Friday, 29 November 2013

AKU DAN WAIS

AKU DAN WAIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 
20/11/2013, 2.35pm @ Blok Dahlia Hse No. F4-2.

Wais baru tidur. Penat jgk aku melayan dia dari semalam. Kebetulan aku cuti 2hari (Khamis & Jumaat) bersambung pula dengan cuti umum (Sabtu & Ahad). Walaupun aku tidak sehat tapi aku tidak mau hantar Wais ke rumah nenek dia. Bukan selalu aku boleh luangkan masa yang banyak dengan dia... lagipun tidak lama lagi aku bersalin.. pastilah tumpuan dan perhatian akan lebih pada New Born Baby. Serious... aku selalu bersedih memikirkan ini. Tambahan lagi Wais baru berusia 1thn 3bulan. Terlalu awal untuk mengalihkan perhatian dan dia belum faham perubahan yang akan berlaku. 

Wais anak yang manja. Cengeng dan ikut kepala sendiri. Dia tidak boleh tidur kalau abah dia yang tidurkan. Lepas dia lena barulah abah dia pindahkan dia. Tapi bila dia tersedar... dia akan pindah lagi ke sebelah aku dan aku hanya perasan semua dia bila aku bangun tidur wais sedang memeluk aku. 

Wais tidak boleh tengok aku memeluk bantal peluk. Dia akan marah dan buang bantal peluk tu. Mungkin dia cemburu... Ya Allah... mcm mana lah kalau aku berslain nnt... pasti hancur luluh hati Wais.. 

Wais suka buat muka kesian. Muka-muka kesian ni la yang buat aku rasa sangat bersalah lepas aku marah dia... 




   

No comments:

Post a Comment