Memperkenalkan Breast Pump Baru saya:
|
speCtra Dew 300 Electric Breast Pump |
Setelah mempertimbangkan baik dan buruk berserta dengan kemampuan kewangan dengan saya telah membulatkan hati untuk memilih SPECTRA DEW 300 secara muktamad. Semoga tiada penyesalan dan semoga BP ini akan berkelakuan baik selama berkhidmat pada saya. Amin...
Sedikit tentang speCtra Dew 300 Electric Breast Pump:
Pada mulanya saya mmg teringin sangat untuk memiliki BP jenama terkemuka MEDELA. kalau tengok harga mmg masih dalam kemampuan saya.. lagipun untuk 2nd baby ni tidak banyak saya berbelanja kebanyakan saya re-use barang-barang 1st baby.. Terbit keinginan yg mendalam untuk membeli MEDELA FreeStyle! tp bila fikir² balik... mungkin saya hanya mampu untuk memiliki BP tapi... keperluan penyusuan susu ibu bukan cuma BP. Malah ada ibu² yang berjaya menyususkan anak selama 2tahun tanpa menggunakan BP!
Harga Pasaran bagi Medela FS tu lebih kurang RM1600 dan mungkin lebih... saya tidak menafikan kehebatan BP Medela bila rata² blog yang saya baca memuji² kebaikan BP Medela.
IM SORRY MEDELA... but you still in my heart!
saya terpaksa memilih speCtra Dew 300 dan akhirnya saya berpuas hati dan gembira memilikinya. Dengan harga yang murah RM480 saya masih ada bajet lebih umtuk beli storage bag/bottles, cooling bag, cooling pack dan macam² lagi barang yang penting!
malah dengan penjimatan yang berlipat kali ganda... saya masih boleh membeli BP ke-dua!!
memperkenalkan...
|
medela harmony manual breast pump
kenapa saya perlukan 2 BP?
setibanya cik speCtra Dew 300 kerumah... hasben saya tanya soalan yang saya sendiri tidak terfikir.. terima kasih ya pak incik... :)
soalannya berbunyi "yang ni utk di rumah kan? nnt kalau pegi ofis takkan mau bwk besar² ni? lps tu nnt kalau tiba² kena pegi kursus mcm mana? takkan mau bwk jgk ni? dan kalau tiba² black out mcm mana??"
soalan-soalan yang bertubi-tubi tu tadi membuatkan saya panic seketika. jadi malam tu jgk la saya buat keputusan untuk membeli medela harmony manual BP. dengan harga termurah setakat ini pernah saya temui RM175.00
jumlah kos keseluruhan untuk BP electric dual dan single manual ialah RM655.00 bermakna saya masih banyak bajet lagi utk beli nursing accessories yang lain..
Medela Swing VS speCtra Dew 300:
Medela Swing:
KEBAIKAN
1. Ringan
2. Kecil
3. Mobile (lebih mudah dibawa ke sana dan ke mari)
4. Suction yang boleh laras. ramai mengatakan ianya seakan-akan hisapan bayi yang sebenar
5. Boleh guna letrik dan bateri juga
6. Jenama yang dipercayai dan pilihan utama kebanyak ibu-ibu (yang berkemampuan)
KELEMAHAN
1. MAHAL!!!
speCtra Dew 300:
KEBAIKAN
1. Dual Electric BP. Boleh mengepam kedua-dua breast dalam masa yg sama. Kalau rajin servay jumpa la kedai online yang jual sekali dgn extra shield. Tapi kalau nasip tak berapa nak baik terpaksa la beli shield pada harga yang berlainan. harga boleh tahan juga mencech RM70.00
2. Sama macam Medela electric BP suction yang adjustable dan menyerupai baby suction.
3. Lebih MURAH!
KELEMAHAN
1. Tidak boleh menggunakan bateri
2. Lebih besar dan Berat
|
No comments:
Post a Comment