Sunday, 17 August 2014

BELI VS SEWA

Bila Ada Function... BELI atau SEWA (Baju)?? Which One You Prefer?

Assalamualaikum

Entri aku ni mmg merujuk pada PERKEP GLAMEROUS GALA NIGHT next week. Dan tajuk utama tu sebenarnya soalan yg terperangkap dlm kepala otak aku sejak balik dari meeting event ni kali pertama sebelum bulan puasa ari tu lagi. Lama sdh kan? Tp mmg itulah aku. seseorang yg sgt particular sebenarnya tidak pandai membuat keputusan dan ringkasnya tiada pendirian!

Memula aku sdh beli dress utk function tu. Beli Online RM110 termasuk pos ke sabah ni mmg selalu mahal. Mentua aku komain berkenan lagi dgn dress hitam blink blink kt lengan tu. 

Minggu lepas aku pg KK dgn hasben aku urusan rasmi ok. bukan deting! tp standard la mesti terselit dalam pad aitu urusan tak rasmi seperti makan durian dan cari kemeja utk hasben aku. tetibe aku jadi mcm ter-tamak la pula.. mau jgk beli baju baru... nasip baik lah setelah tawaf Suria Sabah tu dari tingkat bumbung hingga tingkat bawha tanah mmg tiada baju yg sesuai dgn bentuk tubuh yg hampir tiada bentuk ni.. aku pasrah. Pulang dgn tangan kosong. 

sebenarnya aku plan mau pakai baju mcm Ziela Jalil ni.. 


Dalam perjalanan balik tu aku berjaya mempengaruhi hasben aku untuk singgah ke Wisma Merdeka. Konon konon nya aku mau srh dia beli baju la tu... Starategi aku mcm ni... aku srh dia pegi department lelaki tu... aku pegi department kanak2 tu konon la mau cari baju anak2 sebenarnya... hihi.... 

tp kantoi la pula... baru aku belek2 baju yg ke 25helai... dia sdh siap pilih. simpel betul la hidup org lelaki ni... persoalan aku yg 2bulan dia blh selesai dlm 15minit!! akhirnya aku pasrah kali kedua. Benar-Benar pualang dengan tangan kosong. 

Ingatkan bsokny aaku sempatlah singgah 1B sambung cari baju ala-ala ziela jalil tu. rupanya TIDAK. 

aku mula buat keputusan utk pakai saja dress hitam yg aku beli awal2 tu.. walaupun sebenarnya aku tidak iklah utk pakai. sebap aku boring dgn baju HITAM. dan JUBAH! walaupun sebenarnya kedua dua kriteria tu sgt berkesan utk menutup lemak dan susuk tubuh badang. 

Untuk function ni aku mmg tidak pernah sewa baju sebenarnya pernah (sbp pernah tu lah aku elak kn utk sewa kerana pelik sgt dan sgt out dated baju2 yg ada d bandar Kudat ni!) ke tahap yg aku rasa sangat malu bila memakainya. So kalau ada function aku prefer utk memakai baju koleksi peribadi. Aku pernah jgk menang baju paling lawa ok... walaupun baju tu aku cuma beli d Pasar Kain Kudat. kembang kempis hidung ni.. hihihi 

petang tadi aku n kwn2 sambung servay baju dinner tu d pekan Kudat ni walaupun sebenarnya kudat ni tutup pada hari minggu (AHAD) mujur la butik2 pengantik tu buka... nama macam butik tapi tp paham2 la butik d kudat ni tiadalah seperti butik2 d KLCC tu... 

nnt aku sambung la entri ni... merepek sgt dh ni dek kerana terlalu mengantuk!

 





No comments:

Post a Comment