Thursday, 6 March 2014

HOW I HANDLE MY COLIC BABY

KEMBUNG PERUT BAYI

HOW I HANDLE MY COLIC BABY

UBAT KEMBUNG PERUT 

BABY ADELIA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all of mommies yang sedang sedaya upaya mencari penawar pada kembung perut baby!

KEMBUNG PERUT DIKALANGAN BAYI 0-3 BULAN NI NORMAL SEBENARNYA. Kembung dikalagan baby ni disebabkan oleh usus baby yang masih belum matang. 1 daripada 10 bayi akan mengalami kembung perut. SO tiada apa-apa yang perlu dirisaukan ok. 


Kembung Perut juga berpunca dari pemakanan mommies yang menyusukan anak. jadi momies yang menyusukan baby buat la experiment untuk mengenal pasti kananan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Jangan terpengaruh sangat dengan cakap-cakap orang. kalau ikut sangat cakap orang mmg semua pun tidak boleh dimakan. angin la... sejuk la... tajam la... habis tu kalau semua TIDAK BOLEH dimakan... mestilah pengeluaran susu tidak produktif. alih-alih baby nangis bukan kerana kembung... tapi kerana tidak kenyang menyusu. 

Setiap manusia tu berbeza DNA, Jenis Darah dan macam2 la perbezaan diantara manusia ni. we are uniquely individual. so ofkos la penerimaan perut dan darah kita terhadap sesuatu makanan itu berbeza. cuba dulu apa saja yang kita makan... catatkan.. dan tgk kesan nya selepas 5-6jam. 

Tapi andaikata kita telah mencuba sedaya upaya untuk menjaga pemekanan dan menutup litup sekedap yang mungkin bayi kita... namun kembung tetap juga berlaku, bayi tetap juga meraung... perkara paling UTAMA perlu kita lakukan ialah... PASRAH. TABAH DAN BERTENANG. Jgn menyalahkan diri atau mula mengungkit kembali apa yang telah kita makan disiang hari yang menyebabkan bayi kita kembung. itu sia-sia dan akan menimbulkan stress. SET kan minda bahawa kembung pasti akan terjadi.. kerana hakikatnya segala organ dalaman bayi kita belum matang lagi.. hatta semasa proses mencerna susu pun akan menghasilkan gas dan gas inilah punya kembung yang sebenar. 

apa yang perlu kita lakukan ialah BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL (motto sekolah rendah mana tah..) antara usaha yang boleh dilakukan ialah melegakan atau mengurangkan sakit kembung baby kita dengan menggunakan minyak panas yang banyak terdapat dipasaran. antara koleksi saya untuk baby Adelia adalah seperti di bawah:


YU YIE CAP LIMAU

pastikan ada gambar limau warna kuning. aku pernah beli yang tin warna pink. harga komain mahal lagi. kalau tidak salah dalam RM17 mcm tu. Beli masa merawat kembung anak pertama saya ASYRAF WAIZ. Sejurus lepas sapu ja.. terus meraung melentik dan melonjak2 Wais menagis. perut habis melecur. Jenis yg tu mmg panas gila. TOLONG JGN SEKSA BAYI ANDA. kerana tujuan UTAMA ialah melegakan kembung bayi.

yang cap limau ni panas la jgk.. tp tidak sepanas yang tin pink tu (jenama apa pn xtau) cara menggunakan: titiskan sedikit pada tapak tangan gosok tapak tangan hingga ada kesan panas lps tu sapu pada perut. Beri perhatian dibawah pusat baby. 

Haba panas tu akan membantu memecahkan angin/gas jadi lebih kecil dan mudah untuk bayi kentut. kalau sdh kentut itu petanda baik. 


MINYAK KAYU PUTIH CAP BURUNG KAKAK TUA

Minyak kayu putih ni aku suka snagat aromanya. mmg terasa snagat feel baru bersalin tu.. hihi.. Aku suka jenama burung kakak tua ni.. sejak kawan aku ckp jenama burung kakak tua ini jenama yang the best. Dek kerana aku ada bayak sgt minyak panas yang minyak kayu putih ni aku tidak sapu pada kulit Dhia tp aku tuangkan sikit pada air mandi. Adik dan adik ipar aku yg ajar mcm tu... dari mana diorang berguru pun aku xpasti... Menurut adik aku (IJA) dan adik ipar ku (JANA) kalau campur dalam air mandi boleh melegakan selsema dan mengelak kan kembung.. aku ni mmg ikut saja syor sesiapa selagi tidak bertentangan degan syarak


MINYAK TELON BEBIKU

Minyak telon ni pun aku suka... walaupun tidak panas tapi sangat berkesan membantu anak aku untuk kentut.. Selalu aku sapu lepas mandi ditapak kaki dan tapak tangan.


MINYAK GAMAT

Minyak Gamat ni aku gunakan untuk tuam perut Adelia dgn daun sirih. Kalau kembung Adelia kritikal sangat aku tuam pakai sirih aku layukan guna iron. 


MINYAK BAYI CAP BURUNG UNTA

Minyak Cap Burung Unta ni mmg febret aku la... yg ni botol ke-dua. .sekejap saja aku habiskan... aku sapu pada perut Adelia lepas mandi dan lepas tukan diapers atau bila-bila masa perlu. Mmg terkentut-kentut la Adelia... Sebenarnya aku sapu 2jenis minyak pada perut Adelia... lapisan pertama minyak burung unta ni dan lapisan ke dua aku sapu minyak YU YIE. Nampak tak betapa aku sangat mempercayai kedua-dua YU YIE dan BURUNG UNTA.

MINYAK TELON ANUGERAH

Sejujurnya kau tidak pasti sejauh mana kemujaraban minyak telon anugerah ni... tapi terus terang kau cakap.. bau minyak telon ni mmg sangat wangi! kadang-kadang saja aku guna...


vicks untuk baby

Vicks ni aku sapu pada dada dan belakang untuk memberikan keselesaan. Sebelum ni aku tidak pernah guna vicks ni.. Atas nasihat seseorang yang sangat berpengalaman... kalau kita sapu pada dada dan belakang baby setiap kali selepas mandi... babyi tidak akan terkena selsema... aku sdh buat dan mmg betul apa yang kakak tu cakap... terima kasih sangat...

demikian lah... cara saya membantu baby Adelia melalui saat2 genting lagi sukar ketika kembung...

Friday, 14 February 2014

TANDA-TANDA JIN MENGHUNI RUMAH

TANDA-TANDA KEHADIRAN JIN DI RUMAH DAN CARA MENGUSIR JIN 


Artikel ni aku cedok dari blog mana tah.. banyak sungguh aku mentelaah mengenai jin dan setan sepanjang minggu ni semenjak baby DHIA kelihatan tidak selesa, susah tidur malam dan siang. I REPEAT MALAM DAN SIANG OK. kalau malam jak ok la.. sing boleh jgk kami tidur bersama. kalau dah siang malam tak tidur-tidur... mmg terumbang-ambing la kehidupan kami sekeluarga. yang kesian sekali abg Wais la... dia tidur dgn nyenyak sepanjang malam... bangun pagi pastilah fresh dan ajak mama bermain-main... dh kalau mama tidak tidur sepanjang malam... rasa hendak dibaham saja wais yang menarik2 lengan nak itu dan nak ini. sedangkan itu hak dia... TUHAN TOLONGLAH KAMI SEKELUARGA.. sesunggunya Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung harap. 

Mohon share dengan semua terlebih dahulu 

TANDA-TANDA BAYI DIGANGGU JIN:                                                               aku cuma justify tanda-tanda yang ada pada baby Dhia

1. Baby Dhia akan senyum dan ketawa sendiri selalunya pada waktu malam selepas jam 9mlm hingga 12tengah malam. Selepas 12tengah malam senyuman dan kegirangan itu akan berubah menjadi tangisan yang sangat keras. Dari apa yang aku baca, Baby ketawa sendiri sebap ternampak jin yang tidak menyermkan dan tidan menakut-nakutkan baby. kalau sdh jin tu mana ada yang baik. sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. PLEASE LA JIN BELAH LA JAUH2!!

2. Baby Dhia tidak boleh ditinggal sendirian. Kalau dia orang maksud saya manusia disekelilingnya Baby Dhia akan menangis. Menurut artikel yang aku baca... Baby takut ditinggal sendiri kerana takut akan kehadiran jin dan setan.

3. Baby dia mudah terkejut. Rupanya gangguan jin telah merosakan psikologi baby Dhia.. kesian anak mama...

4. Waktu menangis yang sangat konsisten iaitu selepas jam 7petang

5. Terkejut dan ketakutan seperti disergah dengan begitu keras

6. Menangis sambil mata tertutup

7. Menangis tanpa airmata

Mohon share 

Apakah tanda ada jin di dalam rumah?


  • Masakan selalu/cepat basi ( rosak )
  • Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
  • Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  • Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN – ( Tahap Pertama )

Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah 

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan untuk cara usir jin tersebut keluar dari rumah:-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”
***Bacaan di atas hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
  • AL-Fatehah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
2.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
Semoga bermanfaat!


Friday, 24 January 2014

KETAHUILAH SAYANG... MAMA SAYANG WAIS!

KETAHUILAH SAYANG... MAMA SAYANG WAIS!


GAMBAR NI mama ambil masa abah potong kuku adelia. Mama sedih tengok Wais. Apa yg Wais fikir? ada perasaan Wais? Ketahuilah sayang... mama tetap sayang Wais.. 

BESARNYA PENGORBANAN WAIS SEBAGAI ABANG...

Wais adalah seseorang yang sangat cepat berpeluh dan tidak tahan panas. Sebap tu mama srh abah pasang aircond dibilik. Supaya wais selesa tidur. Mama bahagia sgt tgk wais tidur dengan sangat selesa dan lena.. Fitrah seorang ibu yang sentiasa berusaha semampu yang boleh demi keselesaan anaknya.



Sejak Adelia ada semuanya berubah.. Abah dan Wais terpaksa tidur dibawah manakala mama dan adelia tidur dikatil. Hancurnya hati mama tengok wais tidur dibawah sedangkan sebelum ni wais tidur dlm pelukan mama... Bila adelia bangun tengah malam menyusu kadang2 mengalir jgk airmata mama... Wais.. mama harap wais bersabar dan perlahan-lahan akan biasa dengan perubahan ini. Sebap tu mama bergilir-gilir tidur dengan wais supaya wais tidak merasa terpinggir. Mama sayang wais... 

Masa wais tidur kadang2 mama tgk habis basah rambut wais dgn peluh. Mama minta maaf.. bukan mama snegaja tidak on aircond dan perlahankan kipas... Mama terpaksa buat begitu sebap adelia baru lagi dan tidak tahan sejuk.

Bila Wais suka campak benda pada adelia mungkin mama ter-tengking Wais. Bukan bererti mama tidak sayang Wais.. mama cuma terkejut sgt bila Wais agresif begitu. Mama faham semua ni terlalu drastik dan Wais terlalu kecil untuk memahami kehadiran Adelia dalam keluarga kita sebagai adik. 


Selalunya kalau kita jalan.. Wais akan duduk depan dgn mama... sekarang Wais terpaksa duduk sendiri... tidur sendiri.. Mama sedih tgk wais... mama rindu pangku wais dlm kereta.. Mama minta maaf nak.. ini semua terlalu awal bagi wais... tapi mama yakin bila adelia besar nanti wais akan menyukainya.. dan adelia akan jadi kawan baik wais dirumah... mama sayang anak-anak mama...





 Kadang-kadang mama pening dgn kelakuan wais kebelakangan ni... semua barang wais yang wais tidak suka akan menjadi barang yang paling wais suka.. BabyCoat tu mmg wais tidak pernah guna pun.. kalau mama cuba tidurkan wais disitu mesti wais menangis.. sampai wais besar mcm ni.. tidak pernah wais sukakan babyCoat tu.. sekarang... kalau mama letak adelia disitu.. wais pun mau jgk tidur disitu... mama tau.. Wais anggap babuCoat tu kepunyaan wais dan tiada siapa boleh guna.



Wais... maafkan mama... mama janji kita akan hadapi keadaan ini bersama... MAMA SAYANG WAIS!

Thursday, 12 December 2013

CABUT GIGI KETIKA MENGANDUNG

CABUT GIGI KETIKA MENGANDUNG


SAKIT GIGI GERAHAM

EPISOD 1

Puas sudah aku bertahan dan membuang masa hanya dengan berfikir. CABUT ATAU TAHAN. Kebaikan pada diriku memamglah CABUT! tapi pada kes ibu-ibu mengandung spt aku ni... kebaikan untuk diri perlu aku ketepikan demi keselamatan kandungan. yang jelas.. anak adalah amanah Allah.. jadi yang terbaik adalah TAHAN. 

Bermula hari Isnin malam. aku bertarung dengan sakit gigi yang bukan sekadar berdenyut-denyut.. tapi menyucuk hingga ke akar yang paling dalam.. Kebetulan hari esok hari aku ada appointment dgn doktor di Klinik Ibu&Anak. Scan baby utk kali terakhir disitu.. cuma aku lupa refer pada doktor tu ttg gigiku yang sakit. Mungkin aku teruja dan sangat tersentuh dgn ucapat akhir sang doktor yang berbunyi.. "OK mama.. uri diatas, kepala di bawah... jadi, selamat mekahirkanlah mama..." Rasa mcm mahu bersalin pada saat itu juga.. 

Lps scan tu.. kebetulan aku lalu depan kaunter pendartaran Klinik Pergigian Kudat aku pun gatal-gatal mulut la bertanya pada misi dikaunter. Preggy boleh cabut gigi ka? misi jwp.. tidak boleh.. doktor mmg xakan cabut.. tp kalau mau jumpa doktor gigi saya tiada halangan. Lalu aku pun biberi nombor giliran warna biru yang tertera perkataan "IBU MENGANDUNG" wahh... bertuahnya mengandung... jumpa doktor gigi pun dapat nombor special... 

Doktor tu pun belek-belek la gigi aku.. sepantas sangat mulut doktor tu sebut status² gigi aku... yang paling kerap aku dengar "MOBILE GRADE ONE" dan aku dpt merasa setiap gigi yang dia sebut mobile grade one tu bergoyang. mmg sejak malam tadi aku pun belek² gigi aku.. mmg goyang belaka. tp yang lain tu sekadar goyang tapi tidak sakit. cuma geraham bawah sebelah kanan kalau disentuh mmg sangat sakit dan lebih elok tidak disentuh!

Memandangkan aku mengandung pada trimester ke-3 iaitu 38minggu Doktor gigi mencadangkan: 

  1. Ibu-Ibu yang mengandung mengalami perubahan hormon yang menyebabkan gusi tidak mencengkam gigi sekuat cengkaman ketika tidak mengandung. Sebap tu gigi aku longgar. 
  2. Kadar pengaliran darah yang lebih banyak ketika mengandung membuatkan gusi lebih sensetif dan mungkin akan bengkak.
  3. Ibu-Ibu hamil yang mengalami sakit gigi ketika hamil tidak mestinya mengalami kerosakan gigi... mungkin lebih kepada jangkitan pada gusi. jadi mencabut gigi ketika mengandung bukanlah langkah yang terbaik.. Jadi doktor syorkan aku makan antibiotik dan lihat perubahan lepas bersalin. kalau tidak hilang juga.. dia srh dtg lagi untuk rawatan lanjut. 
  4. Hasil pemeriksaan itu doktor mengesahkan gigi aku sehat dan tiada apa² masalah.. jadi dia cuma bagi aku Antibiotik dan paracetamol 0.5MG. 
Aku akur dengan nasihat doktor.. dengan tabah aku menelan antibiotik dan para cetamol tu 2biji 3kali sehari bermula selasa, rabu dan khamis. Terus terang aku katakan... paracetamol tu tidak membantu langsung malah tiada kesan langsung. Geraham aku makin sakit. Makan, Minum dan tidur mula tidak menetu. Pastilah darah naik dan HB turun kerana kurang tidur dan kurang makan.. jangan kan makan.. minum pun aku rasa sangat sakit. 

Hari Khamis 4.30pm:
dengan cemas aku call hasben aku bwk dia pegi Klinik gigi. mmg aku sudah tidak boleh bertahan lagi.. apatah lagi bila memikirkan sdh byk sgt aku mkn paracetamol yang pastinya tidak baik utk baby... malangnya Klinik TUTUP!! maksudnya... malam ini akan berhempas pulas lagi memerangi sakit gigi. TUHAN KUATKAN HATIKU...

Malam tu aku belek² lagi gigi aku.. dan.. aku perasan ada satu garis keretakan memanjang kebawah pada gigi geraham ku yang sakit.. OH!! NO WONDER LA MINUM AIR PUN SAKIT! sekali lagi dengan cemas aku panggil hasben aku srh dia suluh tepat ke gigi yang aku percayai telah retak tu.. dia pun bersetuju. AKU SANGAT BANGGA DENGAN PENEMUAN ITU dan sedikit terkilan kerana doktor pun tidak menyedari keretakan gigi tersebut. 

BERSAMBUNG... 
[KERANA AKU ADA KERJA] 
 

 

CABUT GIGI KETIKA MENGANDUNG

EPISOD 2:
 
HARI JUMAAT 11.30am:
 
Di Klinik pergigian Dr. Jovins.
aku menceritakan pada Dr. Jovins masalah gigi aku yg terlalu sakit sehingga apa pon tak bley! Dr. Jovins pun terangkanlah serba ringkas bahawa... wanita mengandung sebenarnya boleh cabut gigi. CUMA... kesannya yang kurang baik adalah pada kandungan kerana dos bius yang tidak sesuai untuk baby dalam kandungan.  
 
Aku minta masa discuss kejap dgn hasben aku.. dan keputusan yang kami buat ialah CABUT! dalam hati hanya bertawakal dan sepanjang prosidur itu aku mengusap² perut bgtau baby dlm hati su[aya kuat. Berulang kali aku lafazkan kata² maaf pada baby seandainya dia ada terkesan.
 
Akhirnya dalam masa kurang dari 30minit... selamatlah gigiku dicabut... dan pada ketika penulisan ini selesai baby yg dalam kandungan tu telah lahir... danberusia hampir 4bulan. InsyaAllah setakat ini tiada ada apa² masalah atau kesan dari cabut gigi tu.
 
Malah ketika aku bertarung dgn sakit sebelum semasa dan selepas bersalin... aku tidak ada sebrang sakit lain melainkan sakit bersalin yang umum mengetahui sakit bersalin itu adalah yang ke-2 tersakit selepas MAUT.
 
aku tidak dapat bayangkan mcm mana kalau aku menaggung sakit bersalin dan pada masa yang sama sakit gigi.
 
 
 


Friday, 29 November 2013

A Year of Parenting

A YEAR OF PARENTING





AKU DAN WAIS

AKU DAN WAIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 
20/11/2013, 2.35pm @ Blok Dahlia Hse No. F4-2.

Wais baru tidur. Penat jgk aku melayan dia dari semalam. Kebetulan aku cuti 2hari (Khamis & Jumaat) bersambung pula dengan cuti umum (Sabtu & Ahad). Walaupun aku tidak sehat tapi aku tidak mau hantar Wais ke rumah nenek dia. Bukan selalu aku boleh luangkan masa yang banyak dengan dia... lagipun tidak lama lagi aku bersalin.. pastilah tumpuan dan perhatian akan lebih pada New Born Baby. Serious... aku selalu bersedih memikirkan ini. Tambahan lagi Wais baru berusia 1thn 3bulan. Terlalu awal untuk mengalihkan perhatian dan dia belum faham perubahan yang akan berlaku. 

Wais anak yang manja. Cengeng dan ikut kepala sendiri. Dia tidak boleh tidur kalau abah dia yang tidurkan. Lepas dia lena barulah abah dia pindahkan dia. Tapi bila dia tersedar... dia akan pindah lagi ke sebelah aku dan aku hanya perasan semua dia bila aku bangun tidur wais sedang memeluk aku. 

Wais tidak boleh tengok aku memeluk bantal peluk. Dia akan marah dan buang bantal peluk tu. Mungkin dia cemburu... Ya Allah... mcm mana lah kalau aku berslain nnt... pasti hancur luluh hati Wais.. 

Wais suka buat muka kesian. Muka-muka kesian ni la yang buat aku rasa sangat bersalah lepas aku marah dia...