HOTEL MURAH DAN MUDAH KL
(JALAN TAR/MASJID INDIA)
Hai kawan-kawan
aku, suami dan familyku baru balik dari KL. Saja jalan-jalan menghabiskan wang!
Trip kami kali ni kami memilih utk stay area Masjid India atau juga orang selalu panggip Jln TAR. Last year kami tinggal area Chow Kit. agak sukar utk berjalan-jalan shopping sbp jauh sgt dari stesen LRT. Adapun stesen monorail.
Tentang laluan Monorail dan LRT ni nnt la aku tulis. Yang ni aku nak cerita ttg hotel dulu.
Biasanya hotel ni aku booking sejurus selepas booking flight supaya sampai KL nnt tidak perlu risau mau tidur mana.
Aku booking hotel dari trivago.com. Mcm iklan tu ckp Trivago akan senaraikan semua hotel dan mempamerkan harga ofkos la aku pilih yang paling murah ketika itu PALACE HOTEL
PALACE HOTEL |
Banyak pilihan bilik dari single hingga ke Family Room. By this time aku akan cerita ttg Family Room sbp aku ambik bilik tu memandangkan ahli trip kami ni 10 org!
FAMILY ROOM:
Bilik ni letaknya di Ting. 6 (jgn susah hati sbp ada lif)
2 katil Queen
Tv 14'
Peti Sejuk
Aircond
Boiler
Bantal
Conforter
Tuala Mandi
Sabun Mandi
Harga RM250 (4malam RM1000.00)
nmpk mahal sebenarnya sorang kena bayar rm125 utk 4mlm. mcm yang aku ckp la trip kami ni kan jalan sekampung.
Hotel ni sangat dekat dengan
Stesen LTR
Mydin
Sogo
Kalau biasa jalan kaki area KL pegi Pasar Seni pun dekat. Hotel ni aku syorkan sangat-sangat pada yang suka suasana shopping ditempat yang biasa-biasa dan bajet yang biasa-biasa.
No comments:
Post a Comment