Friday, 8 August 2014

Birthday Wais 2thn

Happy Birthday Abg Wais
06.08.2014 2thn

Birthday Wais kali ni kebetulan kami somies3 masih dlm cuti. Jd byk la masa utk memikirkan sambutan bierthday tu. Byk sgt masa lapang sampai byk sgt kata putus. Tp akhirnya paling simple buat seja la d kampungku Kg. Labuan Kota Belud Sabah. 

 Mula2 mmg aku plan utk membeking kek sendiri tp last minit aku oder jak la... hihi.
Sgt tidak mengecewakan! Wais sgt suka kek ni. Nmpk sgt dia suka. 
Kali pertama aku nmpk kek dan aku rasa sgt syg mau potong kek tu. 
Time tu mmg tidak ramai sgt sbp kebetulan tarikh tu jatuh pd hari rabu.. adik2 aku pn tiada d kampung
Tapi tetap jgk meriah sbp bapa aku ada balik

Deko deko ni aku beli d kedai dua ringgit jak. Sbp lps ni mmg buang jgk

Besar sdh wais... aku tidak harap wais jd budak paling pandai atau paling bijak yg hari2 dpt 100%
Aku cuma mau dia membesar jadi lelaki yg baik. Berani dan taat pada perintah Allah.


URINE PREGNANCY TEST (UPT)

Urine Pregnancy Test (UPT)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sebenarnya aku cuma mau berkongsi kerisauan dan kegelisahanku akan perubahan kitaran haidku yg tindak berputar-putar sejak 2bulan kebelakangan ni.

Memula tu aku tidak la ambik port sgt sbp ramai sgt yg meyakinkn aku bahwasanya lewat dtg haid tu normal bagi breastfeeding (bf) momies.

1st time aku dtg haid lps bsalin anak ke-2 ni masa baby aku 5bulan. Mmg lengkap 7hari la.. tp lps tu aku tidak pnh dtg haid lagi sehingga hari ini.

Aku mmg tidak pnh menyetuh apatah lg memasang atau memakan mahupun menyuntik peralatan merancang keluaega. Sbp aku mmg gila syok kalau pregnan. Aku plan aku mau stop bransk lps hit target. Mcm derek seling kann..

Dgn komfiden aku bwk perut kian membesar ni ke klinik ibu dan anak.. aku bajet mmg sdg mengandung 2-3bln mcm tu la.. smpt dlm kereta aku kira2 tarikh kami pg KL tu adalah sebulan selepas bsalin.

Sekaaaali

MA tu ckp... belum ada apa2 la plk... JM plk siap ckp.. kena usaha lbh keras lagi. Aku pulang dgn perut kosong dan fikir alasan terbaik aku mau bgtau somi aku tentang pembesaran perut serta peningkatan berat badan yg mendadak ini..


Sunday, 20 April 2014

CLOTH DIAPERS: TIDAK SUSAH SEPERTI YANG AKU FIKIRKAN

CLOTH DIAPERS: TIDAK SUSAH SEPERTI YANG AKU FIKIRKAN


PENDAHULUAN:
Hari ni genaplah 4minggu (14hari) anak aku menggunakan Cloth Diapers yang selepas ini akan disebut sebagai CD.

Sebenarnya Dhia cuma pakai CD seminggu... sbp aku sdh terlanjur beli Disposible Diapers yang selepas ni akan disebut sebagai DD 

Hari tu aku ikut adik aku shopping barang rumah d supermarket Dragon di Putatan. Dia ckp barang kedai tu snagat murah berbanding Servay mahupun Giant peneraju harga rendah (katanya...) alang2 adik aku sdh ckp mcm tu aku pun rembat la DD dgn begitu banyak utk Wais dan Dhia... malangnya kedai tu tidak menjual susu keluaran MeadJhonson. Kalau ada nta mcm maan murah la Enfagrow dia jual kan... 

ISI 1:
Mula2 dulu aku bayangkan mengurus CD ni susah sgt. Tambahan pula najis anak aku yg jarang sgt keluar kemas dan rapi tu... aku terbayang la nnt soak tu mesti jadi kuning dan susah dibersihkan.. hakikatnya TIDAK!! cuba dulu baur tau. kotoran tu mmg tidak tinggal langsung. sembur ngan hos pun kotoran hilang... 

ISI 2:
Salah satu sebap aku lambat bermula walaupun aku sdh lama mula mengumpul CD ialah SABUN! ramai org ckp cuma sabun tertentu yg boleh digunakan utk membasuh CD. kebanyakan sabun tu pula mesti oder online contohnya green earth tu. sebenarnya tidak!! sabun kiddi wash cosway tu pun boleh dgunakan... kawan aku ckp... kalau terdesak sgt dia guna jgk sabun top tu. 

yang paling penting... baru 14 hari guna CD wais sdh pandai bgtau kalau mau berak... walaupun kami belum menjalankan latihan tandas (toilet trainee) 

aku terharu sgt... dlm masa yg sama.. aku sedih sbp aku tiada persediaan aku xbeli lagi toilet trainee tu.. kesian wais...

Saturday, 12 April 2014

LOVE TO BE MAMA: CLOTH DIAPERS

LOVE TO BE MAMA: CLOTH DIAPERS: CLOTH DIAPER BEST! CLOTH DIAPER: Bagai Memulakannya? 12 April 2014 0141am  @ Kompleks Perumahan IPD Kudat.   Hari ni gelaplah s...

CLOTH DIAPERS

CLOTH DIAPER BEST!

CLOTH DIAPER: Bagaimana Memulakannya?



12 April 2014 0141am @ Kompleks Perumahan IPD Kudat. 

Hari ni gelaplah seminggu aku menggunakan Cloth Diaper (selepas ni aku akan sebut CD). Lama gila aku tidak menulis sebarang catatan pada blog ni. Sejak masuk kerja balik tambahan pula telah menambah satu lagi kerja iaitu membasuh CD. Bayangkanlah aku hanya ada 10 keping CD untuk 2org anak. Sedangkan syor yang arif adalah 15 keping untuk seorang anak. Boleh Bayang tak bagaimana tekun dan gigih lagi kuatnya semangat aku?? :) :)

Sebeanrnya aku lama sgt aku memendam rasa utk menggunakan CD pada anak-anak ku. Sejak aku mengandung 8 bulan anak ke-2. Mula-mula aku beli 4keping yg murah2 secara online. Lepas tu masa jln2 shopping baju baby di Mega Long aku terserempak pula dgn CD aku rembat 2keping. Jalan2 lagi jugak shopping barang baby lagi... terserempak lagi dgn CD kali ni lagi gempak kedai tu jual RM100 4 keping. aku rembat jgk menjadikan jumlah keseluruhan CD aku seakat ini 10keping semuanya.

BerCD hanya dengan 10keping CD secara sepenuh masa sangat menuntut kesabaran dan pendirian yang teguh lagi ok! kalau tidak... mudah2 saja aku satungkan pampers! apatah lagi tinggal d rumah flat ni mmg susah sgt CD nk pace to face dgn sang mentari. ujong ujong aku keringkan dengan pampers. Sambil2 aku basuh CD aku tidak putus2 putus berdoa agar aku istiqomah dalam memberi hanya yang terbaik pada anak2ku. 

Seminggu menggunakan CD aku banyak belajar pada diri sendiri pengurusan CD CD ni... maksudnya... untuk berCD ni perlu mulakan dulu baru tau keseronokanya. Semakin seronok bila anak aku sukaaaa sekali! lebih2 lagi CD tu ada mcm2 warna dan ada pula gamabar bola. 

Hari Selasa tu aku ada beli lagi online 5keping CD baru menjadiakn jumlah keseluruhan 15keping. Mungkin aku perlukan 15keping lagi sbp aku ada 2org anak. Aku harap dengan pertambahan CD ni boleh la aku basud CD CD tu sekali sehari... semingu ni aku cuci sehari berkali kali... asal tukar je CD baru mesti aku tergesa gesa cuci yg dh pakai tu supaya cepat kering. Hujung bulan ni aku ingat mau oder lagi 5.. bulan depan 5... bulan depan lagi 5... sehingga la aku boleh rehat 2-3hari cuci CD. 

Setakat ni aku guna CD biasa pada siang atau malam hari... ok jek... tidak perlu pun CD utk malam hari yg bapak mahal tu! cuma aku tukar CD anak anak aku setiap jam 11.00pm sblm aku tidur. Untuk rekod belum pernah sekali pun CD anak anak aku bocor padalah aku pakai CD yg murah je rm20 sekeping beli5 percuma 1 pula tu...

kalau mau beli CD yg printed + cantik + tahan Bocor boleh hubungi saya. Kalau sekitar KK tu saya boleh hantar :) 

NO HP: 01128371049
whatsapp pun boleh!

tata... mau tidur sekejap lagi siang!


Thursday, 6 March 2014

HOW I HANDLE MY COLIC BABY

KEMBUNG PERUT BAYI

HOW I HANDLE MY COLIC BABY

UBAT KEMBUNG PERUT 

BABY ADELIA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all of mommies yang sedang sedaya upaya mencari penawar pada kembung perut baby!

KEMBUNG PERUT DIKALANGAN BAYI 0-3 BULAN NI NORMAL SEBENARNYA. Kembung dikalagan baby ni disebabkan oleh usus baby yang masih belum matang. 1 daripada 10 bayi akan mengalami kembung perut. SO tiada apa-apa yang perlu dirisaukan ok. 


Kembung Perut juga berpunca dari pemakanan mommies yang menyusukan anak. jadi momies yang menyusukan baby buat la experiment untuk mengenal pasti kananan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Jangan terpengaruh sangat dengan cakap-cakap orang. kalau ikut sangat cakap orang mmg semua pun tidak boleh dimakan. angin la... sejuk la... tajam la... habis tu kalau semua TIDAK BOLEH dimakan... mestilah pengeluaran susu tidak produktif. alih-alih baby nangis bukan kerana kembung... tapi kerana tidak kenyang menyusu. 

Setiap manusia tu berbeza DNA, Jenis Darah dan macam2 la perbezaan diantara manusia ni. we are uniquely individual. so ofkos la penerimaan perut dan darah kita terhadap sesuatu makanan itu berbeza. cuba dulu apa saja yang kita makan... catatkan.. dan tgk kesan nya selepas 5-6jam. 

Tapi andaikata kita telah mencuba sedaya upaya untuk menjaga pemekanan dan menutup litup sekedap yang mungkin bayi kita... namun kembung tetap juga berlaku, bayi tetap juga meraung... perkara paling UTAMA perlu kita lakukan ialah... PASRAH. TABAH DAN BERTENANG. Jgn menyalahkan diri atau mula mengungkit kembali apa yang telah kita makan disiang hari yang menyebabkan bayi kita kembung. itu sia-sia dan akan menimbulkan stress. SET kan minda bahawa kembung pasti akan terjadi.. kerana hakikatnya segala organ dalaman bayi kita belum matang lagi.. hatta semasa proses mencerna susu pun akan menghasilkan gas dan gas inilah punya kembung yang sebenar. 

apa yang perlu kita lakukan ialah BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL (motto sekolah rendah mana tah..) antara usaha yang boleh dilakukan ialah melegakan atau mengurangkan sakit kembung baby kita dengan menggunakan minyak panas yang banyak terdapat dipasaran. antara koleksi saya untuk baby Adelia adalah seperti di bawah:


YU YIE CAP LIMAU

pastikan ada gambar limau warna kuning. aku pernah beli yang tin warna pink. harga komain mahal lagi. kalau tidak salah dalam RM17 mcm tu. Beli masa merawat kembung anak pertama saya ASYRAF WAIZ. Sejurus lepas sapu ja.. terus meraung melentik dan melonjak2 Wais menagis. perut habis melecur. Jenis yg tu mmg panas gila. TOLONG JGN SEKSA BAYI ANDA. kerana tujuan UTAMA ialah melegakan kembung bayi.

yang cap limau ni panas la jgk.. tp tidak sepanas yang tin pink tu (jenama apa pn xtau) cara menggunakan: titiskan sedikit pada tapak tangan gosok tapak tangan hingga ada kesan panas lps tu sapu pada perut. Beri perhatian dibawah pusat baby. 

Haba panas tu akan membantu memecahkan angin/gas jadi lebih kecil dan mudah untuk bayi kentut. kalau sdh kentut itu petanda baik. 


MINYAK KAYU PUTIH CAP BURUNG KAKAK TUA

Minyak kayu putih ni aku suka snagat aromanya. mmg terasa snagat feel baru bersalin tu.. hihi.. Aku suka jenama burung kakak tua ni.. sejak kawan aku ckp jenama burung kakak tua ini jenama yang the best. Dek kerana aku ada bayak sgt minyak panas yang minyak kayu putih ni aku tidak sapu pada kulit Dhia tp aku tuangkan sikit pada air mandi. Adik dan adik ipar aku yg ajar mcm tu... dari mana diorang berguru pun aku xpasti... Menurut adik aku (IJA) dan adik ipar ku (JANA) kalau campur dalam air mandi boleh melegakan selsema dan mengelak kan kembung.. aku ni mmg ikut saja syor sesiapa selagi tidak bertentangan degan syarak


MINYAK TELON BEBIKU

Minyak telon ni pun aku suka... walaupun tidak panas tapi sangat berkesan membantu anak aku untuk kentut.. Selalu aku sapu lepas mandi ditapak kaki dan tapak tangan.


MINYAK GAMAT

Minyak Gamat ni aku gunakan untuk tuam perut Adelia dgn daun sirih. Kalau kembung Adelia kritikal sangat aku tuam pakai sirih aku layukan guna iron. 


MINYAK BAYI CAP BURUNG UNTA

Minyak Cap Burung Unta ni mmg febret aku la... yg ni botol ke-dua. .sekejap saja aku habiskan... aku sapu pada perut Adelia lepas mandi dan lepas tukan diapers atau bila-bila masa perlu. Mmg terkentut-kentut la Adelia... Sebenarnya aku sapu 2jenis minyak pada perut Adelia... lapisan pertama minyak burung unta ni dan lapisan ke dua aku sapu minyak YU YIE. Nampak tak betapa aku sangat mempercayai kedua-dua YU YIE dan BURUNG UNTA.

MINYAK TELON ANUGERAH

Sejujurnya kau tidak pasti sejauh mana kemujaraban minyak telon anugerah ni... tapi terus terang kau cakap.. bau minyak telon ni mmg sangat wangi! kadang-kadang saja aku guna...


vicks untuk baby

Vicks ni aku sapu pada dada dan belakang untuk memberikan keselesaan. Sebelum ni aku tidak pernah guna vicks ni.. Atas nasihat seseorang yang sangat berpengalaman... kalau kita sapu pada dada dan belakang baby setiap kali selepas mandi... babyi tidak akan terkena selsema... aku sdh buat dan mmg betul apa yang kakak tu cakap... terima kasih sangat...

demikian lah... cara saya membantu baby Adelia melalui saat2 genting lagi sukar ketika kembung...

Friday, 14 February 2014

TANDA-TANDA JIN MENGHUNI RUMAH

TANDA-TANDA KEHADIRAN JIN DI RUMAH DAN CARA MENGUSIR JIN 


Artikel ni aku cedok dari blog mana tah.. banyak sungguh aku mentelaah mengenai jin dan setan sepanjang minggu ni semenjak baby DHIA kelihatan tidak selesa, susah tidur malam dan siang. I REPEAT MALAM DAN SIANG OK. kalau malam jak ok la.. sing boleh jgk kami tidur bersama. kalau dah siang malam tak tidur-tidur... mmg terumbang-ambing la kehidupan kami sekeluarga. yang kesian sekali abg Wais la... dia tidur dgn nyenyak sepanjang malam... bangun pagi pastilah fresh dan ajak mama bermain-main... dh kalau mama tidak tidur sepanjang malam... rasa hendak dibaham saja wais yang menarik2 lengan nak itu dan nak ini. sedangkan itu hak dia... TUHAN TOLONGLAH KAMI SEKELUARGA.. sesunggunya Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung harap. 

Mohon share dengan semua terlebih dahulu 

TANDA-TANDA BAYI DIGANGGU JIN:                                                               aku cuma justify tanda-tanda yang ada pada baby Dhia

1. Baby Dhia akan senyum dan ketawa sendiri selalunya pada waktu malam selepas jam 9mlm hingga 12tengah malam. Selepas 12tengah malam senyuman dan kegirangan itu akan berubah menjadi tangisan yang sangat keras. Dari apa yang aku baca, Baby ketawa sendiri sebap ternampak jin yang tidak menyermkan dan tidan menakut-nakutkan baby. kalau sdh jin tu mana ada yang baik. sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. PLEASE LA JIN BELAH LA JAUH2!!

2. Baby Dhia tidak boleh ditinggal sendirian. Kalau dia orang maksud saya manusia disekelilingnya Baby Dhia akan menangis. Menurut artikel yang aku baca... Baby takut ditinggal sendiri kerana takut akan kehadiran jin dan setan.

3. Baby dia mudah terkejut. Rupanya gangguan jin telah merosakan psikologi baby Dhia.. kesian anak mama...

4. Waktu menangis yang sangat konsisten iaitu selepas jam 7petang

5. Terkejut dan ketakutan seperti disergah dengan begitu keras

6. Menangis sambil mata tertutup

7. Menangis tanpa airmata

Mohon share 

Apakah tanda ada jin di dalam rumah?


  • Masakan selalu/cepat basi ( rosak )
  • Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
  • Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  • Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN – ( Tahap Pertama )

Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah 

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan untuk cara usir jin tersebut keluar dari rumah:-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”
***Bacaan di atas hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
  • AL-Fatehah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
2.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
Semoga bermanfaat!