Friday, 15 November 2013

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA



04 OGOS 2013:


aku tekun menyiapkan biskut raya. Sebenarnya tiada siapa pun buat tempahan... tp aku suka buat banyak² untuk dihadiahkan kepada mama, babu selut dan kawan-kawan dikampung bila balik cuti hari raya nanti. aku Confident betul aku bersalin 2 minggu selepas hari raya... kalau ikut EDD yang doktor tulis dibuku mengandung tu EDD aku pada 28 Ogos 2012. Tapi aku memang plan mau cuti awal.. ambil 2minggu cuti awal dari tarikh EDD.. borang permohonan cuti bersalin pun sdh aku forward ke pej. pentadbiran. So decided to not balik kampung minggu ni memandang kan aku akan bercuti raya terus sambung cuti bersalin bermula 14hb. 

TART NENAS PERTAMA KU 

ALMOND LONDON PALING CUTE AKU PERNAH BUAT


05 OGOS 2013:

Hasben aku pada hari tu duty 24jam.. bermakna 24jam la dia tidak akan berada dirumah. Lepas sarapan aku terus meluangkan masa untuk lipat kain sambil tengok TV. Aku perasan kedua² belah kaki aku bengkak. Macam belon kena tiup. aku mula risau... sebelum ni kaki aku tidak pernah bengkak pun.... Aku buat relax... mungkin banyak sangat berdiri dan bergerak (kan jadi tukang buat biskut raya) tiada assistant pula tu. Dalam jam 3pm mcm tu aku selesai menyiapkan semua biskut aku. Sdh touch up cecantik. Tinggal masuk dalam balang untuk dibawa balik kampung nanti. Aku call hasben aku bwk dia keluar kejap beli balang plastik tu niat terus la ke Bazar Ramadhan. 

Masa naik tangga kedai jual balang tu aku rasa ada cecair mengalir dgn kuantiti sederhana banyak tapi cukup untuk membasahi panty. Aku gelabah sekejap aku bgtau la hasben aku. Dia bwk balik terus takut teberanak dkedai balang tu kali... aku buat relax lagi.. aku call officemate aku tanya dia adakah itu tanda2 bersalin? dai ckp belum lagi.. kalau keluar lendir bersama darah itu barulah tanda bersalin. Aku jadi sangat lega dengan penjelasan tu. Lps beli balang kami terus pegi bazar. dan balik rumah-------

MALAM tu aku rasa letih sgt. mau masuk kan biskut dalam balang pun tidak larat lagi. Hasben aku pula lps buka puasa terus pegi kerja lagi. seronok la aku tidur terus. Ingat besok pagi bangun awal boleh sambung packing biskut tu kebetulan hasben pun off besok boleh la mengeratkan kemesraan suami isteri dengan packing biskut rasa bersama-sama. 

Dalam tidur tu antara sedar dan tidak aku rasa seperti sesuatu tertumpah ditilam. Cecair yang sangat banyak aku rasa lebih dari 4liter. Bila aku buka mata ternyata aku tidak bermimpi. air tu masih keluar lagi tanpa boleh dikawal. benar-benar diluar kawalan. Aku terus bangun buka lampu dan....BUSHHHH!!! air itu tertumpah lagi dengan banyaknya.. aku cuba relax walaupun sangat panic. 

DI BILIK AIR aku cuba buang air kecil dilantai. bukan la buang tebiat tp aku tengok dengan jelas kalau2 lendir yang kawan aku ckp td tu ada keluar atau tidak. puas aku cari d lantai memang tiada. OWHH... BELUM TANDA BERSALIN LAGI NI dlm hatiku. aku duduk sekejap dimangkuk tandas sambil memikirkan apa sebenarnya yang terjadi ni? dlm aku berangan tu aku ternampak lendir yang bercampur darah dengan jelas sekali. aku terus keluar dari toilet dan call hasben aku! ABG! BALIK CEPAT AKU MAU BERANAK SUDA NI!! aku letak fon dan terus tukar pakaian---

06 OGOS 2012@2.00AM

Pagi-pagi buta tu kereta Myvi ku membelah kepekatan malam meluncur laju menuju ke HOSPITAL DAERAH KOTA BELUD. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit. 


No comments:

Post a Comment