Baru Ku Tahu Pentingnya Make-Up Remover
Assalamualaikum..Awal tahun 2015 ni cuaca sgt panas telah melanda negara lebih membukkan keadaan persekitaran ku dikelilingi laut ni. Aku tidak sedar sejak bila jerawat ni menghantui ku. Aku ni sebenarnya tidak lah dalam kelompok rakyat malaysia yg berhadapan dengan masalah jerawat kritikal. Pada mulanya aku meyalahkan cuaca yang panas menyebapkan jerawat mula pertandang satu persatu. lepas tu dua per dua lepas tu maksimum 5biji sehari. Kehodohan dan kesakitan ku bawa ke hulu dan kehilir. Sedih tau!
Setiap kali aku balik kampung mesti mama ku komplen. bukan dia saja... malah seisi keluarga mencemuh dan menghina ku. iya la kalau setakat balik bawa anak2 tu dorang ni ok kot.. tapi jerawat dan tapak2 kaki mereka turut mengekori. please la. leave me alone.
Diskusi ku dengan mama pada mlm tu sangat membuka mata dan pemikiran ku yang selalu menyalahkan cuaca panas menyebapkan aku berkawan baik dgn jerawat.
"bukan pasal panas la tu... kalau pasal panas tak kan la ko jak yg berjerawat aku tgk muka bini OC tu licin jak pun!"
maikaihhhh makk... bila masa mama jumpa dgn bini OC ni??
tapi sungguh la muka org lain aku tgk elok jak pun tiada juga jerawat. Kulit aku saja kot di Kudat ni yg paling sesuai utk penternakan jerawat! STRESS ok.
seterusnya beralih menyalahkan produk SimplySiti yang aku pakai masa tu.. bersemangat aku memberi ceramah pada kwn2 ttg SimplySiti tu adalah makanan berkhasiat pada jerawat tu yang jerawat ku sehat2 dan gemok2. Kesian Kak siti tau! sorry k....
Akhirnya aku nekad utk tukar produk walau aku sebenarnya sayang sangat SimplySity DERMAGIC tu.. kalau produk2 local ni tidak kuat menentang jerawat, ayohlah... laburkan sedikit wang untuk produk eropah demi kelicinan dan ucapan perpisahan untuk jerawat yang bagaikan kawan tapi sebenarnya kawan makan kawan. Mcm kawan2 ku yang yang yang hemmm (mcm mula la nak mengumpat ni.. no no no... Ramadhan 16hari lagi hihihi)
aku sebenarnya nk story ttg MAKE REMOVER tp aku rasa dh ke lain... tapi no worry keep on reading kerana pada perenggan seterusnya ini sangat berguna pada perjuagan anda menentang jerawat.
Tanpa sebarang garis panduan dan contoh aku menghayunkan langkah ke kaunter Clinique. Tapi untuk pengalaman dan pengajaran menggunakan produk Clinique ni lain kali ku tulis ye. Sbp aku dh janji pada perenggan ni aku mau cerita KEPENTINGAN SANGAT PENTING MAKE REMOVER.
Beautician kaunter Clinique tu sangat baik hati ok. Aku ceritakan siap tunjukkan bukti yang muka ku berjerawat disebalik BB Cream BodyShop tu. tekejut berox jgk dia.. sebanrnya mcm yg aku ckp la kan.. jerawat aku ni xla critikal sgt blh lagi lapik dgn BB Cream blm ke tahap kena pakai concealer. Tapi sesungguhnya jerawat yang sebiji sehari ni sangat pedih dan kesan setelah ia pergi sangat mencacatkn penampilan.
haaa.. part yg ni anda sediakan lah pen dan kertas kalau nak catat ye. kerana ni nota penting yang selainya kt atas tu lebih kepada luahan perasaan penahan jiwa!
Dia ckp jerawat ni terjadi sbp sisa mekap kita yang tidak dicuci dengan sempurna. Pencuci muka kita kt rumah tu diformukan untuk mencuci muka(kulit muka) bukan mencuci mekap tau!. kalau kita pakai bedak baby powder sekali pun.. kita mesti cuci duli dengan Make Remover.
Aku tergamam... termasuk jgk pada logik akal ku. mmg la berjerawat... aku dh la lapisan pertama pakai BB Cream lps tu pakai plk Compact Powder tebal2.. balik kerja basuh muka tenyeh ala kadar lps tu siap la.. Tuhan... ini antara kesilapan terbesar dalam hidup ku.
Ikut hati aku mau terus beli make up remover jenama clinique jgk.. tp sbp haribulan muda remaja lagi.. dan lambat lagi nak gaji semula kan..
beautician tu seperti membaca fikiran ku. dia ckp... xpe dik... kali beli dulu 3step ni.. lps ni cari la make up remover xkira jenama apa pun... yang penting sebelum cuci muka dengan facial foam kena bersihkan dulu sisa mekap tu dgn make up remover.
Memandangkn kulit aku ni jenis yg oily aku beli la make up remover jenama biore. Tanpa alkohol yang pentingnya water based.
Kerana teruja sangat menyingkir jerawat dlm masa 10hari saja cleansing water ni habis. ni mekap remover ka air minuman! cepat sangat habis!
Bila habis tu aku pegi watson ingat mau beli biore jgk. tp fenomena biasa jika wanita shoppin kan.. mcm tak biasa. rambang mata! apatah lagi aku semakin banyak ilmu pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan mekap remover ni... akhirnya aku beli jenama lain.. iaitu silky girl gel mekap remover katanya!
BIORE Perfect Cleansing Water |
SILKY GIRL PURE FRESH MAKE UP REMOVER |
Dari segi tekstur plk mmg gel la kan dan cara pakai pun tanpa guna cotton pad tapi kena massage kt muka. sangat geli ok dan wangi tu tak blh belah!
Sekian dulu nnt aku tulis dengan lebih panjang lagi... Selamat hujung minggu semua!
No comments:
Post a Comment