saya (ketika itu) untuk pengetahuan semua... BP yg adik saya pinjam kan tu adalah lebih baik dari ini kerana BP tu dia sambung botol susu tu... tapi atas daya usaha dan tulang empat kerat kita sendiri la menuangkan sendiri hasil perahan kedalam botol. hihihi... walaupun susah... tp berbulan-bulan saya menggunakan BP tu...
namun saya hanya menyususkan anak secara exclusive hanya 3bulan. sbp cuti bersalih telah tamat dan bermula lah saya ke pejabat semula... mujurlah anak saya tinggal d rmh mother in law (lps ni saya akan sbt MIL) jarak pejabat dan rmh MIL saya cuma 3km kalau nek kereta dalam 3minit sampai. so saya blh la ambil anak n susukan... masa tu mmg tidak terfikir langsung ttg BP. tp masa tu mmg anak saya dh stary minum susu formula. kalau breast tak bengkak saya tidak susukan pun...
BREAST PUMP DAN KURSUS SEMINGGU
haaaa!! yang ini memang betul² gila... saya kena pegi kursus la pula selama seminggu. meraung-raung dalam hati... tp saya terpaksa akur pergi juga. masa ni saya terhegeh² cari balik mana saya campak BP yang adik saya bagi pinjam tu...??? mana pergi??? TIDAK DITEMUI LAGI.
akhirnya saya terpaksa jug apergi kursus tu tanpa BP.. masa tu kwn saya ajar la teknik marmet. saya pun bermarmet selalu dalam bilik mandi.
ternyata BP tidak terlalu mendesak keperluannya pada saya (pada ketika itu)
SEDARAN KEBAIKAN SUSU IBU
entah kenapa dan bagaimana ketika mengandung anak ke-2 ini saya benar-benar ingin menyusukan anak saya hanya dengan susu ibu dan tidak akan lagi membeli susu lembu kerana itu anak saya bukan lah anak lembu.
saya benar-benar nekad dan dengan sedikit wang simpanan saya mula membajet sejumlah kecil peruntukan menyambut bayi ke-2 utk membeli breast pump elektrik dan manual.
sejak itu saya betungkus lumus memulakan research ttg THE BEST BREAST PUMP IN THE WORLD.
No comments:
Post a Comment