Wednesday, 22 April 2015

PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27

PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27

PEPERIKSAAN ONLINE PEN. PEG. PENERNAGAN GRED S27
Assalamualaikum WBT.. 

apapun yang terjadi entry ini akan ku abadikan dlm blog usang yang terlalu terbiar ini sebagai panduan dan pengajaran pada adik-adik yang akan menduduri exam pen. peg. penerangan S27. Semoga niat murni ini di berkati dan dipermudahkan curahan idea-idea yang bermanfaat pada yang memerlukan. Amin...

Saya telah menerima E-Mail panggilan Exam dari SPA 2 minggu sebelum           tarikh exam yang dijadualkan pada 15.04.2016 (Rabu) @ 8.00mlm.                   Sepatutnya saya ada masa yang banyak untuk mengulangkaji sebelum tarikh     itu. Malangnya... (sila anggap ini alasan sekiranya anda tiada 2org anak yang     masih kecil) selain itu saya menguruskan rumah tangga tanpa pembantu dan     saya juga kerja pejabat 8.00 pagi - 5.00ptg.


Saya tidak membuat sebarang ulangkaji kerana: (sila anggap alasan jika           anda tiada komitmen lain) untuk berjaya jangan sekali-kali cari alasan. Tapi       berada ditempat saya adalah bukan mencari alasan tapi tidak mahu                   mementingkan diri sendiri.  


Saya ada anak yang perlu saya uruskan pakaian dan makan sebelum saya         hantar kerumah M.I.L

Jam 8.00 pagi saya wajib berada dipejabat tetapi tidak wajib balik tepat jam       5.00ptg bergantung pada kesibukan. 


Balik rumah saya perlu masak makan malam suami dan anak-anak.                   mengemas dan saya cuma akan solat isyak sekitar jam 10.00mlm.

Selepas itu saya akan tidur kerana terlalu penat selain esok saya perlu               bangun awal untuk menyiapkan pakaian dan makanan anak-anak saya               sebelum dihantar ke rumah M.I.L dan punch card sebelum jam 8.00 pagi.

Saya tidak menyesal sekiranya saya tidak ada masa untuk mengulangkaji         dan saya tidak menyesal sekiranya saya gagal exam tu kerana saya yakin         ganjaran pahala menguruskan rumahtangga yang berlipat kali ganda dari           gaji pada Gred S27 tersebut.


Rasakan nikmat redho tatkala anda mengagkat tangan dan berdoa
"Ya Allah, Jika Jawatan Itu Baik Untukku, Suamiku, Anak-Anakku dan Agama     ku Engkau permudahkanlah Ya Allah dengan Kudrat Dan Iradat Mu.. La Haula     Wala Quwata Illa Billa Aliyil Azim"

Sila baca betul-betul masa ezam tu bermula. Sebap kesilapan ke dua yang         saya lakukan ialah:

SALAH TENGOK MASA- Saya yakin exam tu bermula jam 8.30mlm. Mujurlah     saya sempat menjawab soalan section A dengan masa berbaki 14minit               43saat. Itu pun sebap saya bersedia lebih awal depan laptop dan cuba2 click     pada hiperlink dari email saya.. Sempat jgk la jawap walaupun (sedih.. tidak     sempat berfikir panjang. 


Soalan-Soalan Exam tu dibahagikan kepada 3 Bahagian:



Pengetahuan AM 

Daya Penyelesaian Masalah (Matematik)
Ujian Psikometrik


Saya akan cuba crop contoh-contoh soalah yang saya dapat dari 

Tim. Info Kerjaya. Walaupun cuma sampel soalan tapi sangat membantu.           Terima Kasih dan mohon halalkan ilmu terebut. Saya sebenarnya sagat ingin     membeli E-Book tu.. cuma iklan-iklan yang mereka emailkn pada saya               sangat berjela-jela dan tidak jelas proses pembelian e-book tu. Saya ada           balas emal minta terangkn cara beli tapi dibalas juga dengan email yang           semakin melere-leret akhirnya hingga exam tu bermula saya masih keliru         cara pembelian e-book contoh soalan. Mungkin bukan rezeki saya. Tapi dari       sampel soalan yang mereka e-email sangat membantu saya utk mendaptkan     gambaran jelas bentk-bentuk soalan


Antara Soalan Pengetahuan Am yang sangat segar-bugar dalam ingatan saya     ialah:



 - Yang manakah antara negara berikut BUKAN anggota ASEAN

 - Kampung Tanpa Wayar adalah dibawah projek?
 - Misi & Visi Jabatan Penerangan
 - Nama Jabatan Penerangan Sebelum ini
 - Fungsi Jabatan Penerangan
 - Gelaran bagi Perdana Menteri, Menteri
 - Negara yang menang Piala Kriket 2015
    


Soalan Matematik ni maaf saya tidak ingat langsung. Tapi yakinlah sangat         susah dan sangat mengelirukan. PENTING- sediakan kalkulator.



Soalan Psikometrik

Sebenarnya tiada tips yang blh saya kongsikan untuk soalan ni cuma jadilah       diri sendiri ketika menjawab. Walaupun Tim. Infokerjaya bagi tips untuk             memberi jawapan kearah positif namun bagi saya.. adalah tidak logik jika         soalan:
Saya marah jika orang bercerita keburukan saya dibelakang saya
sangat positif untuk tidak marah.. tapi adalah ianya rasional untuk tidak             marah. jujurlah pada diri sendiri.. kerana keperibadian kita adalah sebagai         manusia yang punya perasaan bukan robot. 


Peperiksaan online boleh diakses melalui link dalam email. Copy Paste no           giliran. 


Saya akui saya tidak berjaya dalam peperiksaan tu... tapi jika saya diberi           peluang sekali lagi untuk menduduki exam tu.. saya tidak akan putus asa. 


Keputusan exam akan dihantar melalui email selang beberapa hari selepas         exam. Boleh juga semak terus melalui laman web SPA.

Tuesday, 26 August 2014

KPSL TAHUN 2014

KPSL

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (KPSL) SIRI 1 / 2014



Assalamualaikum

Ini adalah kali pertama aku menduduki exam selepas aku sah jawatan. Aku nda tau la kenapa sangat sangat aku ketinggalan dalam hak-hal yang sangat penting dalam kerjaya seperti ini. Aku tanya kwn2 yang yg pegi exam tadi rata-rata sdh ambik exam ni 3kali!! OMG begitu lama aku tidur! what happen to me?? KENAPA AKU SANGAT KETINGGALAN DAN KENAPA SEMUA ORG TIDAK MAU BAGITAU AKU BILA MASA MEREKA MENDAFTAR EXAM NI! standard la bila jadi mcm ni mesti aku akan salahkan org lain. Padahal... aku yang tidak alert. 

Mujurlah satu malam ketika aku melihat anak2ku tidur dgn lena... Ilham dari langit sampai... tak kan la aku mau terus statik jadi kerani gred N17 ni. HELLO! i am a women with a big dream before. big la snagat. aku tengok lengan aku jak makin BIG! 

Lantas aku bangkit dan buka PC.. memula tu aku sekadar mau cek status permohonan SPA niat hati tu mau up sket ke gred N27. manalah tau rezeki anak2 kan... Aku pelik betul status permohonan aku tu... semua tertulis tidak melepasi syarat kelayakan ditetapkan  fade up aku ah! aku tau aku layak. memang aku layak. aku yakin sangat. Boleh mcm tu?? kalau rezeki tidak ke mana... dan andaikata lah aku ni pencen sebagai kerani gred N17.. aku tetap bersyukur. sbp satu masa dulu aku bersujud pada yang Maha Agung agar dibukakan pindu rezeki ku berkhidmat dengan kerajaan walaupun sekadar gred N17. syahdu la pula mengenang detik itu... Alhamdulillah... Allah kabulkan dua itu dan aku sangat bersyukur. Kalau bersyukur Allah tambah kan... mungkin tambah 10 lagi... jadi N27. amin... Tamak kah aku? atau tamaha kah aku?

Kembali pada KPSL ni aku ni mmg selalu mcm ni... kalau aku mau cerita satu boleh jadi dalam cerita tu ada mcm2 lagi cerita. 

Aku try la isi online exam KPSL ni... dpt lah slip. dia ckp nnt jadual dan pusat peperiksaan akan dimaklumkan kemuadia. Beberapa hari lepas... iaitu hari Khamis kawan aku Jennifer aku bgtau Jadual dan Pusat Exam KPSL tu sdh ada... pusat Exam d Kudat. Hancur musnah harapan aku untuk berfoya-foya di KK apatahlagi lepas lepas 25hb ni.. mmg sakan la... mujur tidak jadi kenyataan. 

Aku rasa kalau aku cerita dalam bentuk asei mcm ni nnt susah sangat utk difahami. So aku buat dalam bentuk peta minda agar kelihatan ;ebih jelas bagaimana huru hara nya hidup aku. dan betapa aku ni sangat tidak sistematik. Bukanlah niat membuka pekung di dada... cuma jadikanlah pengajaran, tauladan, sempadan, pedoman dan panduan. jangan jadi mcm aku ni yang aku sendiri rasa semak dan mengamuk sendiri pada setiap ending.

21 Ogos 2014 (Khamis)
aku dpt info tarikh exam tu pada 26 dan 27 ogos  (Selasa dan Rabu) tp aku tidak langsung bertindak mem-print slip peperiksaan. Kerana aku sibuk sangat kehulu kehilir. terkayoh kayoh dengan officemate aku Kak Long. Sekadar meringankan dan membantu apa yang termampu sbp dia ada tanggungjawab yang besar untuk Gala Nite Perkep tu...

22 Ogos 2014 (Jumaat)
aku masih tidak print. tidak belajar. tiada buku. dia apa2 effort malah tiada apa2 walau setitik ingatan pada exam itu. hemmmm...  
aku sibuk lagi fitting baju utk Gala Nite tu... Hasben aku pula outstation. besok baru balik. lagi la tidak dapat belajar sbp anak2 aku ni pesen mereka sangat rapat. bukan setakat rapat malah melekat pada tubuhbadan ku setiap masa.

23 Ogos 2014 (Sabtu)
gala Nite... 
Belajar?? mmg tak la kan....

24 Ogos 2014 (Ahad)
aku fitik rumah. lap cermin. aku rasa dekat 4tahun aku duduk berek ni... ini kali kedua aku lap cermin.. ko mejin sendiri la bagaimana kehitaman habuk pada permukaannya. 

25 Ogos 2014 (Isnin)
Jam 4 ptg... bukan pagi tau. 4 petang!! 
jen call aku tanya ttg exam tu... tanya ttg buku. aku mula semak dh.... kalau tidak berhijab mau bediri sting terpacak rambut2 aku! Aku ajak jen pegi beli buku. walaupun peluang tipis... sbp kudat ni... alahai... kedai buku pun susah mahu cari ma.. tipu la. senang cari.. 
1. Pustaka Perdana 
2. Tan (apa sambungan pn aku xtau)

Jam 4.30 aku jln pg Pustaka Perdana dgn Jen. TIADA!! terus ke Tan. ADA. tp buku yg dia ada aku mmg ada. masa pegi tu... serius. jujur. hari suci. aku mmg tidak tahu menahu buku apa yang diperlukan. Sementara tunggu jen ambik aku aku sempat la call CC Rahim dia ckp antara buku yang diperlukan untuk KPSL tu ialah Buku PEKELILING KEMAJUAN PERKHIDMATAN AWAM.

Aku sempat call Kak Nor di IPD Kota Marudu Kak Nor pun cakap buku tu perlu... dan ada beberapa buku lain yang dia sebut. aku tulis atas kertas... dan jen sampai. 

Bila sampai di kedai Tan tu... buku tu pun ada. tp Jen ckp buku tu TIDAK PERLU. aku keluarkan kertas td... tajuk buku tu mmg sama dgn yg aku tulis. ntah mcm mana lah aku boleh yakin sangat dgn jen ni... aku boleh pecaya dia ckp buku tu tidak perlu! aku tidka beli pun buku tu. sbp jen confident sangat! 

5.00ptg

aku cari Masni... OMG dai terlibat perbarisan PERKEP IPD KUDAT sempena sambutan hari merdeka tu... 


8.00mlm
barulah aku rasa... sangat bernafas pendek dan sekejap sekejap aku tarik nafas. aku tiada apa2 persediaan!! Aku duduk depan PC aku buka FB aku buka Google. aku nekad hadir saja exam tu. kalau kandas pun next year ambik lagi. Tp aku bukan jenis yang begitu. aku tidak terdidik untuk menyerah tanpa berusaha. aku terdidik dan tersuntik dengat daya usaha dan mengat juang yang sangat tinggi. cit! keterangan diri yang sangat melambung lambung. padahal... haha... 

aku mula google semua buku2 yang diperlukan... dan aku temui seperti berikut.. sila sediakan buku-buku ini jika adik2 mahu berjaya.

Buku-Buku Rujukan KPSL

Untuk Bahagian A
memadai jika ada buku PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN

Untuk Bahagian B adik2 akan perlukan buku-buku berikut:-

- PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN

- ARAHAN KESELAMATAN

- PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT (JUGA TERKANDUNG DALAM BUKU PERINTAH       AM) TIDKA BELI PUN TIDAK MENGAPA

- AKTA PENCEN

- AKTA KWSP

UNTUK BAHAGIAN C 

- PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BUKU RUJUKAN KPSL



Dalam banyak banyak buku ini cuma yg biru tu buku aku sendiri. yang lain aku pinjam dan download. 

Perlembagaan bersekutuan tu boleh download dari internet dan masak la adik2 syg ni semua print ada 300 lebih muka surat. cetakan komputer yang di binding dgn lawa mcm kaka buat ni boleh bawak masuk dalam bilik peperiksaan tau! dan Arahan keselamatan itu jugak dibenarkan...

ok bye
Doakan aku lulus demi mutu perkhidmatan yang lebih baik... 

Monday, 18 August 2014

Bila Anak-Anak Ku Sakit

Bila Anak-Anak Ku Sakit

assalamualaikum

Pagi tadi aku bwk anak aku pegi Klinik Dr. Jinggul. Abang and adik both tengah sakit dan mengalami simptom² yang sama. Mula² abg wais.. mula last week lagi. Sapai lah malam hari Rabu tu abg wais sesak nafas. sampai menggigil. Hasben aku bwk pegi kecemasan terus. aku mmg cemas sendirian kt rmh sbp xblh ikut adik moon tidur. jam pn dlm 11mlm. 

Aku silap sbp tidk bersungguh² bagi wais mkn ubap dr hospital kerajaan tu bcoz based on my experience ubat² yg dibekalkn hospitan tu mmg tiada kesan langsung pada wais. pada kanak² lain mungkin berkesan. 

aku ingat next day aku mau bwk wais ke KK kebetulan aku ada kerja d IPK Sabah. Ingat boleh la bwk wais jumpa Dr. June di Sabah Specialist Care. Rupanya tidak sempat langsung! pegi makan durian sempat pulak! 

Time beli durian tu mmg awal² bgtau wais dia xblh mkn durian sbp demam... nnt doktor cucuk bontot lagi... dia takut la tu sbp mlm semalam time pegi emergency tu MA bagi ubat buang panas tu jenis yg masuk kt bontot tu. Wais anak yg baik dan sangat mendegar cakap kadang-kadang dai xmakan langsung! dia tengok saja kami makan jenis pemakan durian yg seolah-olah kali pertama merasai nikmatnya buah²an tempatan. 

tp aku kesian tengok wais... aku suap la dia sikit... dia cuma merasa. lepas tu dia bgtau "xmau sdh" biasanya kiri kanan tangan dia pegang durian. perangai dua kali lima mcm mama dia.

pagi hari jumaat tu aku sedar dr tidur badan wais panas sangat. masa aku bangun mo ambik air wasi tejaga la pula. terus bgtau aku dia mau minum air. masa tu mmg panas sangat. aku buatkn dia susu lps tu try bagi ubat walaupn aku tau dia mmg xmau makan ubat! habis modal aku pujuk dia mkn ubat... modal aku yg terakhir dan ketika itu ialah ikan keli bapa aku yg dia pelihara dlm tangki belakang rumah tu. dan aku berjaya! sebenarnya hasben aku punya idea tu. lepas tu aku mandikan dia terus dgn air paip baru turun panas tu dan dia cergas mcm biasa. 

wais ni jenis yg sgt memberi kasihan bila dia sakit. dia jadi pendiam. xmua makan. xmau susu. xmau main... 

Tengahari tu lepas selesai kerja aku di IPK kami terus balik kudat. wais pun nmpk ok dan tidak demam lagi cuma mata dia masih kuyu. kesian tengok dia.




Sunday, 17 August 2014

BELI VS SEWA

Bila Ada Function... BELI atau SEWA (Baju)?? Which One You Prefer?

Assalamualaikum

Entri aku ni mmg merujuk pada PERKEP GLAMEROUS GALA NIGHT next week. Dan tajuk utama tu sebenarnya soalan yg terperangkap dlm kepala otak aku sejak balik dari meeting event ni kali pertama sebelum bulan puasa ari tu lagi. Lama sdh kan? Tp mmg itulah aku. seseorang yg sgt particular sebenarnya tidak pandai membuat keputusan dan ringkasnya tiada pendirian!

Memula aku sdh beli dress utk function tu. Beli Online RM110 termasuk pos ke sabah ni mmg selalu mahal. Mentua aku komain berkenan lagi dgn dress hitam blink blink kt lengan tu. 

Minggu lepas aku pg KK dgn hasben aku urusan rasmi ok. bukan deting! tp standard la mesti terselit dalam pad aitu urusan tak rasmi seperti makan durian dan cari kemeja utk hasben aku. tetibe aku jadi mcm ter-tamak la pula.. mau jgk beli baju baru... nasip baik lah setelah tawaf Suria Sabah tu dari tingkat bumbung hingga tingkat bawha tanah mmg tiada baju yg sesuai dgn bentuk tubuh yg hampir tiada bentuk ni.. aku pasrah. Pulang dgn tangan kosong. 

sebenarnya aku plan mau pakai baju mcm Ziela Jalil ni.. 


Dalam perjalanan balik tu aku berjaya mempengaruhi hasben aku untuk singgah ke Wisma Merdeka. Konon konon nya aku mau srh dia beli baju la tu... Starategi aku mcm ni... aku srh dia pegi department lelaki tu... aku pegi department kanak2 tu konon la mau cari baju anak2 sebenarnya... hihi.... 

tp kantoi la pula... baru aku belek2 baju yg ke 25helai... dia sdh siap pilih. simpel betul la hidup org lelaki ni... persoalan aku yg 2bulan dia blh selesai dlm 15minit!! akhirnya aku pasrah kali kedua. Benar-Benar pualang dengan tangan kosong. 

Ingatkan bsokny aaku sempatlah singgah 1B sambung cari baju ala-ala ziela jalil tu. rupanya TIDAK. 

aku mula buat keputusan utk pakai saja dress hitam yg aku beli awal2 tu.. walaupun sebenarnya aku tidak iklah utk pakai. sebap aku boring dgn baju HITAM. dan JUBAH! walaupun sebenarnya kedua dua kriteria tu sgt berkesan utk menutup lemak dan susuk tubuh badang. 

Untuk function ni aku mmg tidak pernah sewa baju sebenarnya pernah (sbp pernah tu lah aku elak kn utk sewa kerana pelik sgt dan sgt out dated baju2 yg ada d bandar Kudat ni!) ke tahap yg aku rasa sangat malu bila memakainya. So kalau ada function aku prefer utk memakai baju koleksi peribadi. Aku pernah jgk menang baju paling lawa ok... walaupun baju tu aku cuma beli d Pasar Kain Kudat. kembang kempis hidung ni.. hihihi 

petang tadi aku n kwn2 sambung servay baju dinner tu d pekan Kudat ni walaupun sebenarnya kudat ni tutup pada hari minggu (AHAD) mujur la butik2 pengantik tu buka... nama macam butik tapi tp paham2 la butik d kudat ni tiadalah seperti butik2 d KLCC tu... 

nnt aku sambung la entri ni... merepek sgt dh ni dek kerana terlalu mengantuk!

 





Friday, 15 August 2014

IKLAN Nuffnang Ku Yang PERTAMA!

IKLAN NUFFNANG


dimulakan dengan Bismillah..
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah
sesungguhnya pada tengah malam ini aku telah berjaya setelah berminggu-minggu aku mengusahakanya!
bukan berjaya menjana pendapatan ok. hihi... exited lebey pasai pa!

sebenarnya aku sekadar ingin mengabadikan kejayaan kali pertama seumur hidup aku ni meletakkan iklah Nuffnang dalam blog aku ni...


kejayaan yg penuh bermakna ni aku jadi sgt bersemangan utk mencantikkan blog aku ni... 
utk korang korang yang sedang berusaha tu jgn putus asa k.. usaha tangga kejayaan. buktinya kejayaan aku ni la... 



Saturday, 9 August 2014

Rumah Terbuka Plus Birthday Tira

Rumah Terbuka Plus Birthday Tira

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Ok. Penutup entri sblm tidur ni ialah... kisah kunjungan kami ke Rumah Babu Ani sekali la dia buat sambutan birthday anak dia merangkap sepupu aku latew yang ke 9thn. 

 Sempat jgk aku selfie dgn perempuan kecik tu. Tu pn time dia tidur la. Kalau dia bangun jgn harap la mau tercabut tudumg dia tarik apa lagi kalau henfon kan.. mmg hobi dia sgt la tu

Sedap kek tu. Walaupn kt luar ada gambar cartoon frozen yg aku tidak tau menau ttg cartoon animasi yg jd kegilaan kanak2 skrg. Aku mmg sdh lama tiggalkn dunia animasi ni kebetulan anak2 aku tu mmg alahan tgk tv diorang lebih suka panjat dan terjun dari sofa atau main hentak kepala ke dinding atau lantai
Kek tu time potong baru nmpk rainbow. Kazen aku yg buat. Mmg master la budak tu kalau baking membeking ni. Kamurang kalau mo oder kek blh wassap saya 011 2837 1049

Begambar kenangan dgn satu2nya kaka aku. Aku xtau mo tulis apa ttg dia cuma  tghari td aku dgr pung pang pung pang la dia di dapur mengemas. Simpan balik barang2 yang dgunakan masa birthday wais hari tu. Ada jgk dia wassap aku srh kemas balik. Tp aku buat bodo jek.. dia marah la tu kot tu yg byk sgt bunyi masa dia mengemas td. Aku malas la ambik pot. Len kali aku tolong k. Ini musim aku mmg malas berabis yg sampaikn anak2 aku hasben aku yg urus dr doramg bangun pagi sehingga la budak2 tu tidur malam. Aku bantu ala kadar je. Hihi... 


Ni dia birthday girl. Nur Iman Athira Binti Gazali
Kisah budak tira ni aku mo tulis secara paling ringkas. Masa mama tira ni mengandung 5bulan doc srh gugurkn sbp ada masalah. Kalau xsalah air ketuban makin bekurang. Tp babu aku bkeras utk melahirkn tira ni walaupun doc ckp peluang utk tira ni hidup mungkin cuma 3hari sbp terlalu belum matang. 5bulan tu kot... 7bulan pn masuk kaca lagi la yg 5bulan ni
Tp tgk la sampai skrg tira ni membesar normal dan sgt comen bijak dan sihat.. 9thn da...

GLA COMPLEX SHAKLEE

Promosi GLA COMPLEX SHAKLEE OGOS 2014

JIKA BERMINAT MENDAPATKAN GLA COMPLEX DENGAN HARGA PROMOSI BULAN OGOS 2014 

SMS/CALL/WASSAP: 011 2837 1049



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan


Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *


Apabila kita mengalami senggugut/period pain, kesakitan melibatkan kekejangan pada otot sekitar rahim dan sekelilingnya dan keadaan ini berlaku apabila tubuh kita ini berkurangan gamma linolenic acid ( GLA ). Oleh sebab tu, pengambilan GLA adalah perlu untuk mengisi kekurangan dalam tubuh. 

Dengan mengambil GLA ini, ia dapat mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastric dan banyak lagi. Pengambilan Gla ini memberi rasa kelegaan semasa kitaran hadi bulanan

Antara kebaikan lain GLA Complex Shaklee ini :

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf