Tuesday, 26 August 2014

KPSL TAHUN 2014

KPSL

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (KPSL) SIRI 1 / 2014



Assalamualaikum

Ini adalah kali pertama aku menduduki exam selepas aku sah jawatan. Aku nda tau la kenapa sangat sangat aku ketinggalan dalam hak-hal yang sangat penting dalam kerjaya seperti ini. Aku tanya kwn2 yang yg pegi exam tadi rata-rata sdh ambik exam ni 3kali!! OMG begitu lama aku tidur! what happen to me?? KENAPA AKU SANGAT KETINGGALAN DAN KENAPA SEMUA ORG TIDAK MAU BAGITAU AKU BILA MASA MEREKA MENDAFTAR EXAM NI! standard la bila jadi mcm ni mesti aku akan salahkan org lain. Padahal... aku yang tidak alert. 

Mujurlah satu malam ketika aku melihat anak2ku tidur dgn lena... Ilham dari langit sampai... tak kan la aku mau terus statik jadi kerani gred N17 ni. HELLO! i am a women with a big dream before. big la snagat. aku tengok lengan aku jak makin BIG! 

Lantas aku bangkit dan buka PC.. memula tu aku sekadar mau cek status permohonan SPA niat hati tu mau up sket ke gred N27. manalah tau rezeki anak2 kan... Aku pelik betul status permohonan aku tu... semua tertulis tidak melepasi syarat kelayakan ditetapkan  fade up aku ah! aku tau aku layak. memang aku layak. aku yakin sangat. Boleh mcm tu?? kalau rezeki tidak ke mana... dan andaikata lah aku ni pencen sebagai kerani gred N17.. aku tetap bersyukur. sbp satu masa dulu aku bersujud pada yang Maha Agung agar dibukakan pindu rezeki ku berkhidmat dengan kerajaan walaupun sekadar gred N17. syahdu la pula mengenang detik itu... Alhamdulillah... Allah kabulkan dua itu dan aku sangat bersyukur. Kalau bersyukur Allah tambah kan... mungkin tambah 10 lagi... jadi N27. amin... Tamak kah aku? atau tamaha kah aku?

Kembali pada KPSL ni aku ni mmg selalu mcm ni... kalau aku mau cerita satu boleh jadi dalam cerita tu ada mcm2 lagi cerita. 

Aku try la isi online exam KPSL ni... dpt lah slip. dia ckp nnt jadual dan pusat peperiksaan akan dimaklumkan kemuadia. Beberapa hari lepas... iaitu hari Khamis kawan aku Jennifer aku bgtau Jadual dan Pusat Exam KPSL tu sdh ada... pusat Exam d Kudat. Hancur musnah harapan aku untuk berfoya-foya di KK apatahlagi lepas lepas 25hb ni.. mmg sakan la... mujur tidak jadi kenyataan. 

Aku rasa kalau aku cerita dalam bentuk asei mcm ni nnt susah sangat utk difahami. So aku buat dalam bentuk peta minda agar kelihatan ;ebih jelas bagaimana huru hara nya hidup aku. dan betapa aku ni sangat tidak sistematik. Bukanlah niat membuka pekung di dada... cuma jadikanlah pengajaran, tauladan, sempadan, pedoman dan panduan. jangan jadi mcm aku ni yang aku sendiri rasa semak dan mengamuk sendiri pada setiap ending.

21 Ogos 2014 (Khamis)
aku dpt info tarikh exam tu pada 26 dan 27 ogos  (Selasa dan Rabu) tp aku tidak langsung bertindak mem-print slip peperiksaan. Kerana aku sibuk sangat kehulu kehilir. terkayoh kayoh dengan officemate aku Kak Long. Sekadar meringankan dan membantu apa yang termampu sbp dia ada tanggungjawab yang besar untuk Gala Nite Perkep tu...

22 Ogos 2014 (Jumaat)
aku masih tidak print. tidak belajar. tiada buku. dia apa2 effort malah tiada apa2 walau setitik ingatan pada exam itu. hemmmm...  
aku sibuk lagi fitting baju utk Gala Nite tu... Hasben aku pula outstation. besok baru balik. lagi la tidak dapat belajar sbp anak2 aku ni pesen mereka sangat rapat. bukan setakat rapat malah melekat pada tubuhbadan ku setiap masa.

23 Ogos 2014 (Sabtu)
gala Nite... 
Belajar?? mmg tak la kan....

24 Ogos 2014 (Ahad)
aku fitik rumah. lap cermin. aku rasa dekat 4tahun aku duduk berek ni... ini kali kedua aku lap cermin.. ko mejin sendiri la bagaimana kehitaman habuk pada permukaannya. 

25 Ogos 2014 (Isnin)
Jam 4 ptg... bukan pagi tau. 4 petang!! 
jen call aku tanya ttg exam tu... tanya ttg buku. aku mula semak dh.... kalau tidak berhijab mau bediri sting terpacak rambut2 aku! Aku ajak jen pegi beli buku. walaupun peluang tipis... sbp kudat ni... alahai... kedai buku pun susah mahu cari ma.. tipu la. senang cari.. 
1. Pustaka Perdana 
2. Tan (apa sambungan pn aku xtau)

Jam 4.30 aku jln pg Pustaka Perdana dgn Jen. TIADA!! terus ke Tan. ADA. tp buku yg dia ada aku mmg ada. masa pegi tu... serius. jujur. hari suci. aku mmg tidak tahu menahu buku apa yang diperlukan. Sementara tunggu jen ambik aku aku sempat la call CC Rahim dia ckp antara buku yang diperlukan untuk KPSL tu ialah Buku PEKELILING KEMAJUAN PERKHIDMATAN AWAM.

Aku sempat call Kak Nor di IPD Kota Marudu Kak Nor pun cakap buku tu perlu... dan ada beberapa buku lain yang dia sebut. aku tulis atas kertas... dan jen sampai. 

Bila sampai di kedai Tan tu... buku tu pun ada. tp Jen ckp buku tu TIDAK PERLU. aku keluarkan kertas td... tajuk buku tu mmg sama dgn yg aku tulis. ntah mcm mana lah aku boleh yakin sangat dgn jen ni... aku boleh pecaya dia ckp buku tu tidak perlu! aku tidka beli pun buku tu. sbp jen confident sangat! 

5.00ptg

aku cari Masni... OMG dai terlibat perbarisan PERKEP IPD KUDAT sempena sambutan hari merdeka tu... 


8.00mlm
barulah aku rasa... sangat bernafas pendek dan sekejap sekejap aku tarik nafas. aku tiada apa2 persediaan!! Aku duduk depan PC aku buka FB aku buka Google. aku nekad hadir saja exam tu. kalau kandas pun next year ambik lagi. Tp aku bukan jenis yang begitu. aku tidak terdidik untuk menyerah tanpa berusaha. aku terdidik dan tersuntik dengat daya usaha dan mengat juang yang sangat tinggi. cit! keterangan diri yang sangat melambung lambung. padahal... haha... 

aku mula google semua buku2 yang diperlukan... dan aku temui seperti berikut.. sila sediakan buku-buku ini jika adik2 mahu berjaya.

Buku-Buku Rujukan KPSL

Untuk Bahagian A
memadai jika ada buku PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN

Untuk Bahagian B adik2 akan perlukan buku-buku berikut:-

- PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN

- ARAHAN KESELAMATAN

- PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT (JUGA TERKANDUNG DALAM BUKU PERINTAH       AM) TIDKA BELI PUN TIDAK MENGAPA

- AKTA PENCEN

- AKTA KWSP

UNTUK BAHAGIAN C 

- PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BUKU RUJUKAN KPSL



Dalam banyak banyak buku ini cuma yg biru tu buku aku sendiri. yang lain aku pinjam dan download. 

Perlembagaan bersekutuan tu boleh download dari internet dan masak la adik2 syg ni semua print ada 300 lebih muka surat. cetakan komputer yang di binding dgn lawa mcm kaka buat ni boleh bawak masuk dalam bilik peperiksaan tau! dan Arahan keselamatan itu jugak dibenarkan...

ok bye
Doakan aku lulus demi mutu perkhidmatan yang lebih baik... 

No comments:

Post a Comment