Sunday, 24 January 2016

TEMUDUGA ANUGERAH INTEGRITI PEGAWAI AWAM PDRM

TEMUDUGA ANUGERAH INTEGRITI PEGAWAI AWAM PDRM


Esok adalah temuduga pertama saya untuk tahun 2016 
cuma yang ni lain sikit bukan temuduga untuk mendapatkn sesuatu post
temuduga Integriti kata dia
terus-terang sangat kabur! saya tidak tahu apa persiapan yang perlu selain hadir pada jam 9pagi dan berpakaian kemas 

dan jujur saya tidak mengharapkan apa-apa
cuma saya meletak kan sedikit usaha dan kesungguhan 
biarlah tidak berjaya yang penting saya dapat menjawap segala soalan dengan baik. 

lagipun kawan-kawan yang pernah hadir twmuduga ni cakap soalan nya yang mudah-mudah saja
kebanyakan tentang tugas hakiki
jadi kalau saya itu kan cuma tentang Stor dan Aset kerajaan saja
jika berkaitan Kew.PS dan Kew.PA insya-Allah mmg telah kupahat dalam akal dan hati selama 5tahun ini 

cuma
mungkin saya perlu membaca semula berkaitan integriti
untuk mengasah minda mari saya ceritakan apa itu integriti. 

INTEGRITI

integriti adalah istilah bahasa inggeris yang di eja sebagai integrity yang membawa maksud KEUTUHAN

apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu akan menurus kepada perwatakan seseorang 

untuk kelihatan seperti sedikit ilmiah sedikit saya menambah
mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka 1985
Integriti didifenisikan sebagai 
KEJUJURAN 
KETULUSAN
KESEMPURNAAN 
KEUTUHAN 
 
jadi sebagai kesimpulannya INTEGRITI merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam diri individu yang berteraskan kepada amalan-amalan bermoral tinggi. 



No comments:

Post a Comment