Monday 4 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H / 2013M


Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah 1435H dan Salam Sejahtera..


Rasanya terlalu pantas masa berlalu. dengan kesibukan kerja² di ofis, kerja² di rumah, menguruskan anak, rumahtangga dan pejabat. tidak terasa langsung masa berlalu. Harapan saya semoga segala penat-lelah, sakit pening, suka dan duka sepanjang tahun akan diangkat dan diterima sebagai ibadah. amin...

Saya akui bukan mudah malah sangat sukar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pekerja, Isteri dan Ibu dalam satu masa yang sama. Siang membawa ke malam kerja saya rasakan tidak pernah ada penghujung. Malah hari cuti dan hujung minggu bukanlah masa berehat bagi seorang isteri dan ibu. 

Saya sering menjadikan mama saya sebagai penguat semangat. Mama pun berkerja dan membesarkan anak dalam masa yang sama. Cuma rasanya saya lebih kuat dari mama sebap saya tiada pembantu rumah. saya lakukan segala-galanya sendiri. 

Kadang² saya sungguh meluat melihat suri rumah sepenuh masa begitu membangga-banggakan kemuliaan kerjaya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. OH NO! tidakkah lebih mulia peranan kami sebagai isteri yang keluar berkerja membantu meringankan bebanan kewangan suami DAN... DALAM MASA YANG SAMA TURUT MENJALANKAN TUGAS-TUGAS DIRUMAH SAMA SEPERTI KAMU KAMU KAMU DAN KAMU yang bergelar suri rumah sepenuh masa. mungkin frasa itu hanya utk menyedapkan hati masing-masing. 
OK THATS IT!

DOA AKHIR TAHUN 
sekarang mari kita tengok amalan-amalan sunat dilakukan ketika menyambut Maah Hijrah anataranya ialah membaca doa akhir tahun sebanyak 3kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

seterusnya membaca DOA AWAL TAHUN juga sebanyak 3kali selepas waktu Maghrib.



PENGERTIAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah

  • 10 Muharam - Hari Asyura

  • Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan
  16. Allah menjadikan ‘Arasy
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
  18. Allah menjadikan alam
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
  20. Nabi Isa diangkat ke langit

AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam ialah:
  1. Berpuasa

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama                        berpuasa 30 tahun. 
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari                                Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana                                    beribadat selama 2 tahun


    2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

    3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  •         Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


perkara² sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
  2. Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  3. Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
  4. Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
  6. Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini
  7. Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
  8. Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
  9. Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
  11. Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”                      *Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali
  12. Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

  • Puasa (Niat) – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “  : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 







No comments:

Post a Comment