Saturday, 9 January 2016

HELLO SATURDAY

HELLO SATURDAY

assalamualaikum and happy weekend!!
Minggu ni memang plan tidak balik kampung sebap ingin mengurus rumahtangga dan berehat. Tambahan hasben saya kerja. Sebenarnya boleh saja balik dgn anak2 tetapi baiklah saya mengemas rumah and few things need to be set up sbp wais sdh sekolah dan impian saya ingin menyiapkn sebuah studyroom untuk dia. Tp dari semalam mcm tak setap setap punnnnn... Hahaha tapi org ckp sebuah kejayaan bermula dengan sepotong impian. 

Sebenarnya sedari pagi mmg sangat tidak berhenti saya membuat kerja rumah. Saya tiada maid. Saya yg buat breakfast. Mandikan anak2.. Dan bila semua saya selang seli kan termasuk menyelesaikn perbalahan dan perselisihan faham anak2 akhirnya selesai semua kerja dan petang mungkin impian untuk setap study room utk wais akan terliasisasi. 


Tuesday, 5 January 2016

HOLLYWOOD NIGHT PERKEP SABAH

HOLLYWOOD NIGHT PERKEP KONTINJEN SABAH
A NIGHT TO REMEMBER


ASSALAMUALAIKUM.. ini merupakan comeback saya dalam arena blog setelah dari tahun lepas tidak memblog sebarang projek besar2. Hidup ini sangat indah untuk dinikmati hingga kadang kala terlalu menikmati sampai lupa mencatat atas batu. Batu itu dulu2 jika tidak tercatat peristiwa2 penting mungkin kita kabur dalam mengenal asal usul lalu percayalah kita pada teori Darwin yang mengatakan manusia ini berasal dari monyet. Helloooo.. kita ini kurang bulu.. lalu peruabahan suhu yang dizaman bila bisa menggugurkan bulu2 yang sebanyak bulu nya sang monyet. 
Benar Al Quran panduan dan pedoman kita
tapi HELLO tarikh kemerdekaan Malaysia tidak tertulis dalam Al Quran

Jadi 
kita catatkan sedikit peristiwa peristiwa bahagia kita untuk anak cucu kita mengenal siapa kita dan siapa mereka nanti

LURUSKAN BARISAN!!
yang agak berbengkok dari peristiwa HOLLYWOOD NIGHT seperti tersebut di atas.

HOLLYWOOD NIGHT
 KONON KONON INSPIRED BY ELSA & ANNA PADAHAL
MAMA ELSA & ANNA

Sesiapa yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir atau glamor disebut KERANI akan mengetahui betapa kesibukan dipenghujung setiap tahun. Itu bukan penghalang untuk berfoya-foya dihujung tahun ok. Jangan stress as long as kerja beres silakan la berHOLLYWOOD NIGHT 

22.12.2015
Memecutlah Myvi 1.3 ku ke KK dalam jam 11pagi. Percayakah anda saya cuma sampai di Rumah PERKEP IPK Sabah ketika azan maghrib sedang berkumandang. 
JEM YANG SANGAT JEM 
masa tu aku terfikir jgk singgah sekejap di HapSeng beli sebiji kereta jenama BMW Automatic
rupanya dalam jem d area padang bandaran tu aku sempat berangan bukan sikit malah sangat berangan-angan 


Setelah besiap secantik yang boleh dalam masa yang sejam itu
yang penting saya mmg sempat jugak mandi dan menyempo rambut sebap dari dalam trafik jem tu saya mmg berangan2 mau mencabut kepala suruh terbang sendiri pergi selon paling bernostalgia di KK Plaza. Agak2 imam Masjid Negeri datang tak baca kan Ayat Kursi??

Mesti diberitahu bahawa BOLLYWOOD NIGHT ni adalah sempena pertukaran Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah YBHG Datin Hjh Siti Aisyah Bt Hj Haron mengikut suami iaitu YDH PJP Sabah ke JIPS Bukit Aman

Sesampainya di Sutera Harbour memang
wowwww woww wowww tiga wowww saya bagi semua orang mmg sangat cantik dengan busana HOLLYWOOD 
kami yang datang lewat sikit sebap salah tempat la pula. Sebap kami orang Kudat mmg boleh sesat dalam Sutera Harbour tu. tapi PLEASE! kalau di Marina Kudat kami mahir sampai ke Jeti Marina kami hantarkan.  

Semula!!
Memang tidak boleh lupa apabila dalam 20org pengerusi dari 
20daerah Pengerusi PERKEP IPD Kudat menerima Sijil Penghargaan!! PJP Sign kottt. 
Rasa ingin berdiri dan mendabik dada. Mujur saya tidak meneruskan hasrat yang sedemikian. 

PART 1
(kerana 10minit lagi jam 2 pagi. besok kerja.)
PART 2
(jika ada hyperlink maka clik. jika tiada maka belum)











Tuesday, 29 September 2015

KATAKAN TIDAK PADA MLM

KATAKAN TIDAK PADA MULTI LEVEL MARKETING (MLM)


Hi, pernah dengar org ckp mcm ni:

'sekarang ni semua barang naik. mesti ada pendapatan sampingan'
'sampai bila mau hidup sempit. tidak teringin ka menjana pendapatan infiniti'
ini yang paling fofuler. aku dengar sejak thn 2009 lagi
'9/10 punca rezeki dari berniaga'

Berikut di atas adalah kata-kata keramat pengamal MLM bagi memancing downline. Saya tidak anti MLM. Malah saya hormati itu adalah sumber pendapatan utama sesetengah orang. 

Cuma MLM ini not my type. Ya, semua org pastilah mau hidup kaya raya. upload gambar di FB bkipas kipas dengan ringgit malaysia. begambar dgn kereta mewah atau percutian mewah ke luar negara. itu semua impian ku dan impian seluruh penghuni bumi. Cuma MLM mungkin bukan jalan kekayaan ku. Atau kekayaan itu sendiri tidak pernah ditakdirkn untuk ku. Aku dan sesiapa tidak pernah diberitahu ttg masa depan. Terang2 la jgk rezeki itu rahsia Allah Maha Esa. Kalaulah aku tau masa depan ku akan kaya atau akan miskin lebih baik di tunggu seja masa itu tiba. Tapi kerana masa depan itu adalah ghaib maka cekalnya aku tetap berusaha memerah keringat mencari rezeki. benarlah kata nak.. future not to ask to see. .

MAAF jika saya katakan tidak pada MLM KERANA:

aku tiada pesona seorang jurujual
aku tiada network yg baik dengan kawan2. aku suka privacy dan berkumpul mengukuhkn jaringan perniagaan itu aku rasa kn semak samun (haha)
aku tiada karektor mempengaruhi orang. Aku terpengaruh tu mmg senang la 
aku benci barang MLM yg mahal. 

jadi pendek kata... 
aku mungkin akan jadi jutawan. tp MLM bukan jalan kekayaan ku. 

titik. aku nda mau nda... nda mau MLM. NO NO NO big NO NO 

maafkan aku kawan... 
aku sentiasa mendoakn kekayaan kamurang walaupun aku bukan lah downline kamu. 

Friday, 25 September 2015

PENDAPATAN SAMPINGAN

PENDAPATAN SAMPINGAN


SAYA HAMPIR TIDAK PERCAYA ADA WEBSITE YANG JUGA SEPERTI NUFFNANG TAPI SANGAT BERBEZA. 


SAYA TIDAK AKAN LUPA MCM MANA TIKA KETAWAKAN SAYA BILA LASA BGTAU TRAFIK BLOG SAYA BERIBU-BERIBU. 
DIA KETAWA SAMPAI TERLIPAT LIPAT (KUANGAJO!)

ITU BELUM SAYA BAGI TAU SAYA JOIN NUFFNANG 2TAHUN DAN DLM ACC NUFFNUNG SAYA ADA RM1.05
MAU PENGSAN DIA KETAWA KALI!

TAPI BETUL. DIA PATUT KETAWA. 
SAYA TAU RAMAI YANG BOLEH BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG. ADA YANG BOLEH MELANCONG KELILING DUNIA CUBA GUNA DUIT NUFFNAG. 
SEBAP TU SAYA JOIN DULU.

TERNYATA BUKAN MUDAH MEMBUAT DUIT OK. TGK SAJA ADA YANG SANGGUP MEMBUNUH KERANA DUIT. NAUZUBILLAH. TERDESAK SGT KE? 
TAPI RATA-RATA YANG MEMBUNUH KERANA DUIT INI ADALAH ORG2 BERADA. KO GILA2 BAYAR UPAH MEMBUNUH TU PUN MAU BERATUS RIBU KOT. 
KALAU SETAKAT PENJAWAT AWAM GRED TERENDAH MCM SAYA NI BAIK BUAT LOAN BELI RUMAH DARI UPAH2 ORG BOLOT WANG DAN KUASA. 
MAAF ITU SEAKAN-AKAN ISU SEMASA HAHA

RINGKASNYA
NUFFNANG NI KITA TUNGGU ORG MASUK BLOG KITA DAN CLICK BANNER ADS YG KITA TEPEK DALAM BLOG KITA
AGAK2 LA KALAU KITA NI BACA BLOG ORANG ADAKAH KITA AKAN SIBUK2 MENEKAN-NEKAN ADS KT BLOG ORG TU?
SUDAH NAMANYA IKLAN MESTI KITA BENCI DAN RASA OH SEMAKNYA!
MAAF KALAU SAYA MMG TIDAK MUNGKIN LAH SAYA CLICK ADS OK. 

TETAPI DENGAN PROGRAM (BUNYI MCM PROGRAM UNIVERSITI)
PROGRAM YG BARU SAYA MENCEBURKN DIRI INI ADALAH KITA CLICK ADS SENDIRI DAN KITA DIBAYAR UNTUK USAHA KITA CLICK ADS TERSEBUT. 
TIDAK PERLU BACA. BOLEH JUGA KALAU MAHU. TIADA PAKSAAN. AS LONG AS KITA SDH CLICK DAN TEKAN GAMBAR KUCING PAYMENT AKAN D KREDIT KN KE AKAUN KITA. 

TIDKA PERLU MENAGIH SIMPATI ORG. DAN SAYA TEKAN KN HIDUP INI SANGAT TERASA TERHINA JIKA MEMINTA SIMPATI ORG LAIN DAN SANGAT MEGAHLAH ORG YANG BERSENANG LENANG ATAS USAHANYA SENDIRI. 

SAYA NINA. DAN JUJUR SAYA JUGA BARU BERMULA. 
JOM KITA SAMA2 MENAMBAH SUMBER PENDAPATAN KITA 

SAYA TIDAK JAMIN BILA JOIN PROGRAM INI ANDA AKAN MAMPU BERKIPAS DGN DUIT DAN UPLOAD GAMBAR DUIT DI FB. ATAU BERGAMBAR DENGAN KERETA MEWAH JUGA DI UPLOAD DALAM FB. 
JAMINAN SAYA PROGRAM INI BUKAN SCAM
TIDAK PERLU YURAN PENDAFTARAN
TIDAK PERLU JUAL BARANG
TIDAK PERLU DOWNLINE UPLINE
CLICK LINK INI



Sunday, 31 May 2015

Walau Sekadar Terung

Walau Sekadar Terung, Ikan Goreng & Sambal Belacan



Assalamualaikum 

Teruslah membaca entri ini jika kamu mau tau nilai sebuah keikhlasan disebalik seikat terung! Nampak tak betapa seriusnya terung dlm entri ini. 

Sebenarnya lama sangat aku pendamkan entri ni. Rasanya terlalu remeh isu ni. Tapi bila aku perhalusi dengan lebih menadalam akhirnya aku teruskan menulis kisah ni demi untuk menyebarkan betapa indahnya sebuah keikhlasan dan kekal dikenang sepanjag jalan. 

Siri 1: IKHLAS

Tengahari tu aku, hasben dan anak-anak bergegas ke Hospital Queen KK sbp bapa mentua ku telah dibawa kesana dari Hospital Kudat menaiki ambulance. 

Lepas dari hospital kami balik rumah bapa ku di Lido dengan perut kosong yang tidak berisi dari pagi kot.. Aku tgk hasben ku sgt susah hati.. Bapa sakit tu kot mau tidak susah hati kan. Jadi aku pendam sebuah kelaparan.

Sampai rumah, adik ku nurul (mama qyra) pelawa makan. Tapi cuma ada ikan goreng, terung goreng dan sedikit sambal belacan. Penat sangat dari kerja katanya. Itu jak la yg dia larat masak. Faham.... aku pn mcm tu jgk kadang2. 

Ntah mcm mana lauk yg seteruk itu aku rasakan sedap sekali. habis. licin sambal belacan tu. Nurul ckp habis kan saja semua nnt dia masak lain utk hasben dia. hihi... aku tidak fikir dia bergurau. aku serius. aku habiskan semua! 

terima kasih lup! Semoga Allah sentiasa melapangkan rezekimu dan memberi kekayaan yang mencurah-curah atas keikhlasan mu memberi kami makan terung goreng tu!

pernah aku goreng terung dan tumbuk sambal belacan. tapi tidak sama rasanya dengan yg ko buat tu. Dan sampai sekarang tidak akan ada terung goreng sebaik itu. 

Siri 2: Ikhlas Ke? 

Bila aku teruskan menulis Siri 2: Ikhlas Ke? ni aku rasa sangat berat hati. Sbp aku takut jika ianya lebih kepada memburuk kan org. 

Jadi biarlah aku simpan sendiri sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai ni aku mmg sdh maafkan dan tidak pernah pn aku simpan dendam ka mau balas dendam ka... tapi apakan daya... ia tetap tersimpan dalam memori tiada daya ku untuk memadam. 






  

Friday, 29 May 2015

Baru Ku Tahu Pentingnya Make-Up Remover

Baru Ku Tahu Pentingnya Make-Up Remover

Assalamualaikum..

Awal tahun 2015 ni cuaca sgt panas telah melanda negara lebih membukkan keadaan persekitaran ku dikelilingi laut ni. Aku tidak sedar sejak bila jerawat ni menghantui ku. Aku ni sebenarnya tidak lah dalam kelompok rakyat malaysia yg berhadapan dengan masalah jerawat kritikal. Pada mulanya aku meyalahkan cuaca yang panas menyebapkan jerawat mula pertandang satu persatu. lepas tu dua per dua lepas tu maksimum 5biji sehari. Kehodohan dan kesakitan ku bawa ke hulu dan kehilir. Sedih tau! 

Setiap kali aku balik kampung mesti mama ku komplen. bukan dia saja... malah seisi keluarga mencemuh dan menghina ku. iya la kalau setakat balik bawa anak2 tu dorang ni ok kot.. tapi jerawat dan tapak2 kaki mereka turut mengekori. please la. leave me alone. 

Diskusi ku dengan mama pada mlm tu sangat membuka mata dan pemikiran ku yang selalu menyalahkan cuaca panas menyebapkan aku berkawan baik dgn jerawat. 

"bukan pasal panas la tu... kalau pasal panas tak kan la ko jak yg berjerawat aku tgk muka bini OC tu licin jak pun!"

maikaihhhh makk... bila masa mama jumpa dgn bini OC ni?? 

tapi sungguh la muka org lain aku tgk elok jak pun tiada juga jerawat. Kulit aku saja kot di Kudat ni yg paling sesuai utk penternakan jerawat! STRESS ok.  

seterusnya beralih menyalahkan produk SimplySiti yang aku pakai masa tu.. bersemangat aku memberi ceramah pada kwn2 ttg SimplySiti tu adalah makanan berkhasiat pada jerawat tu yang jerawat ku sehat2 dan gemok2. Kesian Kak siti tau! sorry k.... 

Akhirnya aku nekad utk tukar produk walau aku sebenarnya sayang sangat SimplySity DERMAGIC tu.. kalau produk2 local ni tidak kuat menentang jerawat, ayohlah... laburkan sedikit wang untuk produk eropah demi kelicinan dan ucapan perpisahan untuk jerawat yang bagaikan kawan tapi sebenarnya kawan makan kawan. Mcm kawan2 ku yang yang yang hemmm (mcm mula la nak mengumpat ni.. no no no... Ramadhan 16hari lagi hihihi)

aku sebenarnya nk story ttg MAKE REMOVER tp aku rasa dh ke lain... tapi no worry keep on reading kerana pada perenggan seterusnya ini sangat berguna pada perjuagan anda menentang jerawat.

Tanpa sebarang garis panduan dan contoh aku menghayunkan langkah ke kaunter Clinique. Tapi untuk pengalaman dan pengajaran menggunakan produk Clinique ni lain kali ku tulis ye. Sbp aku dh janji pada perenggan ni aku mau cerita KEPENTINGAN SANGAT PENTING MAKE REMOVER.

Beautician kaunter Clinique tu sangat baik hati ok. Aku ceritakan siap tunjukkan bukti yang muka ku berjerawat disebalik BB Cream BodyShop tu. tekejut berox jgk dia.. sebanrnya mcm yg aku ckp la kan.. jerawat aku ni xla critikal sgt blh lagi lapik dgn BB Cream blm ke tahap kena pakai concealer. Tapi sesungguhnya jerawat yang sebiji sehari ni sangat pedih dan kesan setelah ia pergi sangat mencacatkn penampilan. 

haaa.. part yg ni anda sediakan lah pen dan kertas kalau nak catat ye. kerana ni nota penting yang selainya kt atas tu lebih kepada luahan perasaan penahan jiwa!

Dia ckp jerawat ni terjadi sbp sisa mekap kita yang tidak dicuci dengan sempurna. Pencuci muka kita kt rumah tu diformukan untuk mencuci muka(kulit muka) bukan mencuci mekap tau!. kalau kita pakai bedak baby powder sekali pun.. kita mesti cuci duli dengan Make Remover. 

Aku tergamam... termasuk jgk pada logik akal ku. mmg la berjerawat... aku dh la lapisan pertama pakai BB Cream lps tu pakai plk Compact Powder tebal2.. balik kerja basuh muka tenyeh ala kadar lps tu siap la.. Tuhan... ini antara kesilapan terbesar dalam hidup ku. 

Ikut hati aku mau terus beli make up remover jenama clinique jgk.. tp sbp haribulan muda remaja lagi.. dan lambat lagi nak gaji semula kan.. 

beautician tu seperti membaca fikiran ku. dia ckp... xpe dik... kali beli dulu 3step ni.. lps ni cari la make up remover xkira jenama apa pun... yang penting sebelum cuci muka dengan facial foam kena bersihkan dulu sisa mekap tu dgn make up remover.    

Memandangkn kulit aku ni jenis yg oily aku beli la make up remover jenama biore. Tanpa alkohol yang pentingnya water based. 

Kerana teruja sangat menyingkir jerawat dlm masa 10hari saja cleansing water ni habis. ni mekap remover ka air minuman! cepat sangat habis!

Bila habis tu aku pegi watson ingat mau beli biore jgk. tp fenomena biasa jika wanita shoppin kan.. mcm tak biasa. rambang mata! apatah lagi aku semakin banyak ilmu pengetahuan tentang keperluan dan kepentingan mekap remover ni... akhirnya aku beli jenama lain.. iaitu silky girl gel mekap remover katanya! 


BIORE Perfect Cleansing Water

Review tentang kedua dua mekap remover ni lain hari aku tulis k... setakat ni cukup lah sekadar aku katakan bahawa BIORE Cleansing water tu sangat superb dan aku sangat menyesal beli yang silky girl tu... so kalau korang mau beli sila beli yang Biore k. 


SILKY GIRL PURE FRESH MAKE UP REMOVER

Sebenarnya Silky Girl ni ada bau wangi tau. Xtau wangi apa tapi bau wangi yg sangat kuat ni kan sangat mengganggu kosenteri dan moon kita ketika menyetal sisa mekap kt muka. 

Dari segi tekstur plk mmg gel la kan dan cara pakai pun tanpa guna cotton pad tapi kena massage kt muka. sangat geli ok dan wangi tu tak blh belah!

Sekian dulu nnt aku tulis dengan lebih panjang lagi... Selamat hujung minggu semua!

Tuesday, 19 May 2015

HOTEL BAJET KL

HOTEL MURAH DAN MUDAH KL

(JALAN TAR/MASJID INDIA)



Hai kawan-kawan
aku, suami dan familyku baru balik dari KL. Saja jalan-jalan menghabiskan wang! 

Trip kami kali ni kami memilih utk stay area Masjid India atau juga orang selalu panggip Jln TAR. Last year kami tinggal area Chow Kit. agak sukar utk berjalan-jalan shopping sbp jauh sgt dari stesen LRT. Adapun stesen monorail. 

Tentang laluan Monorail dan LRT ni nnt la aku tulis. Yang ni aku nak cerita ttg hotel dulu. 

Biasanya hotel ni aku booking sejurus selepas booking flight supaya sampai KL nnt tidak perlu risau mau tidur mana. 

Aku booking hotel dari trivago.com. Mcm iklan tu ckp Trivago akan senaraikan semua hotel dan mempamerkan harga ofkos la aku pilih yang paling murah ketika itu PALACE HOTEL


PALACE HOTEL 

Banyak pilihan bilik dari single hingga ke Family Room. By this time aku akan cerita ttg Family Room sbp aku ambik bilik tu memandangkan ahli trip kami ni 10 org! 

FAMILY ROOM:

Bilik ni letaknya di Ting. 6 (jgn susah hati sbp ada lif) 
2 katil Queen 
Tv 14'
Peti Sejuk 
Aircond 
Boiler 
Bantal 
Conforter
Tuala Mandi 
Sabun Mandi 

Harga RM250 (4malam RM1000.00)
nmpk mahal sebenarnya sorang kena bayar rm125 utk 4mlm. mcm yang aku ckp la trip kami ni kan jalan sekampung. 

Hotel ni sangat dekat dengan 
Stesen LTR 
Mydin 
Sogo 

Kalau biasa jalan kaki area KL pegi Pasar Seni pun dekat. Hotel ni aku syorkan sangat-sangat pada yang suka suasana shopping ditempat yang biasa-biasa dan bajet yang biasa-biasa.