Tuesday, 5 January 2016

HOLLYWOOD NIGHT PERKEP SABAH

HOLLYWOOD NIGHT PERKEP KONTINJEN SABAH
A NIGHT TO REMEMBER


ASSALAMUALAIKUM.. ini merupakan comeback saya dalam arena blog setelah dari tahun lepas tidak memblog sebarang projek besar2. Hidup ini sangat indah untuk dinikmati hingga kadang kala terlalu menikmati sampai lupa mencatat atas batu. Batu itu dulu2 jika tidak tercatat peristiwa2 penting mungkin kita kabur dalam mengenal asal usul lalu percayalah kita pada teori Darwin yang mengatakan manusia ini berasal dari monyet. Helloooo.. kita ini kurang bulu.. lalu peruabahan suhu yang dizaman bila bisa menggugurkan bulu2 yang sebanyak bulu nya sang monyet. 
Benar Al Quran panduan dan pedoman kita
tapi HELLO tarikh kemerdekaan Malaysia tidak tertulis dalam Al Quran

Jadi 
kita catatkan sedikit peristiwa peristiwa bahagia kita untuk anak cucu kita mengenal siapa kita dan siapa mereka nanti

LURUSKAN BARISAN!!
yang agak berbengkok dari peristiwa HOLLYWOOD NIGHT seperti tersebut di atas.

HOLLYWOOD NIGHT
 KONON KONON INSPIRED BY ELSA & ANNA PADAHAL
MAMA ELSA & ANNA

Sesiapa yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir atau glamor disebut KERANI akan mengetahui betapa kesibukan dipenghujung setiap tahun. Itu bukan penghalang untuk berfoya-foya dihujung tahun ok. Jangan stress as long as kerja beres silakan la berHOLLYWOOD NIGHT 

22.12.2015
Memecutlah Myvi 1.3 ku ke KK dalam jam 11pagi. Percayakah anda saya cuma sampai di Rumah PERKEP IPK Sabah ketika azan maghrib sedang berkumandang. 
JEM YANG SANGAT JEM 
masa tu aku terfikir jgk singgah sekejap di HapSeng beli sebiji kereta jenama BMW Automatic
rupanya dalam jem d area padang bandaran tu aku sempat berangan bukan sikit malah sangat berangan-angan 


Setelah besiap secantik yang boleh dalam masa yang sejam itu
yang penting saya mmg sempat jugak mandi dan menyempo rambut sebap dari dalam trafik jem tu saya mmg berangan2 mau mencabut kepala suruh terbang sendiri pergi selon paling bernostalgia di KK Plaza. Agak2 imam Masjid Negeri datang tak baca kan Ayat Kursi??

Mesti diberitahu bahawa BOLLYWOOD NIGHT ni adalah sempena pertukaran Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah YBHG Datin Hjh Siti Aisyah Bt Hj Haron mengikut suami iaitu YDH PJP Sabah ke JIPS Bukit Aman

Sesampainya di Sutera Harbour memang
wowwww woww wowww tiga wowww saya bagi semua orang mmg sangat cantik dengan busana HOLLYWOOD 
kami yang datang lewat sikit sebap salah tempat la pula. Sebap kami orang Kudat mmg boleh sesat dalam Sutera Harbour tu. tapi PLEASE! kalau di Marina Kudat kami mahir sampai ke Jeti Marina kami hantarkan.  

Semula!!
Memang tidak boleh lupa apabila dalam 20org pengerusi dari 
20daerah Pengerusi PERKEP IPD Kudat menerima Sijil Penghargaan!! PJP Sign kottt. 
Rasa ingin berdiri dan mendabik dada. Mujur saya tidak meneruskan hasrat yang sedemikian. 

PART 1
(kerana 10minit lagi jam 2 pagi. besok kerja.)
PART 2
(jika ada hyperlink maka clik. jika tiada maka belum)











No comments:

Post a Comment