Saturday, 8 June 2013

KACANG KUDA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~

Hari ni aku menghabiskan masa aku dgn tidur... bila bangun jam 5.30pm tu tiba2 aku teringin mkn Kacang Kuda Rebus. Biasa la mengandung kan.. (alasan) aku pun segera mandikan wais dan ajak hasben aku cari kacang kuda. dia sikit punya pelik la dengar kacang tu.. dia tengok pun nda pernah dia ckp... KESIAN la dia ni... kacang kuda pun tak kenal ka tambey!



Kacang Kuda yang Hasben aku xpernah kenali sebelum ini

Aku ni sebenarnya lebih suka beli yg dh masak... senang dan bukan mau bkn byk pun... tapi sedih sangat daerah kesayangan kami KUDAT ini... apa saya yang saya idam2kan selalu tiada org jual. boring betul la mengandung dlm keadaan yg begini.

Tapi aku tidak akan berputus asa. Satu demi satu kedai runcit india kami masuk menjejaki Kacang Kuda. semua pun TIADA. harapan yang terakhir ialah MILIMEWA. aku buka pintu kereta dan turun mula dengan langkah kaki kanan harap2 la ada Kacang Kuda yg jadi idaman aku ketika ini.

ALAHAMDULLIAH... dengan sekali belek sahaja diruangan kacang tu aku dh nampak kelibat KACANG KUDA. rasa mau sujud syukur jak.. aku pernah makan yg sdh siap masa. aku xpasti la aku pandai ka tidak rebus ni. yg penting kacang kuda sdh ada dlm tangan. ala.. apa susah.. sekarang ni ada internet. cari la apa2 resipi pun semua ada.

Tiba2 aku ternampak la pula kacang soya....

KACANG SOYA dipercayai kalau diamalkan oleh ibu2 mengandung akan akan putih gebu.

hmmm alang2 dh jmpa ni... rembat jak la... lagi pun aku sdh lama berangan-angan mau buat home made kacang soya... sejak mengandung kn wais lagi... aku kadang2 hampir percaya jgk kacang soya ni boleh buat baby putih gebu. tengok saja la product sharklee ESP tu... org ckp kalau minum susu tu anak jadi putih... siap ada testimoni sebelum dan selepas lagi. Cuba tengok pula kandungan utama ESP tu... off course la SOYA... tapi harga pon bley tahan... siap ada set utk ibu mengandung trimester pertama dan kedua lagi. seram la aku tengok harga.. nak menyebut pun aku tak berani...


aku ambik keputusan untuk tidak terpengaruh... mahal tu wei... artis tempatan boleh la.. so aku rasa aku buat keputusan yang bijak untuk memproses sendiri susu kacang soya hihihi....

Actually aku mau tulis tentang cara merebus kacang kuda. jauh naw lari ke ESP.

rupa2nya kacang soya ni perlu direndam semalam dulu... hampeh! besok la baru boleh makan... lepas rendam tabur garam batu. baru rebus sampai sedap. kecewa betul la....



Friday, 7 June 2013

MABUL ISLAND, SEMPORNA (2010)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~

memandangkan hasben aku duty 24hrs hari ni maka aku membuat keputusan utk berangan dan mengenang kisah2 lampau. Wais pun sedang tidur dengan nyenyaknya... sepertinya sangat berjalan lancar la kenagan2 silam menusuk kalbu. antara yang paling aku suka ialah Percutian aku ke Pulau Mabul yg ditaja sepenugnya oleh kawan kepada kawan aku. Actually somebody tu hanya menaja kawan aku... tapi memandangkan kawan aku tu sangan sayang kan aku... (maklum la aku masa tu sebatang kara. jauh dari keluarga. hidup membujang lagi dirantau org off course la dia kesian kan aku so dia ajak la aku.. dan aku pun dengan bangganya telah mengajak sorang budak bawak umur yang baru habis SPM masa tu. konon2 mau kasi dia release tension la. betol ka tidak dia tension exam tu xpasti la... nta2 dia x ambik port pon) 

Rosniah | Nizam | Aku
sebelum bertolah ke Pulau Mabul naik speedBoat
  Gambar ni adalah team yg sedang dalam mood bercuti. sebelum naik boat ke Mabul kami sarapan dulu. lapar wei... mata iya la kenyang. kepala pun penuh2 dh dgn topi tapi perut perlu isi jgk kot...
saya sangat terkejut tengok kanak2 di bandar Semporna. Belum sempat kami turun dari kereta 2-3 org kanak2 umur lebih kurang 4-5thn ketuk2 cermin kereta kami. aku rasa cuak la sedikit. sbp mmg sah berdasarkan rupa bau dan rasa mereka bukan la kanak2 tempatan. nda malu betul minta duit. aku org tempatan mmg tau la budak2 ni anak2 PATI.... tp yg pelancong2 luar tu... mesti diorang ingat org2 sabah ni suka meminta2. cit!  aku nasihatkan... kalau ada la berlaku kejadian2 mcm ni... tolong jgn bagi walau 10sen pon... kerana... anda akan diserbu oleh ramai lagi peminta-minta kategori kanak2 ni. tolong ye.. jgn support industri meminta sedekah ni. mmg kesian pada mulanya... iya la... aku terbayang la adik2 aku kalau jadi mcm tu... isk... tp kalau pun dtakdirkan ibubapa aku xmampu bagi makan... xmungkin diorang kerah kami minta2 sedekah ni. 


Perjalanan ke Mabul makan masa lebih kurang 40minit naik Boatlaju. kalau berenang lambat jgk sampai kot... aku xpasti la berapa tamabng boat ni... maklum la... fully sponsored. 


turun jak dari boat laju tu... OMG!! mmg sangat cantik... percayalah... terumbu karang kelihatan dengan jelas walaupun dari jeti seperti dalam gambar tu.. aku mau jgk ambik gamabar... tp aku ambik gamabr pun guna HP cap ayam... nnt aku ambik gambar tempek kt sini tapi xnmpt terumbu karang seperti yg aku maksudkan mesti kamurang ckp aku tipu lagi.. 

 ni la tempat kami menginap. sgt selesa dan makanan pun sedap.. kebetulan jgk free... jadi mulut aku cakap semua best jak la.... interm of layanan pun sangat memuaskan hati. bukan sbp free.. tp sbp hati aku suka la bila aku dilayan seperti pelancong hihi.... 

aktiviti kami lps mkn ialah bersiar2 disepanjang pantai. kagum melihat kecantikan pantai balik2 la kami begambar... xla sempat tukar baju.. takut hari malam mana best ambik gambar. kebetulan pakai kamera HP cap Ayam ni mmg flash pun tiada. 




sebelah petang kami pegi snorkeling. aku pelik betul la kawan aku tu boleh terapung dalam air tanpa life jacket. aku malas mau tanya pertama sebap mulut aku mmg penuh2 degan hos tu ya la nafas bukan nya panjang. hos tu jak la boleh sambung nyawa. tu pun budak hingusan baru lepas SPM tu suka betul tutup mulut hos tu. aku kalau mau buat report polis kerana percubaan membunuh pun boleh jgk. tp mood aku mmg betul2 mau terapung. belum pernah aku rasa terapung dalam air. aku jadi kurang minat melihat benda2 dlm air tu. aku sangat menikmati kebolehan aku terapung. 



sekian dulu aku rasa ngantok sgt. aku ni pun baru sampai dari KK.. penat gila2. nnt aku sambung. bayak lagi  perkara baik dan buruk yg aku mau tulis. tungguuuuuu!

Thursday, 6 June 2013

WAIS 10 BULAN HARI INI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~

hari ini, 6hb genap 10 bulan umur anak aku Asyraf Wais. Macam2 kami lalui selama 10bulan ni. Bukan senang jadi Ibu dalam masa yg sama jadi Isteri dan juga keluar berkerja. Tapi Alhamdulillah... setakat ini aku masih boleh melaluinya. InsyaAllah.. 

bukan main syok lagi Wais mkn eskrim tutifruti tu :)

Selalunya aku akan buat homemade cake utk wais... tp kali ni tidak. bukan malas tapi bulan ni over run budget. baru last week celebrate birthday abah wais yg ke 31thn. 

Abah Wais ckp xpyh la susah2 celebrate... tp entah la... aku sdh terbiasa la treat org2 special mcm tu. Sebap aku sendiri dibesarkan dgn treat yg sebegitu. Setiap tahun bapa aku akan beli cake dan buat mini party utk celebrate birthday aku dan adik beradik yg lain. terbiasa dan aku berjanji akan buan benda yg sama utk anak2 aku... sebap aku tau dgn cara mcm tu anak2 akan tau, faham dan sedar betapa sayangnya ibubapa pada anak2..

buah hati pengarang jatung hidup ku...

Bila dh kahwin ni... hasben aku la yg tukan beli cake. walaupun hanya kami berdua dan tiada tetamu lain. ia tetap satu sempurna. 

aku jarang2 dapat bunga... bila dh dapat mmg mcm kera dapat bunga la. hihi





OUTSTATION

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

besok aku akan ke IPK Kota Kinabalu (KK) tugas mcm biasa la.. ambil barang stor dan barang SPDRM. aku heran la kenapa selalu kena outstation pada hari Jumaat. Sedangkan hari jumaat tu masa kerja sangat pendek rugi kalau jalan jauh. Kudat ke KK makan masa 3jam juga kalau naik kereta pacuan 4 roda.. kalau naik lori mcm aku ni... makan masa 4 jam jgk! lorikan besar... susah mau overtake dan naik bukit bukan laju... sabar jak la.. bukan selalu pun... dua bulan sekali. ada berapa banyak hari jumaat yang aku lalui dengan tenang dan banyak rehat... gaji sama jgk kan... apa salahnya susah sekejap. penyedap hati...

 
aku plan mau bertolak awal.. seperti yg aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Hari jumaat ni waktu kerja pendek... walaupun pekeliling suruh balik jam 11.45am tp jam 10.00am ramai org suda lesap... lama sangat ko persiapan utk ke sembahyang Jumaat tu... maklum la.. penghulu segala hari!

kalau lambat sampai ke IPK mmg kena tunggu office bukan jam 2pm la... kalau urusan bermula jam 2pm mau jgk selesai dalam jam 4pm... lps tu nak meredah kesesakan lalu lintas d KK mau2 jgk jam 10am baru sampai Kudat... kesian wais... kalau aku balik lmbt dia pun terpaksa la lambat kena ambik.. lambat jgk la dia tidur... budak tu bukan senang2 boleh lelap tanpa ibubapa dia... breastfeeding baby la katakan.... org ckp mmg rapat dgn ibu... kesian anak aku... tp dalam perjalanan aku selalu sedapkan hati aku dengan perkataan... bukan selalu pun...