Thursday, 21 November 2013

KEHAMILAN MEMBAWA HIKMAH

KEHAMILAN MEMBAWA SERIBU SATU HIKMAH


YANG PASTI DALAM GAMBAR TU BUKAN PERUTKU OK! 







Disahkan hamil untuk kali ke-2 maksudnya mengandung anak ke-2 mmg saat yang ditunggu² dan perasaannya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal (sesuaikah...?)

Kehamilan kali ini aku dapat rasakan perbezaan yang sangat ketara. aku lebih bertenaga dan tiada langsung morning sickness. Mungkin kerana beberapa jenis supplement yang aku ambil khas untuk kehamilan ke-2 ini. Mungkin perasaan trauma yang masih kuat dan aku sangat berazam untuk tidak memenangi pakej penginapan 7hari 7mlm di wad kanak² setelah baby pertama ku Asyraf Waiz memenangi markah yang tinggi dalam ujian Juandis. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang supplement yang aku buat masa ini klik sini :

Hikmah Kurniaan Allah Pada Ibu Hamil: 

Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama. 

Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.  Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .


Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

HIKMAH PADA DIRI KU. 

...DAN AKU BENAR² MERASAINYA. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH.. SEMBAH SYUKUR KU PADA MU YA ALLAH! 

KEJADIAN SATU: 
DI LAPANGAN TERBANG ANTARA BANGSA KUALA LUMPUR (KLIA) 

Pada sekitar 12 minggu kehamilanku. Aku dan suami bersama beberapa keluarga yang lain cuti² dalam negara. Setibanya di Airport kami masing² singgah ke toilet melepaskan hajat kecil mahupun besar. 

Aku sangkut handbag aku pada hook yang tersedia (khas utk handbag kali..) lepas selesai semua hajat aku keluar melulu dek kerana keterujaan yang memuncak dan teramat sangat mengunjungi tempat yang paling aku rindukan. pembawakan baby barangkali... 

Seorang kanak² perempuan tiba² memekik sambil mengejar aku. Mujur juga aku ni tiada sakit jantung kronik. Rupa²nya kanak² itu mahu memberitahu aku handbag aku tinggal di toilet tadi!   

Aku bernasib baik sebap pengguna tandas yang selepas aku adalah kanak² yang secara fitrahnya mmg naif, jujur dan telus! bayangkan kalau yang menjumpai handbag itu selain dari kanak².. pastilah akan banyak masalah aku selepas itu. Terutama IC (Original orang sabah), Cash Money (yang mmg beribu² lemon aku standby utk shopping), Kad Kredit, Kad Debit dan kalau itu terjadi... akulah yang paling MALANG SEPANJANG TAHUN INI! tapi... mungkin kerana aku mengandung ketika itu... dan segala kebaikan mengiringi aku dan segala kejahatan nyah jauh² dari hidupku (buat masa itu ketika hamil maksud ku) TERIMA KASIH YA ALLAH!

KEJADIAN 2:
RANTAI TANGAN HADIAH PERKAHWINAN HILANG DI BAZAR RAMADHAN

Petang hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari tu aku dan hasben mmg plan untuk balik kampung. Jadi lepas habis masa pejabat kami bergegas ke Bazar Ramadhan Kudat untuk membeli juadah berbuka puasa (yang pastinya akan berlangsung dalam kereta)

Setibanya dikampung (rumah) aku salin pakaian (mau mandi la ni) aku perasan gelang aku tiada lagi ditangan seperti biasa. Tergopoh-gapah aku panggil hasben aku menyampaikan berita sedih tu... kami pun suami isteri bertungkus-lumus cari gelang tu... Sememangnya harga emas naik mendadak ketika itu RM175 segram. Lebih dari tu.. gelang tangan tu adalah hadiah perkahwinan! Peristiwa pada bulan itu tidaklah menggelapkan duniaku. Aku berfikir positif dan sangat redha dengan apa yang terjadi... Kejadian itu kami lupakan dengan menganggap gelang itu bukan rezekiku lagi dan aku selalu ingat dalam rezeki yang kita perolehi  mungkin ada hak orang lain. aku pasrah. 

Lepas hari-raya, dalam perjalanan balik dari Kota Belud ke Kudat, Hasben aku tiba² memecah kesunyian dalam kereta itu dengan sepotong ayat "abg ada hadiah... tp segan mau bagi. sbp hadiah ni abg jumpa saja" belum sempat aku menunjukkan sebarang reaksi... sepants kilat dia mengeluarkan seutas gelang tangan yang sangat aku kenali. padan la dia ckp barang tu dia jumpa. Peristiwa itu tidaklah juga membuatkan aku menitiskan airmata... Cuma dalam hati aku sangat bahagia... ternyata gelang tangan itu masih rezekiku dan dalampada kami suami-isteri mencari rezeki pastinya ianya HANYA YANG HALAL belaka dan tidak pula mengambil hak orang lain. Syukur pada mu Ya Allah... 

Gelang itu mungkin boleh saja tercicir dimana² atau hilang begitu sahaja. Tapi aku bertuah kerana gelang tu tercicir di celah sofa rumah kediaman kami. Mungkin ini juga salah satu kebaikan yang dianugrah Allah pada ibu hamil. Amin...

INILAH GELANG YANG AKU CERITAKAN TADI... MUJUR LA JUMPA... KALAU TIDAK TENGOK GAMBAR SEBAGAI KENANGAN JAK LA... 


KEJADIAN TIGA:
KEMALANGAN KECIL TAPI SANGAT MENYUSAHKAN

Tercatat sejarah pada 19 November 2013 kali pertama aku terlibat dgn kemalangan kecil. Syukur tiada apa2 yang terjadi. Cuma bonet depan remuk dan terangkat sikit. 

Hari tu aku dan hasben pg IPK tujuan utama atas urusan rasmi di IPK Sabah. Alang2 sdh sampai KK kami pn re-new la Insuran dan roadtax kereta. Lps tu terus la singgak ke Branch Shaklee di Jalan Lintas tu.. 

Selesai segala urusan rasmi dan tidak rasmi aku ajak la hasben aku makan dulu di City Mall. Memandangkan kami tidak sempat makan tengahari perut mmg snagat berbunyi berbagai-bagai. Sblm bertolak ada la singgah mkn di Pekan Sikuati. itu pun jam 8.30pagi tadi... 

Boleh tahan jgk ESP yg aku minum setiap pagi dan diikuti dengan Vitamin C tu... kalau tidak.. pastilah 2-3kali kami singgah makan... alasan yg paling kukuh... MENGANDUNG! padahal kalau tidak mengandung pun mmg pening2 lalat kalau lambat sikit makan. 

Masa cari parking betul2 depan Old Town White Coffee City Mall tu, tiba2 pula sebuah kereta pacuan 4roda jenis hilux gostan dengan mengkhinzir buta! panjang jgk la hasben aku hon.. tp mungkin pemandu tu pekak badak! lalu dia merempuh bonet kereta kami. 

Dipendekan cerita.. setelah pemandu hilux tu melihat keadaan aku yang sedang sarat mengandung... dia bayar ganti rugi onthespot RM650.00. Nama pemandu hilux tu MIKE. pelancong asing berkulit putih. diakhir pertemuan... diakhir kemalangan tu dia sempat ckp.. "gud luck for your baby. and if that money doesn't suitable for you just give me a call"

Sampai Kudat hasben aku hantar kereta masuk bengkel dan ketuk. dia cuma bayar RM100 sahaja.   

KEJADIAN EMPAT:
BLACKBERRY TINGGAL TI PIZZA HUT TAPI DIKEMBALIKAN

bab hilang2 ni aku malas la mau cerita. sbp terlalu kerap aku mengalaminya... kan? makin la kalau bapa aku tau.. mesti dia ckp.. NGAM LA TU HILANG!! SIAPA SURUH CUAI. TIDAK PANDAI JAGA BARANG!

sudah la bapa aku sensetif betul pasal hilang dan kena curi ni.. pekerja pizza hut tu boleh pula call bapa aku bgtau hp aku tinggal di pizza! mungkin sbp dlm contact list aku save nama BAPA manakala hasben aku aku save kan nama dia BAPA WAIS. mungkin staff pizza tu tidak tau pun BAPA WAIS tu hasben aku terus la dia call bapa aku.. MUJUR la mengandung... semua barang yang hilang dapat balik... semua barang yang rosak dapat ganti baru. sebelum ni mmg selalu sangat hilang hp termasuk kes paling pelik hp aku jatuh dalam mangkuk tandas. 

maka benarlah... 
Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan




   







  

No comments:

Post a Comment